Jumaat, 1 Ogos 2014

Kekasih high class lah sangat

1/08/2014 
Salam babe
setiap orang kalau boleh, semua benda nak high class. Terutama nya kekasih. Bagi perempuan.. Nak yang hensem, berharta, romantik, beriman. Manakala lelaki nak gf yang cantik, body lawa, dahi licin, suka budak budak. Tapi kita tak tahu yang kita ni cukup sempurna ke untuk mendapatkan segala yang kita inginkan? Tak semua benda boleh kita capai. Kita nak lebih pada orang lain tapi kita tak sedar kekurangan kita. Contoh macam kalau dia hensem, mungkin dari segi kewangan.. dia kurang sikit. Aku selalu fikir. Kita ni nak macam macam, nak yang hensem tapi ada ke lelaki yang sanggup terima kekurangan kita? Setengah orang, kalau dia hensem.. Mesti lah nak cari angsa putih yang sepadan. Kalau dah dia Robert Pattinson.. Takkan lah nak cari buah hati Nicki minaj pula. Orang akan fikir juga. Setiap orang ada taste masing masing. Contoh kita tengok kawan kita bercinta dengan adik sikit dari bangla. Kita gelak sampai terguling. 

Pernah berlaku tau dia minat dekat seorang perempuan ni, dia bagitahu kawan dia.. Tetiba kawan dia ketawa. Kononnya taste si member ni kolot 

"Wei, cantik betul jamilah tu kan..." 

"Kau gila Maaan?! Tak payah lah bro. 
Tak lawa laaaaaa. Dah lah dagu panjang." 

Tapi zaman sekarang, rasanya semua dah tak kesah.
Kekasih high class letak tepi. Semua macam pandang hati dari rupa.
Ingat best ke, break? Orang yang suka mainkan perasaan orang je happy sebab dah berjaya game orang. Atas dunia boleh lah bebas, senang lenang.. Tukar gf/bf. Tak sedar langsung dah mainkan perasaan orang. Tapi azab diakhirat nanti kita tak tahu kan. Sebab tu sebelum nak ngejas orang, kita kena fikir dulu. Perempuan ni kalau ada je lelaki caring, selalu text dia, hati bagaikan dibelai, haaaa mula lah tu datang satu panahan cinta konfius.  
Kekadang kita ego. Kita suka dia, tapi macam..... 

"Eh biar betul? Tak mungkin lah aku suka dia. 
Gila ke apa. Ngarut laaah" 
  
Lepas kita dah menaruh harapan dalam diam, masing masing memendam rasa tetiba lelaki tu diam.. Dah tak text kita. Apa yang kita rasa waktu tu? Dipermainkan? Ya mahupun tidak. Jawapan tu susah sangat nak jawab. Hati dah suka, mudah sangat terluka. Kita ni perempuan. Takkan lah tetiba nak kata...

"Saya suka awak. Tak nak balas pun takpa. 
Tak penting pun perasaan ni. Bye."

Kalau dah jadi macam tu, memang susah lah nak lupa. Mulut kata 

"Aku benci dia" 

"Aku kena lupakan dia" 

Itulah kita. Bila duduk sorang, kepala sibuk fikir. 

"Kenapa lah boleh jadi macam ni eh. Dia tak suka aku ke? 
Ke aku yang melebih lebih layan dia tapi dia sekadar nak berkawan?" 

Lepastu tangan sibuk ambik phone, tengok twitter dia. Lepastu baca semua tweet dia. Rindu punya pasal lepastu nangis sesorang.

Tiada ulasan: