Sabtu, 2 Ogos 2014

Birthday wishes 1

Ingat tau. Birthday aku 29 ogos! Kiranya anak merdeka lah juga sikit sikit ;p
Kalau boleh kan, aku nak birthday party yang meriah.. ramai orang datang. Yang penting party yang penuh dengan kesederhanaan dan simple. Dulu birthday aku masa zaman gemuk, ma selalu buat majlis lepastu panggil kawan kawan datang rumah. Abah volunteer, jadi photographer. Ma pulak masak macam macam. Sampaikan beli cekelat, belon, benda letup letup bila tarik keluar something tu. Serius meriah. Kawan kawan pulak datang bawa hadiah. tak malu bergambar ramai ramai, sepupu semua datang. Kawan kawan pulak bawa adik. Laaaagi meriah bunyi ketawa masing masing.

Sekarang? Berangan dulu lah kalau nak buat party kat rumah. Pastu hanya pergi kedai makan macam kfc/pizza hut. Hadiah tu kiranya wajib lah masing masing bagi. Itu bahagian yang paling kita nantikan. Pernah terjadi masa birtday ma, aku spoil kan mood dia. Masa tu sebenarnya dekat rumah... ada aku, abah dengan ma je. Long dengan nyoh waktu tu duduk luar. Nyoh, study dekat kolej. Long pulak kerja kat perak. Abah dah decided nak sambut birthday ma dekat luar. Ma teringin nak makan kfc tapi aku sibuk duk ajak makan dekat Pizza hut. Sumpah, bila teringat semula.. macam nak lempang diri sendiri berdas-das. Waktu nak order pizza, aku order semua 'berkeju' sedang kan abah dengan ma tak boleh makan. Rasa macam Yaallah, bodo nya aku pergi order semua tu. Ma macam tak happy bila birthday dia.. sambut macam tu lepastu aku macam fikir diri sendiri konon aku yang 'birthday girl' Aku terpaksa habiskan seorang semua pizza tu. Inshaallah, nanti aku akan belanja ma pula. Sampai sekarang, aku takkan lupa kejadian tu.
MAAAA, i'm sorry T___T

*****

Sekarang, bila dah besar panjang.. berjiwa remaja (ceh)
Aku sentiasa berangan nak sambut birthday dengan kawan kawan, luang masa dengan kawan kawan dekat bandar pastu malam.. sambut dengan family pula. Hidup aku penuh dengan kesederhanaan. Ramai kata..

'Wehh.. kau anak polis. Sarjan. Ayah pulak ditektif. Takkan takda duit kot? 
Pakai iphone, takkan kata tak mampu lagi?'

Silap.. siapa yang kata macam tu. Siapa kata anak polis sentiasa hidup mewah? hidup berlimpah dengan duit? Hidup ni kalau boleh, semua benda nak kena bayar. Uols, tandas awam pun 30sen tau beb. Belum kira nak mandi lagi. Selama ni aku langsung tak tahu yang abah, seorang bapa.. bayar eletrik, bayar insurans kereta, bayar yuran sekolah, bayar duit PIBG sekolah Rm100++ agaknya pastu bayar duit beli beras, duit makan keluarga, tak campur dengan duit belanja anak anak lagi. Aku ni dah lah boros. Bukak instagrem, godek godek baju/skirt.. mesti lah nak kena bank in duit juga. Tengoklah dah berapa abah habis dengan segala kelengkapan dan keperluan tu. Jadi, kita boleh fikir dan boleh dikatakan, hidup aku sederhana. Iphone ni pun harapkan abang yang baru balik dari Lubenan yang belanja. Ni pun sekarang, abang aku tengah save duit sebab wedding dia dah nak dekat. Kalau abang aku tak kerja dekat sana, agak agaknya aku langsung tak pernah merasa guna iphone. Allah huakbar, aku tak pernah terfikir langsung semua tu.

Aku tak mampu buat permintaan yang berat berat macam family orang lain. Aku selalu fikir, betapa untung nya family yang berkemampuan. Mereka patut bersyukur dan tak sia-sia kan segala yang mereka ada sekarang. Apa yang dia nak, semua dapat. Benda yang tak pernah terfikir langsung selama ni tetiba datang bergolek. (bahagia betul) Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Tapi, sebagai anak.. aku pun ada fikir juga. Takkan setiap masa nak bergantung pada abah macam duit. Ya aku tahu.. kelengkapan anak anak itu ibu bapa tanggung tapi takkan setiap masa nak guna duit abah kan? Aku kesian kat abah. Kadang kdang nak beli barang online, aku guna duit aku. Sokmo lah kalau nak beli apa apa timbul idea nakal

'Abah.. pinjam dulu ehhh. Nanti orang bayar hehehe..'

Tapi tak bayar pun. Terus tak ingat duit pinjaman tu. Haih. Dengan ma, memang susah sikit. Kalau dengan abah, cepat betul. Serius, abah bapa yang sangat penyayang. Ikut semua kemahuan anak anak. Sampaikan nak pergi bandar, abah hantar. Nak duit, abah bagi. Suruh bank in apa apa, abah ikut. 

****

Tiada ulasan: