Sabtu, 10 November 2018

Nak kulit cantik tapi malas?

Klau nk compare dgn kakak aku, dia kurang sikit kalau bab skincare (dia tak baca so takpe) Minat aku dekat skincare memang takleh bawak bincang. Kadang aku boleh pergi watsons/guardian or any drug stores berdekatan tanpa bawak duit semata mata nak cuci mata, baca ingredients lepastu aim awal-awal produk mana yang kita akan grab nanti. Bila kumpul, jadi satu kepuasan dan nikmat kebahagiaan yang sebenar. Bunyi macam bazir weh pompuan ni. Tapi dah minat nak buat macam mana. Aku pulak  jarang sangatlah kuar dengan family. Tak kuar dengan mmber, akan kuar sorang. Tahap kemalasan aku ni boleh dikatakan alat tulis pun nak beli online. Member sendiri dah cop muka aku ni "Muka shopee" dengan "Muka hermo" kalau baju dengan skincare mmg aku beli dekat 2 website tu jela. Setiap minggu ada je parcel sampai menyebabkan abang pos laju dah kenal ye muka yang sama ni.  Yang lecehnya bila beli online, rumah takde orang pastu pos laju/gdex sampai, dorang akan tinggalkan note. Kita yg nak semua bnda instant ni jadi ke payah nak gi beratur ambik barang sendiri pulak. Mujur weh function gak ada jiran. Aku tak tahulah dia sumpah seranah ke tak sbb selalu menyusahkan.

Kalau nak beli skincare ke apa, belilah dekat hermo. Tapi kena bijak compare and survey harga antara hermo dgn shopee. Aku jenis kedekut dan habis murah dah kalau boleh. Time tgh sales ke apa, hermo paling best! Shopee best tapi shipping dia kadang makan masa gak. Bagi aku klau dduk Kuantan, pilihlah GDEX. Aku dh bnyk kali makan hati kerana pos laju. Makan hati tahu tak! T___T


Muka aku jenis oily kadang combination. Keistimewaaan muka aku ni cuma alah dengan Tea Tree Oil dengan mineral oil. Pernah sekali tu pakai Hadalabo punya cleansing oil tu makin lama banyak pulak naik tiny bumps. Aku takdelah kesah mana tiny bumps tu naik. Ada ramai gak tegur apahal muka tu bersama wajah kegelian rasa nak hempuk dengan kamus bagi cerdik.  Geram gak rasa tapi sebab mmg perangai aku suka try n error mana mana produk. Biasalah tu ada yg sesuai, ada yg memula proses nak berkenalan dia naiklah sikit sikit jerawat comel. Aku rasa confident dgn diri aku even ada jerawat ke apa, yg penting muka aku ni dia takkan sesekali naik jerawat besar gedabak. Syukur!

Skincare routine: 

PAGI 
Cleanser: Himalaya Neem Wash 
Toner: Simple
Moisturiser: Aloe vera
Susnscreen: Biore 

PETANG (smpai rumah)
Micellar water: Nivea
Cleanser: Himalaya Neem Wash 
Toner: Rose Water 
Moisturiser: Rosken Sensitive Cream 
OR
Simple Clear Skin Oil Balancing 

MALAM
Cleansing oil: Nutox 
Cleanser: Cosrx Salicylic Acid 
Pakai mask 
Toner: Simple + Hadalabo lotion light 
OR 
AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (2 KALI SEMINGGU)  + Hadalabo Lotion (Light) 
Moisturiser: Neutrogena Oil-free 
Acne treatment: Tidact 

Cleanser: (Himalaya Neem  Wash & Cosrx Salicylic Acid )

Toiletries ku yg tak seberapa. Esok aku akan cerita scrub/clay mask yg best:

Skinfood Honey tu best!!!! nanti i nk try yg rice pulak.  Skin n lab pun best ingat haritu nak beli dia punya clay mask yg warna pink tapi tu untuk glowing and cerahkan kulit?!!! Tapi aku dh cerah acane ni!!! Neula pun best gila weh bau dia tak wangi sgt tapi muka cerah bila pkai. Banyak ni nk borak pasal mask/clay mask!!!! 



Antara moisturisers yg aku pkai. Aloe vera tu ada lagi dua. Fruits Of The Earth yang dh lama discontinued oleh Watsons, Aloe vera Guardian. 

Koleksi toner setakat ni. 

Ni micellar wter and cleansing oil yang aku sempat kumpul. Haritu pakai micellar wter garnier kaler biru tapi naik tiny bumps. Sedih betul. Skg stay pkai cleansing oil dengan micellar wter nivea.

*Walaupun takdeah flawless, syukur lah kulit yg skrg.










beauty haul: Freeman Mask yang best

Haritu ada guardian sales, aku kat rumah ni mcm ayam berak kapur. Takleh duduk diam. Jiwa ni rasa aduh tak tenteram nya. Malas nak harapkan orang, aku pun apa lagi drive sendiri la pergi mall. Sebelum hari kejadian tu, aku dah pergi Sasa nak gi borong mask yang Dr.Morita tapi disebabkan viral, lakus keras noks. Bukak twitter, org cakap guardian buat sales. Ewah, mak keriangan kejap. Pergi punya pergi, dah niatlah kat rumah ni nak cari mask Dr.Morita. *still tak give up weh* Tetiba ada yang snail tu je T_____T Haih terus ubah fikiran, gi borong Freeman punya mask. Kira okaylah harga murah nak mampos. Normal price 20 hengget, harga sales haritu Rm14+ macam tu je. Dia punya level taknak gve up, pergi 5 guardian tapi tak dapat gak apa yg aku nak. 

Hasil tangkapan mak dan mak berjaya kumpul yang ni je.

Aku dari haritu setiap kali pergi guardian/watsons, angkat letak gakla freeman mask ni. Harga dia boleh tahan menangis weh. Memula berangan gakla nak try yang Freeman avocado+oatmeal, Freeman diamond mineral dengan Freeman honey tu pastu takde stock. Tk banyak choice sangat. Aku pulak jenis bolehla mana mana yg pasti kalau balik, ada bawak balik barang at least satu. Dah puas hati sgt dah. Lena terus tidur. Salah satu sbb aku kena bawak satu barang, takut mak aku tanya. kang dia ingat aku merayap tempat lain, mati kutu aku nk jawab beb. 

Freeman Apple Cider Vinegar (cleansing)

ALL INGREDIENTS:
Water/Aqua/Eau, Bentonite, Sodium C14-16 Olefin Sulfonate, Titanium Dioxide, Pumice, Propylene Glycol, Vinegar (Apple Cider), Kaolin, Xanthan Gum, Magnesium Aluminum Silicate, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Edta, Citric Acid, Diazolidinyl Urea, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Fragrance/Parfum, Hexyl Cinnam-Aldehyde, Yellow 6 (Ci 15985), Red 40 (Ci 16035)

Sesuai for all skin types. Muka aku ni tak konsisten kejap oily esok tu combination. Dia tkde pendirian mcm tuan dia. Keistimewaan mask ni boleh use as a daily cleanser and scrub. Boleh jadikan sebagai mask jugak. Hebat, bukan? Aku dah banyak scrub so aku rasa lebih baik aku jadikan mask. Bagi pendapat aku, tak sesuai sgt kot jadikan as a daily untuk cleanser. Kalau kau malas sgt rasa berat nya nak bawak cleanser masa balik kampung tu, okay dibolehkan untuk bawak freeman apple cider ni.  Jimat space takde ah kena bawak bnyk sgt toiletries tu. Untuk pengetahuan, mask ni wangi! Warna pink ke peach eh? Aku dahlah fav warna pastel. Boleh rileks rileks sambil tu boleh stalk Fathia Latiff. Lepas dah cuci muka tu muka rasa licin, bersih. Rasa macam tak puas pakai 15min je. Wangi dia rasa nak makan. Entahlah muka aku ni boleh je pakai apa apa. Dia bukan cepat sensitive. Aku baca dkat twitter, ada orang letak dekat ketiak. aku tak tahu lgi kesahihan nya untuk apa. Aku kasi 8/10 

Freeman Cucumber (Renewing) 

ALL INGREDIENTS:
Water, Polyvinyl Alcohol, SD Alcohol 40-B, PEG-8, Glycerin, Propylene Glycol, Musa Sapientum Fruit Extract, Cocos Nucifera Extract, Zingiber Officinale Root Extract, Psidium Guajava Fruit Extract, Cymbopogon Schoenanthus Extract, Carica Papaya Fruit Extract, Maranta Arundinacea Root Extract, Rubus Idaeus Fruit Extract, Santalum Album Extract, Macrocystis Pyrifera Extract, Nasturtium Officinale Extract, Aleurites Moluccana Extract, Panthenol, Allantoin, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Cucumis Sativus Fruit Extract, Sodium PCA, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 20, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Fragrance, Butylphenyl Methylpropional, Citronellol, Hexyl Cinnamal, Blue 1

Yg ni aku akan pkai sebelum tidur. (cleansing oil-cleanser-freeman cucumber-toner-lotion-moisturiser)
Disebabkan dia peel off gel mask, aku rasa senang gila nak pkai. Mcam gam! Semua tahu cucumber ni effect dia macam instantly refreshes. Seuai untuk normal to combo skin. Best gaklah aku pkai 2 kali seminggu je tak laratlah nak pakai hari-hari. Sayang weh harga dahlah mencekik gak bagi aku yg student ni. Lepas dh ckup 15min or untill dry, gently peels away. Bukan tu sahaja, gabungan cucumber dgn aoe faham-faham jela cooling gila beb! Muka rasa smooth, soft ha apa lagi? mcm bontot baby. Aku kasi 7/10

Freeman Green Tea + Orange Blossom (Brightening) 




ALL INGREDIENTS:
Water/Aqua/Eau Polyvinyl Alcohol SD Alcohol 40-B Peg -8 Glycerin Propylene Glycol Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract Ascorbic Acid Niacinamide Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Extract Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract Polysorbate 20 (Lumisob PSML-20) Methylchloroisothiazolinone Methylisothiazolinone Fragrance (Parfum) Benzyl benzoate Limonene YELLOW #5 BLUE #1

One of my fav! Semua yg berkaitan dgn green tea aku suka. Mmg best sgt lebih lebih lagi aku ada dark spots, masalah skin tones. Dia punya wangi mmg Ya Allah falling in love! kelembutan dia buat aku rasa nak pakai hari hari tapi sayangnya aku pkai 2 kali seminggu jugak. Terpaksa hadkan pemakaian takut cepat habis. Best sangat! Lagipun dia peel off gel mask. Gel dia ni macam gam sama macam freeman cucumber. Dia sticky sikit tapi okay je. Lepas dah cuci muka dgn air suam tu, muka akan glowing, cerah sikit. Takdelah kusam sangat. Aku kasi 9.5/10 



2 gmbr tu lepas pkai gel peel off green tea. Best sangat!!!!

Freeman Mint + Lemon (Oil Absorbing) 

ALL INGREDIENTS:
Water, Bentonite, Kaolin, Propylene Glycol, Mentha Piperita Oil, Citrus Medica Limonum Peel Oil, Magnesium Aluminum Silicate, Titanium Dioxide, Disodium EDTA, Sodium Polyacrylate, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Fragrance, Geraniol, Linalool, D-Limonene, Blue 1, Yellow 5
Clay Mask ni aku jarang pkai. Klaau pkai pun masa muka tgh ada tiny bumps kat dahi. Aku akan tepek kat bahagian yg breakout je. Sgt sgt bagus klau muka tgh breakout pakai yang ni. Tapi lepas aku pkai clay mask ni, aku akan cepat cepat pkai moisturiser. Sbb muka jadi dry. Aku tak tahu lah orang lain mcm mana. 6/10

Freeman Charcoal + Blck Sugar Mud Mask aku belum pakai. Baca feedback orang, ramai cakap best. Nanti dah pakai, aku akan cakap keberkesanan mud mask tu. Kdg muka jenis aku ni bila pkai bahan yg ada charcoal, muka cepat panas. tapi takdelah berasap. Haha! Memula takut pahal camni.Sebenarnya normal je macam tu. Jangan takut. Lepasni nak beli Freeman Diamond Mineral, Avocado+Oatmeal dengan Manuka Honey + TTO. 

Next aku akan share skincare routine. Insya-Allah! 

Isnin, 23 Julai 2018

SKINCARE ROUTINE: do's and dont's

Salam! Skrg aku ada satu tabiat suka eksperimen muka dan boleh dikatakan apa yg aku beli, semua benda aku try gais.Takdelah, kang tak guna macam bazir pulak. Bukan apa, kita kena try and error. Barulah kita tahu produk tu sesuai ke tak. Apa apa pun kena berani mencuba, jgn takut-takut. It's okay nak terpengaruh dgn orang beli tu beli ni. Hak kita, duit kita. Yg penting survey dulu sebelum beli. Setengah orang main redah je padahal si polan tu dry skin, you pulak oily skin. Jangan ambik jalan mudah ye. Sabar. It takes time. Tak putih takpe janji kulit licin, sihat dan glowing ;p
Bnyak kali jugak i jdi google, jawab soklan orang dekat dm instagram. Takpe i suka! Dri situ i boleh tolong org yang ada skin problem, dapat ramai kawan baru. Nak cantik, jangan busuk hati cantik sorg sorg. Sama sama cantik and support each other. Kan elok macam tu? Ha tepuk. Mmg betul, aku sangatlah jarang bukak email reply satu satu. Tak, bukan sombong tapi sebab aku lebih active dekat instagram. Kalau bukak email pun sebab reset password ye kawan kawan. Jenis banyak makan semut sampaikan 4-5kali tukar password, tak ingat jugak. Yelah faktor usia semakin meningkat. Oleh kerana terlampau 'busy' mengalahkan pm, dh tukar kerjaan baru, aku still dgn "nk tulis blog tapi takde idea". Ya, aku lebih suka share apa apa tentang beauty tips dekat story instagram. Tk tahu kenapa aku tak gemar sekali bila wujud segelintir "perempuan cantik" marah marah cakap..

''Kenapa saya pakai takde perubahan apa apa pun?" 

Aku tanya dia.. "Berapa lama dah awak pkai?"

"Baru seminggu. Takde effect pape pun?"

Dgr jawapan dia macam tu aku rasa nak menangis bucu katil, tak tahu nak lalui hari yg akan dtg. Allahu tabahkan aku Ya Allah berat sungguh dugaan mu T____T Tolong jangan biar orang sumpah seranah awk. Kadang lagi elok kita berdiam diri. Satu je nak pesan, kita ni bukan pakai produk local yg pakai seminggu dah kulit licin mcm ko baru lepas kikis dgn kertas pasir. Rata rata skrg semua pulun nak pkai drug stores sebab dah serik pkai produk local lepas muka breakout. Ya aku faham still takleh move on, terbawa bawa tempoh masa singkat produk local tapi tolong belajar terima hakikat produk yg awk beli dkt drug stores tu it takes time to heal. Bukan sekali pakai terus bertukar Dua Lipa. Jangankan dua lipa, entah entah selipar naik ke muka sbb kurang sabar. Ajar diri awak untuk bersabar. Biar lambat asal selamat. Lagi satu kes, muka breakout lepas pakai produk from drug stores. Adoi orang lain pkai putih berkilat, asal kita pkai macam kayu api. Skin types setiap orang berbeza, awak. Tak semua  produk yg org sekeliling pakai, sesuai dgn kita yg sendu ni. Kadang orang pkai produk mahal, kita ikut juga. Nmpk gah sangat dlm hati dah gelak setan esok sah lagi cantik dri awek ex (eh?) Tgok Fazura pakai Nutox, nak pakai jgk. Tanpa kita sedar, sebenarnya muka ni sesuai sgt dh pakai produk RM10-RM50 yg tk smpai beratus tu. Apa salahnya ringan tangan tu kemudahan dihujung jari, sis. Sebelum apa apa, kena tahu dulu "BASIC SKIN CARE ROUTINE" AND "NOT SO BASIC SKINCARE ROUTINE" 

Jumaat, 12 Januari 2018

Skincare routine: Pencuci muka dan toner untuk hillangkan jerawat

Haritu aku ada share skincare routine pasal Nano white Fresh. Ramai gila yang dm kat ig tanya pasal muka breakout. Tak sangka gakla review aku yg sendu haritu ada sambutan. Thankyou korang! But kalini skincare routine dah berubah dengan berbesar hatinya nak share apa yg aku pakai. I am student dan aku tahu level aku kat mana jadi aku fikir fikir semula, ada baiknya ukur baju di badan sendiri. beauty is pain kan? bahaha! habis sem1 haritu, muka aku breakout beb. Mungkin sebab pemakanan, persekitaran dan kebersihan. Memang risaulah takut orang duk mengata asal dlm gmbar glowing semacam, duk share beauty tips sana sini tapi tgok kat luar macam mak lampir. Gila tak rendah diri? even aku ni tinggi 168, tetap rasa rendah beb bila masuk part ni. (puji diri sendiri lol) Aku ni jenis suka survey sebelum aku buat apa apa. Thats why mmber aku duk label aku ni 'mak cik google' contoh bila dorang nak beli apa apa, aku akan cakap 'wey ada yg lagi murah la!' nampak tak? bukan kedekut beb. Ekonomi skrg ni kita kena bijak membuat pilihan. ha gitew. 

Lepas dah buat survey apa semua, from head to toes.. aku rasa hidup ini kena sempoi ye. Jgn serius sgt! paling tak boleh terima dek akal, moisturizer yang aku gila gila sgt haritu aku dah tak pakai. Mula mula macam tergamam jap betul ke aku nk stop pkai nano white fresh. Aku pun dgn lipas kudung, duk cari la produk Himalaya kat guardians/watsons sekitar kuantan ni. Punyalah bangang bin abadi, aku lelah cari kat mana mana takdek stock rupanya ada sorang ni pekerja guardian.. 

'kat sini dah habis stock. apa kata awak pergi tgok kat store dorang? tu kat depan je.' 

Ketap bibir aku kat situ. tak tahu nak marah diri sendiri atau simpati. Berdosa sungguh aku pergi maki waktu taknak pakai ada je merata tempat. Bila nak pakailah dia takdenya!

dah settle beli apa semua, pergilah kita ni reward diri sendiri setelah penat berlari berkejaran lupakan segala duka ;p 

Sebelum ni rasanya aku ada share pasal produk himalaya ni. Himalaya Purifying Neem Face wash.
Kenapa aku pilih himalaya? sbb ingredients dia sgt bagus untuk muka yg ada masalah pimples, oily skin. feedback pun semua positive. Paling aku yakin sekali bila ada turmeric (bahan yg sesuai untuk jerawat) Memang betul apa yg orang lain pakai jadi lebih baik but sesetengah akan jadi breakout. Tapi tak salah mencuba kan? Ramai dm kat ig cakap pasal 'takut nak tukar produk nanti muka makin teruk'. Yg boleh aku cakap, mencuba tu tak salah tapi kena tanggung risiko. Nak produk ni sesuai dengan kulit mmg it takes time dan duit pun habis banyak. Bersyukurla org yg tak mengalami kulit sensitive! Setakat ni aku dh repeat himalaya ni sebanyak dua kali. aku pakai dari 21/10/2017 haritu. Aku bold-kan, produk ni untuk merawat ye. Bukan untuk putihkan kulit. Masa tu muka tak berapa nak okay, penuh tiny bumps merata. Punyalah serik taknak dah kulit putih. Apa-apa pun aku kena gak rawat jerawt ni dulu. Alhamdulillah, bukan jerawat jenis besar gedabak sampai redness. Aku ajar diri supaya tak stres, jangan mengeluh. Banyakkan minum plain water! Hati serius sebak weh takut merebak banyak gila. Lepas dah pakai himalaya ni, tak okay jugak after 2weeks pakai. Aku macam takpelah, kita pakai lama sikit. Sesungguhnya ni bukan local product 2weeks pakai dah putih melepak macam snow white. It takes time. it takes time. Nak kulit licin kena sabar. lama sikit tu bila muka dah serasi, jerawat makin kurang, tiny bumps dah mula mengecut. Perasan tak aku pakai yang 100ml? Tu size kecik. Aku sengaja tak beli size besar yang harga almost Rm30++
masa beli tu takut takut lagi. Macam tak berapa nak 100% yakin sesuai ke tak. Kalau nk try apa apa produk untuk yg percubaan pertama, digalakkan beli yg kecik or travel pack. Tapi kalau himalaya aku pakai ni ada travel pack dah lama aku grab dan heboh kat korang. Masalahnya, takde! Tekstur dia macam gel. Buat aku falling in love! Rasa licin je muka lepas cuci. (3x sehari) Korang boleh bayang tak punggung bby tu bila kita usap lembut? ha macam tu jgk bila tgh cuci muka tu, urut perlahan lahan secara keatas and bilas. Sumpah best wei! 

Contohla lepas aku balik kelas dalam pkul 3 petang macam tu, aku akan cuci muka guna makeup remover. Dah seharian kena habuk apa semua. Lepas dah pakai makeup remover, cuci muka macam biasa, spray muka guna rose water dan sapu muka dgn aloe vera. Malam.. cuci muka lap lap guna makeup remover untuk double cleansing, cuci muka macam biasa, lepastu pakai toner. Kadang aku tukar steps tu, aku pakai aloe vera lepas tido. Mmg kalini muka aku takde buat hal tak sesuai ke apa. mmg okay sgt cara ni. Aku amalkan pemakaian aloe vera kerap gila sebab aku yakin aloe vera ni kita boleh dijadikan sebagai moisturizer serta merawat kulit yang ada jerawat. Kalau aku rajin lagi, pakai clay mask/sheet mask/bedak sejuk. Weekend, rajinkan diri dengan natural remedies. 

Second, aku nak share toner paling best setakat ni untuk glowing-kan muka dan pudarkan jerawat. Percaya tak kalau aku cakap, dapat cerahkan jerawat jadi bila org tgok.. takkan perasan yg kita ni ada jerawat. Lama kelamaan, jerawat tu mengecut dengan pantasnya chuols. Aku tahu la bila dh ckp 'pantasnya' zappppppp org terus berminat. Ha tulah korang, aku belum cerita lagi kebaikan dia dah terus berminat. Sabar dulu jgn eggexcited. Okay, produk ni aku dh lama aku survey tapi disebabkan cara dia leceh, aku tak berapa berminat pada awalnya. Bila aku baca feedback orang yg ada masalah muka, semua positive. Aku try gak cari kat mana mana drug stores tapi mmg takde. betul lah produk ni ada dekat sabah/sarawak sahaja. Klau nak beli pun kat tempat kita ni, especially aku terpaksa lah beli online je. Mmg susah sangat nk cari org yg jual. Kalau ada tu korang patut sujud syukur. Mmg produk ni best sgt! untuk pengetahuan korang, produk ni berasal dri filipina. Bolehlah lepasni ber-feeling- Liza Soberano dlm cerita My Ex and Whys. Kahkah.


Eskinol Pimple Fighting. Aku beli harga Rm23 incl postage rasanya. Tak ingat dah. Yang pasti, kalau nak beli.. kena beli dengan orang yg betul ok? Tak sampai Rm30 pun. Toner ni 2in1. Boleh dijadikan toner dan cuci mekap. Tapi satu jela aku nk pesan, aku tak galakkan cuci mekap guna ni naknak pulak kena bahagian mata. Menjerit cari kolam ko nnti. pedih ya tuhan! setengah orang kalau ada masalah jerawat terlampau teruk, boleh tambah Dalacin. Tapi aku ada baca kalau masukkan dalacin dlm eskinol tu takleh tahan lama. Aku kan jenis ikut suka hati janji okay, aku beli Eskinol Pimple Fighting sahaja. Aku tak beli pun dalacin tu sebab jerawat aku dia takde lah teruk mana. Paling best pasal eskinol aku pakai ni, dia boleh glowingkan muka dan hilangkan blackhead. Cara dia senang je anak anak. Lepas cuci muka, pakailah eskinol ni. Jgn guna tangan mahupun kain lap susu tumpah adik. Jangan ya mak tak ajar! Itu ajaran sesat ye. Sebaik-baiknya kita senonoh sikitla guna kapas. Benda senang jgn buat susah ok anak anak? Kita guna kapas kedai 2 hengget pun boleh. Tak kesah janji guna kapas. Masa pakai tu mungkin hidung kau akan jadi kembang kuncup menahan bau dia yg kuat manakala mata kau akan berkelip secara kerap. Bau dia takdelah busuk tapi wangi sikit dari kentut. Takdelah gurau je. Bau dia macam susah lah nak explain. Senang cerita beli sendiri dn bau lah sampai addicted. 

