Isnin, 23 Julai 2018

SKINCARE ROUTINE: do's and dont's

Salam! Skrg aku ada satu tabiat suka eksperimen muka dan boleh dikatakan apa yg aku beli, semua benda aku try gais.Takdelah, kang tak guna macam bazir pulak. Bukan apa, kita kena try and error. Barulah kita tahu produk tu sesuai ke tak. Apa apa pun kena berani mencuba, jgn takut-takut. It's okay nak terpengaruh dgn orang beli tu beli ni. Hak kita, duit kita. Yg penting survey dulu sebelum beli. Setengah orang main redah je padahal si polan tu dry skin, you pulak oily skin. Jangan ambik jalan mudah ye. Sabar. It takes time. Tak putih takpe janji kulit licin, sihat dan glowing ;p
Bnyak kali jugak i jdi google, jawab soklan orang dekat dm instagram. Takpe i suka! Dri situ i boleh tolong org yang ada skin problem, dapat ramai kawan baru. Nak cantik, jangan busuk hati cantik sorg sorg. Sama sama cantik and support each other. Kan elok macam tu? Ha tepuk. Mmg betul, aku sangatlah jarang bukak email reply satu satu. Tak, bukan sombong tapi sebab aku lebih active dekat instagram. Kalau bukak email pun sebab reset password ye kawan kawan. Jenis banyak makan semut sampaikan 4-5kali tukar password, tak ingat jugak. Yelah faktor usia semakin meningkat. Oleh kerana terlampau 'busy' mengalahkan pm, dh tukar kerjaan baru, aku still dgn "nk tulis blog tapi takde idea". Ya, aku lebih suka share apa apa tentang beauty tips dekat story instagram. Tk tahu kenapa aku tak gemar sekali bila wujud segelintir "perempuan cantik" marah marah cakap..

''Kenapa saya pakai takde perubahan apa apa pun?" 

Aku tanya dia.. "Berapa lama dah awak pkai?"

"Baru seminggu. Takde effect pape pun?"

Dgr jawapan dia macam tu aku rasa nak menangis bucu katil, tak tahu nak lalui hari yg akan dtg. Allahu tabahkan aku Ya Allah berat sungguh dugaan mu T____T Tolong jangan biar orang sumpah seranah awk. Kadang lagi elok kita berdiam diri. Satu je nak pesan, kita ni bukan pakai produk local yg pakai seminggu dah kulit licin mcm ko baru lepas kikis dgn kertas pasir. Rata rata skrg semua pulun nak pkai drug stores sebab dah serik pkai produk local lepas muka breakout. Ya aku faham still takleh move on, terbawa bawa tempoh masa singkat produk local tapi tolong belajar terima hakikat produk yg awk beli dkt drug stores tu it takes time to heal. Bukan sekali pakai terus bertukar Dua Lipa. Jangankan dua lipa, entah entah selipar naik ke muka sbb kurang sabar. Ajar diri awak untuk bersabar. Biar lambat asal selamat. Lagi satu kes, muka breakout lepas pakai produk from drug stores. Adoi orang lain pkai putih berkilat, asal kita pkai macam kayu api. Skin types setiap orang berbeza, awak. Tak semua  produk yg org sekeliling pakai, sesuai dgn kita yg sendu ni. Kadang orang pkai produk mahal, kita ikut juga. Nmpk gah sangat dlm hati dah gelak setan esok sah lagi cantik dri awek ex (eh?) Tgok Fazura pakai Nutox, nak pakai jgk. Tanpa kita sedar, sebenarnya muka ni sesuai sgt dh pakai produk RM10-RM50 yg tk smpai beratus tu. Apa salahnya ringan tangan tu kemudahan dihujung jari, sis. Sebelum apa apa, kena tahu dulu "BASIC SKIN CARE ROUTINE" AND "NOT SO BASIC SKINCARE ROUTINE" 

Tiada ulasan: