Isnin, 9 Februari 2015

Badut bergerak

Semua benda nak perfet takleh gak. Pening kepala kalau terlalu mengikut 'tema'. Contoh kalau aku, mix&match pakaian or whatsoever.. aku akan lari tema. So, aku ingatkan awal awal lagi aku ni mmg tak boleh diajak ke party. Bagi aku, warna yg gelap nampak cozy dan lebih kurus 'kalau' si pemakai badannya triple-XL macam aku. Jadi, aku akan pilih pakaian tu tak nampak terlalu menyerlah sampaikan silau mata memandang. Aku suka gaya yg simple tapi menarik perhatian. Kekadang cara pemakaian aku dikritik gak tapi aku sengaja tulikan telinga dengan mulut-mulut wifi bergerak tu sebabnya prinsip aku, mudah je. Kita ada pendirian sendiri. Cara berpakaian tu, merujuk kepada diri sendiri. Kalau kita selesa, kita boleh teruskan. Orang mungkin takda hak nak komen cara kita berpakaian selagi cara pemakaian kita tu tak langgar dari aspek 'tak sepatutnya'. Faham kan. Dulu aku mungkin macam badut sikit. Aku sedar dan mengaku. Yelah, aku kan seorang yg jujur. Sebab tu kalau nak cari menantu, kena pilih aku. Haks. Tapi hati hati. Ai ni perempuan pencukur cap gilitte plus  turbo yg baru di-service. So, mungkin tajam. Kang semua duit anak u i shave sampai licin.

 (Sikap 1 dah nampak. Teruk sungguh perangai. Pelempang jarak jauh dari ibu mertua sampai biru air mata. Berbekas pipi kesan kelima-lima jari. Nmpk sgt ibu mertua tu pernah mewakili sekolah dlm perlawanan bola tampar.)

**
Macam ni cerita dia. Aku pernah pakai baju warna biru turquoise, seluar kuning pekat, beg biru-putih, tudung kuning, kasut merah. Tolong jangan gelak ya. Ai tahu, u tengah imagine macam mana gaya tu. Aku bukan apa. Waktu tu mood aku tgh 'ceria', jadi apa salahnya kan kalau aku bergaya lain daripada yg lain. Walaupun hakikatnya, orang akan pandang aku atas bawah. Datang dari planet mana ni? Nasib baik tak pakai eye-shadow hitam macam kena tumbuk.. lipstik merah pekat. Muka putih macam opera cina. Istighfar panjang aku.

Drama1: 'Dik, part time kat fun-fair ke? Akak nak tempah, 
tiupkan belon anak hakak masa birthday party dia.' 

Menangis teresak-esak. 
Sebab tu jgn terlampau berani 'Bermain warna' sebabnya bagi aku.. aku ni dikategorikan sebagai 'Lagsir bergerak' Atau 'Pokok krismas'
 jadi skrg bila dah tahu aku tak berapa reti ber-fesyen.. aku hanya pakai warna pastel.Sebabnya warna dia lembut.Sesuailah dgn jiwa aku yg lembut ni. Haks, loya tekak kak senah.

 *Tangan kat bahu, mata keatas. Not juling ya. Cucuk mata kang.*

 Tak salah kalau kita nak tampil berani supaya kita ada keyakinan untuk berjalan depan public. Ya betul, aku setuju kalau kita pakai cantik, kemas, kita rasa lebih berkeyakinan untuk berjalan. Cuba kalau pakai baju tak berbutang sebabnya cuci guna machine, seluar terkoyak angkara terjatuh basikal sebelum sampai shopping complex dan berpeluh sebabnya kejar peragut. Pergh drama. Slot-akasia. Pelakon tambahan! Chaiyok!! 

 Aku sendiri mengaku, aku agak old-fashion tapi bagi aku, tu pendirian aku. Yang penting, aku selesa. Pernah sekali tu mak aku bising sebabnya aku komen pakaian dia. 

'Ma, baju dah hijau pekat bercorak grey, jeans warna hijau muda nak ke turqouise. Kenapa pakai tudung hijau neon? Sakit mata orang tengok kang. Mesti dorang fikir, pokok mana yg bergerak ni..' 
Aku dah ketawa-kecil sambil belek shawl lain. Nak juga semua warna sama. Sama jugak macam baju kurung dia dan tudung fareeda. Baju hijau, tudung hijau. Baju coklat, tudung coklat. 

'Eh apanya. Biarlah ma pakai macam ni. Lawa apa.' 

Aku pun hulur shawl warna hijau turqoise kosong kat mak aku. Hmm.. not bad. Okay lah dari warna tadi. Terlalu bermain dgn warna. 

Lepastu aku belitkan tudung untuk dia. Ya, kalau datang mood dia nak pakai shawl.. dia akan cari aku  atau kakak aku dalam bilik. Even kita belum ber-mekap/belum pakai baju.. dia tak kira gak. Mesti dia punya siap dulu. Ok surrender, mum. 

*** Pernah satu masa, terbalik pulak. Mak aku tegur aku pulak. 

'Eh apa tu, pakai baju hitam.. tudung warna maroon?' 

'Ma. Ni fashion lah.' Aku dah tergelak-besar. Ma dah bukak mukadimah-panjang.. sekolahkan aku bagaikan aku masuk 'sekolah buta warna' 

'Eh kenapa pakai baju warna ungu muda, tudung warna kelabu?!' 

'Maaaaa, biasalah tu.' 

Sampaikan mak aku tak tahu nak komen apa dah. Boleh dikatakan, dia akan geleng kepala tengok aku berpakaian. Kekadang terlebih, ada jugak melebih. (Sama je kan maksudnya. Over!)

Waktu nak keluar haritu, Aku sengaja pakai t-shirt loose hitam, yg paras peha supaya cover montot. Lepastu pakai kemeja maroon, jeans hitam, kasut hitam, tudung hitam. Yaallah, gamat rumah mak aku bising. 

'Baju dah loose, pakai pulak kemeja pendek. Fashion apa tu shaaa?!' 

'Buruk laaaah.' 

Aku pandang abah.

'Abah, ok apa baju orang. Ma tu mengada lebih komen baju orang.'
(Tarik muka masam. Konon merajuk. Ceh gedik) 

 Abah pun... nak sedapkan hati anaknya. 

'Alaaa ok apa tu. Nampak rock sikit. Muslimah.' 

Aku sengih. 

Tiada ulasan: