Khamis, 23 Oktober 2014

Tahan ward

Hari yang sangat sibuk dan sedikit letih. Ni pun, lepas maghrib.. balik rumah semula. Seharian kat hspital. Ma dan dua mak cik aku, masuk ward.. kes denggi. Sebenarnya, masing masing nak jaga nenek aku yg tak berapa sihat. Mungkin rumah nenek dah lama tak duduk, ada banyak aedes. Jadi, tak hairanlah.. ada yang kena denggi. Mula mula kitaorang macam terkejut tau. Niat baik, nak jaga mak. Ma pulak sampai balik kampung nak jaga nenek. Tetiba, jadi cam ni pulak. Siapa sangka. Ujian..

Yg nak dijadikan cerita, dlm satu ward, ada 3 anak perempuan Buha. Sampaikan pelawat yg datang, macam.. bergilir-gilir. Kejap lawat ma, kejap lawat dua mak cik aku. Yang susahnya, kakak ma yang sulung tu duduk jauh. Hujung sekali. Ma dengan adik dia, duduk dalam bahagian yang sama. Kiranya dekat lah. Aku, kejap duduk kat ma.. lepas 5 minit, singgah kat adik ma, su ta. Sian dia, muntah. Tapi lega sikit. Harini, kakak aku dan sepupu semua, masak sup ketam nipah. Ma, sentuh sikit je sup ketam tu. Sebab, tekak dia rasa tak sedap. Dari dulu hingga ke sekarang, bila ma masuk ward.. aku akan jadi MPK. Aku aku abiskan makanan ma. Teheeee ;p

Sekaraang bila semua penjaga nenek masuk ward, masing-masing kalut tak tahu macam mana nak uruskan nenek. Nenek tu pun sakit juga, tapi tak pasti lgi demam tu sebab denggi atau demam biasa. Mungkin esok, bawa nenek pergi klinik dulu. Lagipun susah juga contoh kalau nenek masuk ward, takda sapa boleh tengok-tengokkan nenek. Nenek payah sikit, pakai pampers. Kalau nak gi mandi, kena angkat. Kalau salah cara, nenek akan jerit sakit.
***
Kesian sangat tengok ma. Ma, jadi tak bermaya. Lesu je. Aku tetiba lak jadi rajin ke hulu ke hilir ambik air, rendam tuala.. perah.. letak kat kepala ma. Picit kepala ma sambil mulut aku, sibuk kacau ma tidur. Tak tenang ma bila aku dekat sebelah. Macam macam aku tanya sampai A ke Z.

'Macam mana mana boleh masuk ward ni? sapa hantar?'

'Ma drive sendiri. Sebenarnya kena tunggu pok (pak cik) hantar tapi pok lambat pulak. Ma dah tak tahan dah. Kepala, masa tu rasa macam nak pecah. Saakit sangaat..' 

'Laaa.. drive sendiri? Ish bahayaaaaa. Dah tu, macam mana? Berhenti tgh jalan taaak?' 

'Taaak. Ma teruskan tapi tetiba separuh jalan, kaki cramp. Tapi nasib baik sempat sampai. Lepas sampai kat kecemasan tu, ma terus gi daftar.'

'Daftar? Laaa.. pastu?' 

'Tapi yg masa nak daftar tu tetiba yg jaga daftar tu tanya ma kenapa datang hospital terus. Sedangkan dekat sini, jauh dari rumah. Drive sendiri pulak tu.'

'Lepastu ma jawab apa?'

'Ma jawab, saya bukan orang sini. Saya dari kuantan. Datang sini pun sebab nak jaga mak.'


Mula mula masuk ward, ma dengan mak cik aku yg sulung tu muka merah sebab suhu badan tinggi sangat. Adik ma, su ta.. yang masuk ward dulu. Lepastu second, ma. Third, kakak ma. Aku takda waktu ma masuk ward. Waktu tu kitaorang.. abah, kakak aku.. duduk kat kuantan. Bila dapat tahu, ma kena tahan ward, terus balik terengganu. Sampai hospital, dah malam. Susah pulak nak masuk sebab waktu tu bukan masa melawat. Mak guard pulak.. garang yang amat. Takut kitew T____T

TETIBAAA, kitaorang nak masuk. Aku dengan kakak aku. Baru lepas ambik barang dlm kereta. Pastu masa nak masuk, mak guard tu macam tanya kakak aku. Aku pandang je..

'Nak masuk, sebab apa?'

'Nak hantar barang.' 

'Kalau gitu, masuk seorang je lah kan...'

Kakak aku mcm sentap. Wlaupun suara dia ayu-lemah-lembut gitew.. tapi nada macam tinggi. 

'Kan tiga pesakit. Lagipun tak salah kalau dua orang sekali masuk.'


Pastu dia terus diam.

****
Dah lah ada seorang lelaki ni. Dlm umur 20 lebih gitu Dia takut nak jumpa mak guard tu. Seriously, mak guard tu macam jiran Mr bean versi kartun tu. Mak cik tua dlm cerita tu garang, ada perlihara anjing ke kucing entah. Tak ingat dah.
Tapi yg pasti, muka mak guard sepital ni sgt bengis. Agaknya kalau pesakit tengok muka kelat dia, pesakit makin sakit. Hikkss.
 Depan ward, ada tempat menunggu. Pastu ada kerusi menunggu, tempat mak guard. Lelaki ni nak melawat kakak dia tapi waktu tu aku sedar juga. Lama lah juga dia duduk kat kerusi sambil main phone. Mak guard pandang dia lama. Pastu, dia macam bagi isyarat je. Mak guard tu pun macam bagi pendidikan sikit. 

Dia jerit.. 

'Kalau nak minta izin melawat, bukan macam tu caranya.
 Lain kali, datang kat sini. Cakap baik baik baik, mesti saya bagi masuk. 
Tapi awak, bagi bahasa isyarat dri jauh. Macam mana saya nak bagi masuk.' 

Aku macam agak tak brpuas hati dgn cara mak guard tu. Geram pun ya juga tapi yelah, tugas dia. Waktu tu aku macam nak trgelak pun ada tetiba lelaki tu kena 'basuh' miahaha tapi dia rileks jer sambil sengih malu.

Tiada ulasan: