Sabtu, 12 September 2015

Kenapa NAR CREAM saya coklat? (Dnars skincare)

Sebelum ni muka aku teruk sangat. Rasa rendah diri weh. Siang malam belek muka depan cermin. Jerawat naik banyak kat dahi ni lepas berhenti pakai Collagen plus vit e tu. 


Astaghfirullahalazim. T_______T


Yes, aku pengguna setia Dnars skincare dan dah 6 bulan pakai, setakat ni Alhamdulillah. Nar cream, day cream, sabun beras. Kalau perasan dalam gambar, aku memang seriously tak pakai toner. Tapi apa apa pun overall tanpa toner pun muka lebih cerah, nampak berkilat bila pakai day cream. Ternyata berkesan lah. Tapi first time pakai, idok ler menjadi terus. Makin hari makin nampaklah perubahan. Jadi, entry aku kali ni aku tujukan kepada semua pengguna Dnars ya. Sebelum beli NAR CREAM, minta dorang check. Tak salah kalau kita take it serious benda macam ni biarlah orang kata kita ni pengguna/pembeli yang cerewet, banyak cekadak and so on. Biasanya kalau aku poket kosong sangat, aku hanya beli individual. Hanya night cream atau lebih tepat nama barunya NAR cream. Kalau duit aku tengah banyak masyuk, aku akan beli 1set. Which is only Rm47.00 INCL GST. Memang agak membazir lah kalau beli individual macam aku sebabnya satu NAR cream= RM20,  Sabun beras=Rm10. Tak masuk dengan DAY cream lagi. Dalam kemungkinan Rm20++ sebabnya setakat ni, aku selalu repeat beli NAR cream. (Cepat sangat habis) Kalau day cream, krim dia banyak sampaikan 3 bulan pun tak habis lagi uols. Haritu nak dijadikan cerita, tetiba Nar cream aku dah habis. Jadi, aku ajak ayah aku pergi beli. Nasib baik kedai tu dekat je dengan area rumah aku. Aku dapat 'Night cream.' Bukan 'Nar cream'. So, takpalah aku amek je. Sampai rumah, aku bukak 'night cream' tu. Betapa terkejutnya, warna tak macam sebelum ni aku pakai. Aku macam ragu ragu. Biar betul warna dia coklat?! Aku terus bukak google dan cari semua agent Dnars skincare. Lepastu tebalkan muka whatsapp dorang, tanya kenapa night cream aku warna coklat. Sebelum ni aku pakai, warna hijau lembut je. 





Nasib baik penjual tu dah kenal aku. Setiap kali pergi, muka ni jugaklah 'Dnars ada?' Nak satu.'
  Haa aku ajak ayah aku pergi tukar. Nasib baik dpat. Rupa-rupa nya, memang betul expired. Warna coklat.

'Habistu awak sempat pakai tak?'dia tanya aku.

'Tak lagi. Fuh alhamdulillah.'

'Nasib baiklah awak belum pakai. Rosaklah muka tu nanti.'sambil dia cari krim lain.

'Awak pakai krim ni jugak ke?'

'Eh taklah. adik saya pakai.'dia jawab. Aku angguk. Bila dah banyak kali dia bukak semua night cream, ternyata banyak yang dah expired dan dia cakap 'mungkin sbb kena panas.' lepastu akhirnya, dia kasi kat aku NAR CRAM. fuh lega warna hijau muda lembut.

Jadinya kepada sesiapa yang berminat nak pakai Dnars, please survery dulu. Memang kita sendiri kekadang tak ambik tahu sangat benda macam nih. Bila dah beli, terus pakai. Ayah aku cakap, susahlah kalau jenis orang yang pertama kali pakai. Kekadang  aku sendiri tanya orang, pakai pencuci muka apa? nampak licin sangat. Of course lah dorang jawab tapi adakah orang akan bagitahu..


'i pakai brand Makhijau, krim warna hijau. Yang expired warna hitam.'

Kita pun apa lagi, terus lah beli dan cari kat mana mana. Jarang orang bagitahu secara details melainkan kita yang betul betul nak pakai ni, akan tanya ni krim dari mana, lulus kkm tak dan lain lain. Saya nasihatkan,  NAR CREAM berubah warna coklat tu EXPIRED.

Catat Ulasan