Isnin, 20 Oktober 2014

First trial:

Sebulan, memang lama. Aku hantar phone ke kedai mula dari 23 oct. Pt3 exam 13nov until 15nov. Iya, ada hikmah phone aku rosak. Kalau phone aku okay, aku akan mengadap phone 24jam sampaikan tak belek buku. Mula mula rasa macam berat hati nak serah phone. Tapi fikir juga kebaikan dan keburukan dia. Jadi, bila guna fikiran dan akal logik.. (ceh hengkau) aku pun hantar phone ke kedai. Jadi,jangan tanya apa perasaan aku bila tak ada phone. Nak nangis pun ada, sebab tak dapat text haziq, nak contact org pun payah, lagi-lagi  nak selfie pun susah dan satu lagi, tak dapat bukak instagram T_____T
Haritu, text dengan haziq pun.. cuma cakap gitu gitu je memandangkan aku tengah guna wifi rumah dan pinjam telefon abah. Nasib baik, sempat cakap monthsary ke-enam bulan haritu. Memang kali ni monthsary, aku tak tulis panjang-panjang macam biasa. Biasanya, tak cukup page aku tulis, tapi kali ni aku macam buat buat konfius dan.. gaya ala-ala mendebarkan gitew. (bunyi drum roll) Malam tu, aku ingat nak wish tepat-tepat jam 12 malam. Tapi macam, tak menjadi lak bila haziq tk reply text aku. Aku sengaja panggil dan mula berlakon..

'Haziq. Orang nak cakap sesuatu ni.'

Esok, cuba lagi. Konon nak wish lah ni. Pastu, balik sekolah rasanya. Aku terus ambik phone abah, text haziq. Bila log in wechat, tetiba Haziq reply pagi tadi. Pukul 6:30 pagi. Aduh,  aku pun text semula. Entah aku cakap apa, yg pasti aku cakap, nak sambung semula cakap. Hal penting. Pasal hubungan kita.

 Hikssss, pandai iols berlakon. *tepukan gemuruh* 

Pastu, alamak haih haziq reply lambat laaagi. Okay, sabar tak apa. Dia reply jam 4:30 petang, aku reply pukul 5 lebih. Serius, macam main lari-berganti pulak kitaorang ni miahaha 

Lepas aku text, dia tak reply pulak. Okay tak apa, aku buat hal sendiri dulu. Bila waktu malam, tetiba haziq reply. Entah, phone aku mcm takda hint pun bunyi mesej masuk. Aku check phone, dlm 9lebih rasanya. Dia tanya aku kenapa? Aku dah tergelak dah ni. Pandai iols berlakon, buat buat macam ada yg tak kena dengan hubungan. Dah lah waktu tu monthsary. 

Cakap punya cakap, aku reka ayat debar-debar sikit.. dia macam tertanya tanya kenapa aku pelik semacam malam tu. Aku pun wish, hppy monthsary s****, blablablablabla ileviu. Pastu, dia macam gelak sikit. Pastu em, balas. (Plis, Jangan muntah disini muahaha) 

****
Ya, ni kali pertama aku serius dan ingat tarikh kenal. Aku mula rapat dgn haziq, masa birthday dia. 14 april 2014. Pastu kitaorang terus macam baik dan haziq selalu ejek aku apa tah. 'Minah gam' pastu 'Misai' Sampai sekarang, nama misai tu melekat dan sekaraaaang, bertukar jadi 'MOK' pulak. Haritu masa keluar, bayangkan depan kawan-kawan aku. Dia panggil aku MOK.  Yaallah, haziq ni. Yaallah, macam macam nickname. Dia mungkin panggil aku mok sebab.. dia lebih ringan dan kurus dari aku. Aku pulak pendek pastu mungkin dimata dia, aku berlengan jelly macam Big momma lah kot. Selalu ejek aku mok, buncit. Bila orang nak kurus, mula lah macam marah. Sampaikan ada sekali tu, aku komplen..


 'Badan makin gemuk blablalabla nak kurus. Hiks.' 

'Nyampah lah perempuan ni.' 
'Rasa macam nak baling kerusi' 

 Dia kata, geram sangat. Badan dah kurus, masih kata gemuk. Perempuan selalu gitu.
 Bila dengar kata haziq, terrruuuus (kuruih ke aiiy?) sampai sekarang aku makan lngsung tak berpantang. Tak berdiet lngsung. Sekarang, saadis sungguh. Jadi obesiti sebab bahagia sangat. Tak apaa. Saya happy sangaat wlaupun berat naik 4kg *nangis gembira smbil tunjuk thumbs up* 
Catat Ulasan