Yg aku selalu beli ni dekat instagram @ariantiazahari 
(Kalau malas nak taip sgt, dm aku kat ig. Nnti aku send ig dia. Ha kerja senang.)


Yes, dia akan jadi berkilat macam ni. Gmbr kat bawah ni muka tak mekap. 



Apa apa sebarang pertanyaan, boleh dm terus kat ig aku @zaiyannazainal 
Kalau tanya aku kat komen bawah mmg sah-sah 10tahun lagi aku jawab. Jadi, kalau nak jawapan sepantas kilat.. dm kat ig. InsyaAllah aku balas. 

Thanks for reading! 

Jumaat, 7 April 2017

SKINCARE ROUTINE 2: NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE

Salam! Aku still terkejut campur bersyukur tetiba ramai dm dekat ig tanya pasal skincare routine. Aku jugak berbesar-hati reply walaupun dm aku selalu bermasalah tak kuar noti. (Nampak tak effort? Punyalah friendly, engko) Memandangkan ada sambutan, jadinya aku tetiba ter-rajin nak share skincare routine part 2. Nak kata yang muka aku ni flawless pun tak tapi Alhamdulillah, pimples kat muka ni dah perlahan-lahan undur diri. Nak cantik bukan mudah. Tapi jangan cuba jalan paling mudah okay? Takpa biar lambat asal selamat. Aku perasan sejak aku sibuk ber-food hunting.. tak jaga makan, bantai je seafood apa semua.. pimples kat muka makin beranak-pinak. Tension gak kadang2 tapi satu je aku nak pesan, banyakkan minum plain water. Jgn biarkan sleep-pattern anda tak teratur. Make sure rehat at least 7- 8 jam. Aku kenal pasti masalah apahal lah muka ni naik pimples padahal sebelum ni sikit je dan jarang ada, rupanya tak jaga tidur lepastu kurang minum air dan tak makan buah/sayur. Kakak aku punyalah membusuk hati dgn hadek sendiri..

'Weh pahal muka ko dah tak flawless??! Kat dahi berketul-ketul' 

Tersedu menangis dibucu katil weh. Punyalah kuwang-hajo dapat kakak cenggitu. Nasib baik haku sayang. Aku lek jela. Buat apa nak down sangat muka berjerawat. Benda boleh settle beb. Lagi ko stress, lagi riang-ribena si pimples lepak kat muka tu. Muka tu ada senyum sikit.

-

-

-

Semua sedia maklum, aku memang pengguna setia Nano White Fresh. Baru baru ni harga dah naik sikit beb. Haru-biru gak aku check purse nasib ada duit lebih. Tapi still boleh sujud syukur sbb 1set tu (Mist+moisturizer+facial cleanser) tak sampai 30hengget. Baru 28hengget posen posen. Haritu masa watsons kat area rumah aku ada promotion, gempakla harga dia dlm 22hengget. Ni naik harga kalau aku bising depan mak aku.. mau dia basuh aku ayat win dia

'Tandas awam pun dah bayar skrg.' 

Jadinya haritu duit ada lah cukup cukup sbb mmg niat nak pergi sana, beli barang muka. Yelah dah syok food hunting tak ingat dunia, ada pimples merayap baru gatai cari watsons. Hati ni membara gak masa nak pergi kot kot watsons area rumah aku tak cukup barang lagi. Pergi haritu, banyak pulak stok-stok baru. Aku pun biru satu muka sebab banyak pulak duk capai. Punyalah berlagak mak senah masuk, ambik bakul terus catwalk kesana-kemari ewah. Tak, saja je drama. Lepastu mata aku duk pandang lama kat Nano White Fresh. Fuh makin banyak pulak set dia. Skrg ni ada yg charcoal mask, scrub, night essence. Se-kekwat aku pun sibuk mencatu letak-ambik-letak-ambik. Sbb aku fikir, beli benda yg perlu. Yg selebihnya tu next time pun boleh. Kalau beli scrub tu, kat rumah aku ada lagi tak terpakai. So, fikir punya fikir.. aku grab NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE. 









'Elok ke Nano white fresh punya sleping essence?' 

'Apa yg best sgt?' 

'Tak bahaya ke?' 

Balik tu dah siap cuci muka apa semua, aku saja nak try. (Facial cleanser-toner-sleeping essence) Bangun pagi tu, biasa biasa je. Takde effect apa apa lagi. 5 hari pakai, esok pagi tu muka rasa licin je beb. Tengok dahi, pimples yg dah membunting, beranak pinak semua mengecut. Hebat gila. Ni pun dah kurang sikit kat muka. One of my fav. Bila sapu muka, cepat serap. Bangun pagi rasa licin je muka. Yg paling best, sleeping essence ni 2 in 1. Lepas dh cuci muka, spray mist sikit then sapu muka perlahan, dah rasa kering.. sapu terus sleeping essence tu. Tak payah pakai moisturizer dah. Produk ni dh termasuk moisturizer beb.



Aku cakap kat mak aku nak beli ROSE WATER. Tetiba..

'Biasa nya rose water ni untuk jenazah.' 

Terdiam seribu bahasa. 

Haritu nk dijadikan cerita, aku beli RM15+ lepastu tetiba member aku salmah beli 8rengget2posen. Mula mula tak percaya minum ketum ke dia ni. Biar betul. Aku pun pergi tengok sendiri mmg betul. Aku pun apa lagi grab lah satu. Sampai je rumah, aku letak dalam botol yg spray tu. Selalu aku pakai rose water ni setiap petang. Kalau duduk rumah saja saja muka rasa oily sangat, aku spray. Aku gilir gilir dengan green tea. Contoh minggu ni pakai rose water. Lusa pakai green tea pulak. Green tea tu pun aku spray gak. Dua dua ni elok tau untuk hilangkan jerawat. Senang je. Lepas dah spray spray, dua jam kemudian tu aku sapu aloe vera pulak.  Sbbnya Vitamin yang ada kat gel aloe vera tu boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi.



KEBAIKAN ALOE VERA: 
  • Boleh kecutkan jerawat 
  • Hilangkan sunburn
  • Atasi dry skin
  • Melicinkan kulit yg bersisik
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit yg kusam
  • Elak rambut cepat kering.
Ada banyak sebenarnya nak cerita tapi nanti ada masa lagi, aku share. Sbbnya masa tak mengizinkan. Cerita i kat tv dah nak mula tu. Kahkah. Apa apa persoalan/pertanyaan, boleh dm kat ig @zaiyannazainal sebabnya klau email ke apa mmg tak masuk beb. Kalau nak email jugak, sebulan karang kot aku rply. Nanti iols share natural remedies for glowing face okay. tq!

Jumaat, 3 Jun 2016

Review: Nanowhite Fresh elok ke?

Jangan pelikla tetiba mood nak menulis aku datang bertandang. Haritu saja singgah watsons nak beli barang sikit tetiba mata terpandang satu objek menarik. Nanowhite Fresh, uols! Aku memang tak sangka dari sanjung gila produk local tetiba turun pangkat. Duit pulak dah tak sabar nak melompat keluar sbb sesak sangat kat dlm. Space kecik. *acah duit banyak sgt*
First time aku tak survey sebelum beli. Memang cari nahas gakla. Duit terbang lagi RM28 posen posen. Tak sampai 30 ringgit pun. Lagipun dia 1set, ada moisturizer, mist (as a toner. sip sip spray fuh feeling fresh sgt!) lepastu face cleanser. Berbaloi wei! Tahan sebulan sebabnya aku ni kedekut jugak sbb guna duit sendiri kan. Jujur sangat pun tak boleh jugak ada yg kena lempang japgi sebab annoying sangat. Tehee. Sampai je rumah, termenung jap.

'Menyesal ke tak?'

Lepas dah beli baru rasa menyesal sebab banyak sangat produk jerawat yg aku beli sebelum ni. Bila fikir semula, ada baiknya aku pakai sebab dah beli. Lagipun feedback, ramai cakap okay sangat especially yg muka oily sebab contains TTO (Tea Tree Oil) Memang sesuai untuk yang ada acne. Macam aku sendiri pun sekarang ni seksa sangat jerawat kecil naik macam ruam. Legalah muka pun Alhamdulillah makin cerah lepas pakai Nano White Fresh. Lepas stop pakai Dnars, mmg muka burn teruk lepastu muka makin lama takde seri. Sebelum ni yakin je nak bergambar lepastu post dekat mana mana. Sekarang jarang sangat dah. i iz malu. T____T 




Face wash: (Nanowhite Fresh Foam Cleanser) 
Foam ni mmg okay untuk oily skin. (correct me if i'm wrong) satu lagi jenis 'mild' mmg sesuai! such as: cetaphil, simple. Not sure la simple tapi mmg brand tu ok jugak. Sebamed pun! Ok sambung. Kalau letak foam cleanser nanowhite ni separuh tiub kat muka, mmg muka kau beranginla jawabnya. Pakai dotdot je. Lepas cuci muka, rasa segar! Dah namanya pun fresh kan. Rasa berangin sbb tea tree oil! Yang penting, wangi sangat bau dia. Muka pun rasa licin!

Mist: (Nanowhite Fresh Miracle Mist)
Fav! Seriously, tak tipu. Lepas cuci muka, aku spray mist ni kat muka. Gila syok! Feeling spray ridset sgt. Dan sangat wangi! Cepat resap kat kulit. Muka pun rasa segar. Sejuk! 

Moisturiser: (Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser)
Ni paling de bomb! i jatuh cinta sangat! Muka tak berminyak langsung bila pakai. Lps dah dapdap kat muka, cepat je resap kat kulit. Lembut je rasa muka ni. Nak apply day cream pun macam best sangat! Aku kasi 5 bintang! Tapi setengah orang pakai macam minyak. Alhamdulillah, aku pakai okay.

Satu lagi aku tak pakai pun scub dengan pimple cream dia. Sebab dah pakai scrub yg St.ivest lepastu pimple cream pulak banyak dah kat rumah. Setakat ni aku pakai Nanowhite selama sebulan, Alhamdulillah okay sangat. Cuma jerawat still ada tapi kulit yang belang ni, makin pulih dan muka terasa licin.

Muka zaman dulu tak pakai bedak dengan sekarang. Jom gelak!
(Sekadar gambar hiasan eheh)

Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal

Jumaat, 15 April 2016

Macam mana nak rawat kulit breakouts

Salam! Mood rajin mak tetiba datang bertandang, noks. Ingat nak post pasal facewash. Sambungan sini Macam yang aku cakap haritu lepas stop pakai DNARS mmg aku runsing gila tak tahu nak pakai produk apa. Alhamdulillah muka tak breakouts sangat. Masih boleh kawal. Bila fikir balik ada baiknya kalau aku cari produk yang dapat  'naturalkan' muka semula. Sekarang aku cuma pakai pencuci muka CETAPHIL (RM23.90) dekat guardian. Ni nak masuk tiga kali aku beli. Watsons kat area rumah aku, stock cetaphil macam tak berapa banyak. Sendu jugakla mencari. Mula mula beli dekat farmasi online RM30 incl postage, hengkau. Menangis purse hakak T_____T Rutin aku sebelum tidur, aku pakai ubat jerawat. Sekarang, ubat jerawat dengan aku tak boleh berpisah langsung. Yang mana elok, aku buat koleksi. Sebelum ni pakai OXY5 tapi kali ni, pilihan pertama aku ialah Aiken Tea Tree Oil. Elok sangat! Tapi aku nasihatkan kepada yang jenis kurang sabar dan fikir nak cepat cantik, nak cepat licin, jangan guna produk ni. i repeat, jangan guna! Sebab apa? sukati kau je kan. Sabar lah dulu tak baik menyampuk.

'Kesan dia lambat siKit berbanding dengan ubat jerawat
 kedua aku iaitu, Nixoderm.' Tu je nak bagitahu. 


'Isi dalam' NIXODERM bentuk bulat naa. Memang terbaik! Harga pun mampu beli. Mula mula nak try, beli yang kecil dulu. Dkt watsons area rumah aku ada stock yang besar. RM12. (Mmg watsons rumah kau ni tak cukup modal eh? Asek limited stock je) Fuh Alhamdulillah jumpa jugak dekat Guardian! RM4.90 yang saiz kecik. Sampai je rumah, excited dia sampai ke telinga. Memang aku sendiri tahu mula mula pakai macam pedih sikit. Tapi gila pedih nak jenazah weh. *Guling kiri-kanan* Esokkan hari pergi sekolah, jerawat nampak macam kecut sikit. Memang magic lah ubat jerawat ni. Bukan sahaja ubat jerawat ya! Tapi boleh jugak 'dotdot' dekat blackhead, itching, rashes, ringworm of the skin and scalp! First time pakai, kena pakai dlm 7 hari gitu lepastu dlm 3 hari seterusnya stop jap kasi muka rehat. Kalau masih ada lagi 'sisa jahat' tu, boleh lah letak lagi tapi pastikan jangan pakai hari-hari non stop takut kang kulit muka jadi kering dan berparut pulak kat bahagian jerawat tu. Memang setakat ni, Nixoderm lah ubat paling best! 5 bintang! Tapi aku nak ingatkan sebelum nak pakai kat jerawat, jangan dotdot tu tebal sangat. Takut nanti ada kepala yang lemas dalam air sebab panas dia boleh tahan mencucuk. Pakai nipis-nipis je ok? 


FLAVETTES VIT C. Aku amalkan jugak dah dua kali beli. Yang ni kunyah/kemam. Aku kemam waktu pagi sebelum nak pi sekolah dengan sebelum tidur je. Lepas stop Dnars, berdesup pi cari kat Alphro Pharmacy. Murah jugakla sebabnya ayah aku member. Jadinya, dapat dalam RM24.90++ gitu. Tak sampai Rm30-Rm40 pun uols. Yang aku boleh nampak sekarang kulit jadi lembut, licin dan cerah secara sihat lepastu yang penting sikit, mula mula amalkan ni mmg pagi2 aku akan 'membuang'. Boleh tahan best la. Nak kesan cepat kenalah banyak minum air putih, tidur yang cukup dan kurangkan kafein dlm minuman.

Ha yang tu pencuci muka CETAPHIL(RM23.90)  yang aku promosi sakan tadi. Memang elok! Doctor pun sarankan produk ni untuk naturalkan muka lepas stop pakai produk kimia. Takde buih ya! Lepas cuci muka, rasa soft sangat macam punggungbaby Alhamdulillah, setakat ni mmg sesuai sangat dgn muka aku. Ni bukan sahaja boleh pakai dekat muka uols. Tapi boleh jugak dijadikan untuk makeup remover, untuk badan pun boleh. Yang penting sekali, fragrance, soap&lanolin free, helps skin retain moisture, non-comedogenic (won't block pores), won't sting eyes, pH balanced, gentle skin on baby's skin. Ha apa tunggu lagi?! Boleh try! Grab one! Tapi klau dah dekat farmasi pun jual cetaphil ni, mestilah kesan pun lambat kan tapi apa salahnya biar lambat asalkan selamat.

Ni ada beberapa tips yg aku nak share kpd gadis2 yang muka tgh breakouts
lepas pakai produk yang contains mercury:-

1. Jangan gelabah, Jangan stress. Senyum!
2. Gunakan tuala kecil untuk lap muka. Jangan share tuala lap badan dengan muka.
3. Rehatkan muka dari pakai apa apa produk. Wajib stop! Dalam 2-3 minggu. Lepastu baru boleh fikir nak pakai produk apa seterusnya.
4. Banyakkan minum air putih. (muka jadi glowing dan sentiasa lembap)
5. Amalkan natural remedies. (Madu, gula, timun, yogurt, teh boh, putih telur)
6. Survey produk yang jenis natural (Tea tree oil, herbs) setakat ni paling elok, produk Good Virtues.co, Hadalabo, Cetaphil, Sebamed, Himalaya) Better pakai cetaphil sampai habis untuk buang kimia. Then, bolehlah nak pakai produk lain. Tapi jangan terus pakai produk yang brightening! Kalau boleh, ATUR STRATEGI. berperingkat!
7. Jangan sentuh muka waktu berpeluh. (Tengah hari/petang) Tangan kita belum tentu bersih gais. Sebab tu pimples mudah naik. Campur pulak muka tgh oily.  Hanya Allah je yg tahu. T___T
8. Prepare untuk ubat jerawat! Penting sekali. Yang aku boleh cadang setakat ni Tea Tree oil Aiken, T3 gel, Nixoderm.
9. Setiap petang, boleh sapu muka dengan gel aloe vera. (Gel Aloe vera brand Fruits of The Earth) Lepas dah stop produk sebelum ni, mestilah muka kekadang tu terbakar teruk. Macam pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah ok sangat lepas dah sapu aloe vera.
10. Makan supplement yang boleh repair kulit. (VITAMIN C!)Yang penting, ada KKM. Lebih selamat kalau beli kat farmasi, guardian, watsons.



Ha yang aku conteng tu GEL ALOE VERA FRITS OF THE EARTH! Mmg sangat2 best!  Ramai cakap elok dan aku sendiri sedang guna. Faham2 jelah watsons area rumah aku ni buat hal lagi. Stock habis pulak. Merata aku cari weh tetiba pergi Guardian, ada yang brand Guardian. Mula mula ragu-ragu gak elok ke? Tapi aku rasa, fungsi dia sama je sebabnya 100% pure. (iyelah sangat ken. Belum cuba belum tahu) Tapi aloe vera yang guardian, tekstur dia kureng sikit. Aku kasi 3/5 sebabnya rasa lekit. Bintik merah naik kat muka tetiba tapinya tunggu lagi 1 minggu. Kalau tak molek jugak, terus ada iritasi.. aku stop. Brand yang Fruits of The Earth jugak terbaik weh! Sebelum aku lupa, harga dia dalam RM7.90 tak sampai RM10 pun.

Yang sebelah aku conteng, ada nampak kan AIKEN TEA TREE OIL? Ha yang tu lah aku cakap sapu kat jerawat sebelum tidur. Best gak! RM11.90 rasanya. Tak sampai RM13 pun weh. Beli kat guardian murah! Tapi ubat jerawat yang ni, bau dia busuk sikit tapi menjadi. Banyak kali pakai, memang jerawat kecut.

Thanks for reading :)


Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal

Sabtu, 5 Mac 2016

Muka makin teruk lepas stop DNARS


'Apakehel ni yob? Ritu komer suruhnya kami pakei dnars.' 

Perempuan memang tak lari daripada kecantikan. Orang kata, Kecantikan tu subjektif. Sekarang semua sedia maklum, produk kecantikan tempatan macam pisang goreng. Laris! Tak kira yang organic mahupun yang putihkan kulit. Mereka sajikan kita testimoni yang meletop lagi hebat. Kita yang sendu ni termasuklah aku dah separuh nafas simpan perasaan nak pakai jugak! Nak cantik macam orang lain! Nak putih! Tapi aku nak tanya ni, kalau ramai yang kejar nak jadi putih.. siapa akan berkulit hitam? Tu beyonce dgn rihanna tak menangis pun dengan kulit dorang? Kalau boleh diaorang bangga. Kita fikir 'kebaikan' untuk harini tapi tak terlintas langsung 'keburukan' akan datang. (Batang hidung teralih. Sentap mak) Sejak aku dah stop pakai Dnars, muka ni boleh tahan teruk jugaklah. Cuma aku ni comel sikit je dari Dayang Senandung. Heks. Entry sebelum ni aku pernah share Dnars memang terbaik! 10 jari aku angkat kalau boleh semua jari kaki aku nak belanja. Putih gila weh muka aku! (Tapi tunggu! Belum  habis cakap. 'Kalau' compare dgn negro la. Kalau dengan melayu, aku turun kategori ke 100 sebabnya aku bukan putih sgt) Nak masuk 2 tahun aku pakai, Alhamdulillah syukur sangat mujur ada pamoga Dnars =p 

'Mahu kelihatan lebih cantik walaupun dalam masa sibuk dan singkat? 
Atau nak lebih yakin? Pakailah Dnars.'

Pada awalnya, aku tak percaya cakap orang. Ramai cakap dah serik pakai Babies blink, Nour ain, Dnars. Kawan baik aku sendiri, muka dia breakouts teruk lepas stop pakai dnars. Aku sempat berfikir positif, tu muka orang lain. Aku pakai ok je. Setiap orang tu jenis muka berbeza. Dry skin, combination, oily skin (sensitive lah selalunya). Mungkin kita pakai elok, orang lain tidak. Lama kemudian, aku rasa macam eh kenapa aku ni makin banyak jerawat halus? Aku risau gak memula. Tapi takpalah, buat macam biasa lepastu sapu ubat jerawat setiap malam sebelum tidur. Muka jerawat okay lagi. Aku terima dengan hati yang terbuka sebabnya aku tahu, kekadang hormon ni tak menentu. Jerawat senanglah naik. Stres aku baru 30% selebihnya 70% Cikwat ajak member lepak atas muka aku. Tak sopan weh dengan tak bagi salamnya terus serang. T_______T
Tapi yang pelik bin ajaib...kenapa hidung aku banyak bintik hitam seolah-olah setahun aku tak pernah berscrub?! Selama ni kalau stop pakai night cream dalam 5-6 hari, bintik hitam selalulah berkampung tapi idokler banyak. Tapi aku pakai night cream konsisten! Tak pernah lagi skip. Esokkan hari, cabaran kian menjadi jadi. Memang menguji kesabaran mak. Kulit aku jadi gelupas macam sebulan tak minum air. Aku takleh sabar dah. Tanduk setan naik tetiba campur kepala keluar asap. Aku terus bukak twitter dan search 'Dnars'. Bila aku baca dekat twit_kecantikan, memang ramai dah kena macam yang aku rasa. Masa tu mood aku jatuh menjunam weh. Ramai kasi feedback negatif! Waktu tu aku dalam dilema nak stop ke tak. Memandangkan aku tak cukup duit lagi, jadinya dalam 2 minggu jugak aku pakai dnars sementara kumpul duit. Berlagak macam biasa konon tak stres.Dalam seminggu aku buat research produk apa yang elok untuk breakouts, yang sesuai untuk natural muka. Aku memang prepare awal awal. Produk yang sesuai untuk naturalkan muka ialah CETAPHIL, RM22.50, Watsons/guardian/drugstore. Kelebihan dia memang untuk naturalkan muka. Memang elok sangatlah pakai sebabnya tujuan utama ‘kembali ke pangkal jalan’. Lagipun cleanser ni tak ada buih sangat. Sampailah korang habis pakai sebotol tu 250ml, bolehlah bertukar kepada produk yang bersesuaian dengan muka jerawat. Sebelum aku lupa, aku nak ingatkan. Sebelum nak tukar produk baru, pastikan stop pakai apa apa produk untuk rehatkan muka. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Tekankan natural remedies ya! Madu, yogurt, bedak sejuk, aloe vera. Avoid pakai lemon! Pedih muka kang! Aku tak galakkan. Satu lagi, Jangan ‘terus’ pakai produk baru tu sebab takut nanti muka kita terkejut dan terus breakouts. Aku boleh kata, produk-produk yang aku senaraikan ni memang terbaik. InshaAllah tak ada kimia! Setakat ni pilihan aku ada tiga:

1.     Good Virtues.co
2.     Hadalabo
3.     Himalaya

Aku pilih himalaya. Mahal sikitla as a student. Kopak jugak duit bulan ni. Satu pencuci muka dah RM26 weh. Kalau tak elok jugak, aku terpaksa la pakai good virtues.co. Tawakal! Ya! Himalaya ni memang organic. Turmeric! Macam herba! Yang penting, sangat sangat sesuai untuk muka yang sensitive dan berjerawat. Aku agak jakun, ye. Aku ingatkan himalaya ni ada produk shampoo je. Rupanya, tidak. Ada shampoo, mask, pencuci muka dan macam macam la. Aku terpegun jugak nasib baik sempat kuatkan iman. Aku yakin nak pakai produk himalaya sebab ramai kata himalaya ni sangat sangat best dan jerawat mula kecut. Nanti yang seterusnya, aku bagitahu lebih details ya! Untuk yakinkan korang! =)



Yang mana nak tanya, boleh DM dkt instagram @zaiyannazainal