Jumaat, 15 April 2016

Macam mana nak rawat kulit breakouts

Salam! Mood rajin mak tetiba datang bertandang, noks. Ingat nak post pasal facewash. Sambungan sini Macam yang aku cakap haritu lepas stop pakai DNARS mmg aku runsing gila tak tahu nak pakai produk apa. Alhamdulillah muka tak breakouts sangat. Masih boleh kawal. Bila fikir balik ada baiknya kalau aku cari produk yang dapat  'naturalkan' muka semula. Sekarang aku cuma pakai pencuci muka CETAPHIL (RM23.90) dekat guardian. Ni nak masuk tiga kali aku beli. Watsons kat area rumah aku, stock cetaphil macam tak berapa banyak. Sendu jugakla mencari. Mula mula beli dekat farmasi online RM30 incl postage, hengkau. Menangis purse hakak T_____T Rutin aku sebelum tidur, aku pakai ubat jerawat. Sekarang, ubat jerawat dengan aku tak boleh berpisah langsung. Yang mana elok, aku buat koleksi. Sebelum ni pakai OXY5 tapi kali ni, pilihan pertama aku ialah Aiken Tea Tree Oil. Elok sangat! Tapi aku nasihatkan kepada yang jenis kurang sabar dan fikir nak cepat cantik, nak cepat licin, jangan guna produk ni. i repeat, jangan guna! Sebab apa? sukati kau je kan. Sabar lah dulu tak baik menyampuk.

'Kesan dia lambat siKit berbanding dengan ubat jerawat
 kedua aku iaitu, Nixoderm.' Tu je nak bagitahu. 


'Isi dalam' NIXODERM bentuk bulat naa. Memang terbaik! Harga pun mampu beli. Mula mula nak try, beli yang kecil dulu. Dkt watsons area rumah aku ada stock yang besar. RM12. (Mmg watsons rumah kau ni tak cukup modal eh? Asek limited stock je) Fuh Alhamdulillah jumpa jugak dekat Guardian! RM4.90 yang saiz kecik. Sampai je rumah, excited dia sampai ke telinga. Memang aku sendiri tahu mula mula pakai macam pedih sikit. Tapi gila pedih nak jenazah weh. *Guling kiri-kanan* Esokkan hari pergi sekolah, jerawat nampak macam kecut sikit. Memang magic lah ubat jerawat ni. Bukan sahaja ubat jerawat ya! Tapi boleh jugak 'dotdot' dekat blackhead, itching, rashes, ringworm of the skin and scalp! First time pakai, kena pakai dlm 7 hari gitu lepastu dlm 3 hari seterusnya stop jap kasi muka rehat. Kalau masih ada lagi 'sisa jahat' tu, boleh lah letak lagi tapi pastikan jangan pakai hari-hari non stop takut kang kulit muka jadi kering dan berparut pulak kat bahagian jerawat tu. Memang setakat ni, Nixoderm lah ubat paling best! 5 bintang! Tapi aku nak ingatkan sebelum nak pakai kat jerawat, jangan dotdot tu tebal sangat. Takut nanti ada kepala yang lemas dalam air sebab panas dia boleh tahan mencucuk. Pakai nipis-nipis je ok? 


FLAVETTES VIT C. Aku amalkan jugak dah dua kali beli. Yang ni kunyah/kemam. Aku kemam waktu pagi sebelum nak pi sekolah dengan sebelum tidur je. Lepas stop Dnars, berdesup pi cari kat Alphro Pharmacy. Murah jugakla sebabnya ayah aku member. Jadinya, dapat dalam RM24.90++ gitu. Tak sampai Rm30-Rm40 pun uols. Yang aku boleh nampak sekarang kulit jadi lembut, licin dan cerah secara sihat lepastu yang penting sikit, mula mula amalkan ni mmg pagi2 aku akan 'membuang'. Boleh tahan best la. Nak kesan cepat kenalah banyak minum air putih, tidur yang cukup dan kurangkan kafein dlm minuman.

Ha yang tu pencuci muka CETAPHIL(RM23.90)  yang aku promosi sakan tadi. Memang elok! Doctor pun sarankan produk ni untuk naturalkan muka lepas stop pakai produk kimia. Takde buih ya! Lepas cuci muka, rasa soft sangat macam punggungbaby Alhamdulillah, setakat ni mmg sesuai sangat dgn muka aku. Ni bukan sahaja boleh pakai dekat muka uols. Tapi boleh jugak dijadikan untuk makeup remover, untuk badan pun boleh. Yang penting sekali, fragrance, soap&lanolin free, helps skin retain moisture, non-comedogenic (won't block pores), won't sting eyes, pH balanced, gentle skin on baby's skin. Ha apa tunggu lagi?! Boleh try! Grab one! Tapi klau dah dekat farmasi pun jual cetaphil ni, mestilah kesan pun lambat kan tapi apa salahnya biar lambat asalkan selamat.

Ni ada beberapa tips yg aku nak share kpd gadis2 yang muka tgh breakouts
lepas pakai produk yang contains mercury:-

1. Jangan gelabah, Jangan stress. Senyum!
2. Gunakan tuala kecil untuk lap muka. Jangan share tuala lap badan dengan muka.
3. Rehatkan muka dari pakai apa apa produk. Wajib stop! Dalam 2-3 minggu. Lepastu baru boleh fikir nak pakai produk apa seterusnya.
4. Banyakkan minum air putih. (muka jadi glowing dan sentiasa lembap)
5. Amalkan natural remedies. (Madu, gula, timun, yogurt, teh boh, putih telur)
6. Survey produk yang jenis natural (Tea tree oil, herbs) setakat ni paling elok, produk Good Virtues.co, Hadalabo, Cetaphil, Sebamed, Himalaya) Better pakai cetaphil sampai habis untuk buang kimia. Then, bolehlah nak pakai produk lain. Tapi jangan terus pakai produk yang brightening! Kalau boleh, ATUR STRATEGI. berperingkat!
7. Jangan sentuh muka waktu berpeluh. (Tengah hari/petang) Tangan kita belum tentu bersih gais. Sebab tu pimples mudah naik. Campur pulak muka tgh oily.  Hanya Allah je yg tahu. T___T
8. Prepare untuk ubat jerawat! Penting sekali. Yang aku boleh cadang setakat ni Tea Tree oil Aiken, T3 gel, Nixoderm.
9. Setiap petang, boleh sapu muka dengan gel aloe vera. (Gel Aloe vera brand Fruits of The Earth) Lepas dah stop produk sebelum ni, mestilah muka kekadang tu terbakar teruk. Macam pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah ok sangat lepas dah sapu aloe vera.
10. Makan supplement yang boleh repair kulit. (VITAMIN C!)Yang penting, ada KKM. Lebih selamat kalau beli kat farmasi, guardian, watsons.



Ha yang aku conteng tu GEL ALOE VERA FRITS OF THE EARTH! Mmg sangat2 best!  Ramai cakap elok dan aku sendiri sedang guna. Faham2 jelah watsons area rumah aku ni buat hal lagi. Stock habis pulak. Merata aku cari weh tetiba pergi Guardian, ada yang brand Guardian. Mula mula ragu-ragu gak elok ke? Tapi aku rasa, fungsi dia sama je sebabnya 100% pure. (iyelah sangat ken. Belum cuba belum tahu) Tapi aloe vera yang guardian, tekstur dia kureng sikit. Aku kasi 3/5 sebabnya rasa lekit. Bintik merah naik kat muka tetiba tapinya tunggu lagi 1 minggu. Kalau tak molek jugak, terus ada iritasi.. aku stop. Brand yang Fruits of The Earth jugak terbaik weh! Sebelum aku lupa, harga dia dalam RM7.90 tak sampai RM10 pun.

Yang sebelah aku conteng, ada nampak kan AIKEN TEA TREE OIL? Ha yang tu lah aku cakap sapu kat jerawat sebelum tidur. Best gak! RM11.90 rasanya. Tak sampai RM13 pun weh. Beli kat guardian murah! Tapi ubat jerawat yang ni, bau dia busuk sikit tapi menjadi. Banyak kali pakai, memang jerawat kecut.

Thanks for reading :)


Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal
Catat Ulasan