Isnin, 20 Oktober 2014

Kisah maneh:

Tipulah kalau cakap, aku tak pernah batuk dan bersin dlm satu masa. Itu sungguh luar biasa dan sangat menakjubkan.

*tepis rambut gaya iklan pantene* 

Ya, prkara yg jarang berlaku. Haritu entah aku tengah buat apa. Sekali je lah, tak boleh banyak banyak. Haritu, waktu aku demam.. acah acah mengidam nak gi kenduri kawen. Suruh ma buatkan air sirap limau. Tetiba lak, tengah minum air sirap.. terbersin sampaikan air sirap terlepas keluar dari mulut dah gaya macam dolphin. Allah huakbar. Perasaan aku waktu tu, wow amazing! miahaha.. walaupun waktu tu rasa macam hidung ni nak tercabut-pedih sebab air masuk.

****

Perasan tak waktu mata tengah mengantuk dlm kelas, layan pulak cikgu suara macam anuar zain, sedetik lebih. Mata pun saja lah nak pandang kiri kanan, sambil tengok muka kawan sebelah, tilik jerawat dia. Tetiba nampak dia menguap, kita terus rasa.. menguap.  Ni aku dah lama perasan ;p

***

Bila mak kita cakap, jangan bukak. Jangan pergi tengok. Jangan dekat dengan tangga tu. Tapi kita selalu macam, tertanya tanya. Kenapa tak boleh bukak? Ada apa dlm tu? Eh tengok apa? Kenapa tak boleh dekat dengan tangga tu? Kenapaaa?! Bila mak tak bagi tengok,rasa macam degil je. Nak tengok jugak. Tapi bila bukak, apalah sangat ada dlm tu. Kekadang aku masa kecik dulu, nakal juga. Balik kampung, orang lain pergi tolong mak ayah. Aku? Panjat kolah reramai, berendam dalam tu gaya macam mandi kolam air panas. Dalam kolah tu aku paling besar sekali. Darjah 4. Yang lain semua kecik kecik. Anak anak pakcik aku, semua aku angkat.. campak dlm kolah. Saja nak ambik perhatian orang suruh tegur. Ada juga, abah macam tak larat nak tegur dan abah sengaja buat diam bila nampak aku buat nakal. Tetiba aku macam..

'Eh apesal abah tak tegur aku?'

Nampak tak tahap annoying aku? Pastu, abah sibuk kata.. 

'Main lah lagi. Biar patah kaki tu.'

Waktu tu baru mula timbul rasa insaf bila abah kata macam tu. Yaa, aku macam tu. 

**
Masa umur berapa tah, aku tak ingat. Dulu, masa kat fardhu ain.. serius aku tak reti solat. Alhamdulillah, sekarang okay. Pastu, setiap kali waktu asar.. solat jemaah. Aku cuma ikut orang. Orang lain ruku', aku pun ruku'. Paling tak tahan sekali.. bila lelaki kata 'Amiin'.. aku paling kuat sekali cakap amin. Yaallah, aku ingat lagi. Masa orang lain tahiyat awal, aku pergi bangun.. sedangkan imam tak bangun lgi. Sampaikan waktu tu, aku terpaksa duduk balik dan tahiyat awal semula macam orang lain. Alahaiiiiiii 

Tiada ulasan: