Jumaat, 7 April 2017

SKINCARE ROUTINE 2: NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE

Salam! Aku still terkejut campur bersyukur tetiba ramai dm dekat ig tanya pasal skincare routine. Aku jugak berbesar-hati reply walaupun dm aku selalu bermasalah tak kuar noti. (Nampak tak effort? Punyalah friendly, engko) Memandangkan ada sambutan, jadinya aku tetiba ter-rajin nak share skincare routine part 2. Nak kata yang muka aku ni flawless pun tak tapi Alhamdulillah, pimples kat muka ni dah perlahan-lahan undur diri. Nak cantik bukan mudah. Tapi jangan cuba jalan paling mudah okay? Takpa biar lambat asal selamat. Aku perasan sejak aku sibuk ber-food hunting.. tak jaga makan, bantai je seafood apa semua.. pimples kat muka makin beranak-pinak. Tension gak kadang2 tapi satu je aku nak pesan, banyakkan minum plain water. Jgn biarkan sleep-pattern anda tak teratur. Make sure rehat at least 7- 8 jam. Aku kenal pasti masalah apahal lah muka ni naik pimples padahal sebelum ni sikit je dan jarang ada, rupanya tak jaga tidur lepastu kurang minum air dan tak makan buah/sayur. Kakak aku punyalah membusuk hati dgn hadek sendiri..

'Weh pahal muka ko dah tak flawless??! Kat dahi berketul-ketul' 

Tersedu menangis dibucu katil weh. Punyalah kuwang-hajo dapat kakak cenggitu. Nasib baik haku sayang. Aku lek jela. Buat apa nak down sangat muka berjerawat. Benda boleh settle beb. Lagi ko stress, lagi riang-ribena si pimples lepak kat muka tu. Muka tu ada senyum sikit.

-

-

-

Semua sedia maklum, aku memang pengguna setia Nano White Fresh. Baru baru ni harga dah naik sikit beb. Haru-biru gak aku check purse nasib ada duit lebih. Tapi still boleh sujud syukur sbb 1set tu (Mist+moisturizer+facial cleanser) tak sampai 30hengget. Baru 28hengget posen posen. Haritu masa watsons kat area rumah aku ada promotion, gempakla harga dia dlm 22hengget. Ni naik harga kalau aku bising depan mak aku.. mau dia basuh aku ayat win dia

'Tandas awam pun dah bayar skrg.' 

Jadinya haritu duit ada lah cukup cukup sbb mmg niat nak pergi sana, beli barang muka. Yelah dah syok food hunting tak ingat dunia, ada pimples merayap baru gatai cari watsons. Hati ni membara gak masa nak pergi kot kot watsons area rumah aku tak cukup barang lagi. Pergi haritu, banyak pulak stok-stok baru. Aku pun biru satu muka sebab banyak pulak duk capai. Punyalah berlagak mak senah masuk, ambik bakul terus catwalk kesana-kemari ewah. Tak, saja je drama. Lepastu mata aku duk pandang lama kat Nano White Fresh. Fuh makin banyak pulak set dia. Skrg ni ada yg charcoal mask, scrub, night essence. Se-kekwat aku pun sibuk mencatu letak-ambik-letak-ambik. Sbb aku fikir, beli benda yg perlu. Yg selebihnya tu next time pun boleh. Kalau beli scrub tu, kat rumah aku ada lagi tak terpakai. So, fikir punya fikir.. aku grab NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE. 









'Elok ke Nano white fresh punya sleping essence?' 

'Apa yg best sgt?' 

'Tak bahaya ke?' 

Balik tu dah siap cuci muka apa semua, aku saja nak try. (Facial cleanser-toner-sleeping essence) Bangun pagi tu, biasa biasa je. Takde effect apa apa lagi. 5 hari pakai, esok pagi tu muka rasa licin je beb. Tengok dahi, pimples yg dah membunting, beranak pinak semua mengecut. Hebat gila. Ni pun dah kurang sikit kat muka. One of my fav. Bila sapu muka, cepat serap. Bangun pagi rasa licin je muka. Yg paling best, sleeping essence ni 2 in 1. Lepas dh cuci muka, spray mist sikit then sapu muka perlahan, dah rasa kering.. sapu terus sleeping essence tu. Tak payah pakai moisturizer dah. Produk ni dh termasuk moisturizer beb.



Aku cakap kat mak aku nak beli ROSE WATER. Tetiba..

'Biasa nya rose water ni untuk jenazah.' 

Terdiam seribu bahasa. 

Haritu nk dijadikan cerita, aku beli RM15+ lepastu tetiba member aku salmah beli 8rengget2posen. Mula mula tak percaya minum ketum ke dia ni. Biar betul. Aku pun pergi tengok sendiri mmg betul. Aku pun apa lagi grab lah satu. Sampai je rumah, aku letak dalam botol yg spray tu. Selalu aku pakai rose water ni setiap petang. Kalau duduk rumah saja saja muka rasa oily sangat, aku spray. Aku gilir gilir dengan green tea. Contoh minggu ni pakai rose water. Lusa pakai green tea pulak. Green tea tu pun aku spray gak. Dua dua ni elok tau untuk hilangkan jerawat. Senang je. Lepas dah spray spray, dua jam kemudian tu aku sapu aloe vera pulak.  Sbbnya Vitamin yang ada kat gel aloe vera tu boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi.



KEBAIKAN ALOE VERA: 
  • Boleh kecutkan jerawat 
  • Hilangkan sunburn
  • Atasi dry skin
  • Melicinkan kulit yg bersisik
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit yg kusam
  • Elak rambut cepat kering.
Ada banyak sebenarnya nak cerita tapi nanti ada masa lagi, aku share. Sbbnya masa tak mengizinkan. Cerita i kat tv dah nak mula tu. Kahkah. Apa apa persoalan/pertanyaan, boleh dm kat ig @zaiyannazainal sebabnya klau email ke apa mmg tak masuk beb. Kalau nak email jugak, sebulan karang kot aku rply. Nanti iols share natural remedies for glowing face okay. tq!
Catat Ulasan