Rabu, 15 Oktober 2014

Kenapa suka fashion?

Dari kecik, aku sangat sangat suka fashion biarpun bergaya dengan tudung sarung pinjaman mak, sluar trek dan dres singkat tanpa lengan menampakkan perut buncit sambil membuat duckface. Itu dinamakan fashion tampil berani uols. (Kau hadeee?) 
Ya, bila aku teringat semula.. rasa macam nak gelak sampai terguling. Ma selalu belikan aku dress pastu bila aku pakai dulu, nampak macam ibu mengandung tengah sarat 5 bulan. Dulu, aku berbadan dua besar tapi bukan dikira sebagai ahli sumo ya. 

Dulu, masa darjah 2, aku masuk fashion show. Bila fashion show, aku sangat sangat bersungguh tapi tak ada rezeki, kalah. Dress aku serius lawa. Beli dekat hari hari (feveret tempat muahaha), dress tu warna ungu, simple, bermanik kat dada. Ma jahit lace kat belakang macam kain lebihan ke belakang tu jatuh ke lantai. Kiranya macam wedding dress. Flower bouquets, ma lilit dengan reben. Pastu topi fedora, warna putih pastu ma lekatkan reben ungu. Dapat bayang tak? TETIBAAA.. sepatutnya ada rehearsal tapi aku tak datang rasanya. Tak ingat kenapa. Esok dah pertandingan. Banyak mata yang menonton, aku naik ke pentas sambil tak tahu macam mana nak berjalan.. tetiba aku berhenti tengah tengah pentas sambil cari cikgu sharifah.. sambil jerit..

'Saya tak tahu nak jalan macam mana.'

Pastu pusing semula, lari ke bawah pentas sambil orang lain beri sorakan 'booo'. Malu sangat haih kesilapan tu datang dari diri sendiri. Jadi sebagai pengajaran, tengok orang buat, rajin bertanya dan kalau ada rehearsal, pergilah. Belajar step-untuk-gerak. 

Masa darjah 4, aku masuk fashionshow. Menang tempat ketiga rasanya. Masa tu, hari raya. Kena peragakan baju kurung. Pastu, aku pakai baju kurung hijau dengan selendang letak kat pinggang.. sangkut ke lengan. Mak datin uols. 

Masa darjah 6, aku masuk juga. Aku juara, Miss busana muslimah 2012  Memang serius terharu. Tak ingat dah aku pakai baju apa. Tu perkara yg paling aku impikan. Entah macam mana, mula dari sekolah rendah, hingga ke naik sekolah menengah.. aku jadi minat masuk fashion-show. Tak apa, muka tak lawa, tak penting. Letak tepi dulu. Walaupun tak lawa tapi bila senyum, nampaklah kemanisannya miahaha. Tapi kau maneh ke? *mata-ke-atas-tangan-ke-bahu*

Akhirnya, walaupun aku agak low-self esteem, bila aku tringat pasal minat aku.. cari pengalaman dan kebolehan diri, aku cuba untuk jadi seorang yg berani walaupun hakikat belakang stage, ketar lutut-jari menggigil. Masa tingkatan dua, tema tradisional. Aku pakai peplum saloma warna hijau lumut, clutch bag, tudung halfmoon. Aku dah agak mesti kalah punya sebab ada kakak form 5, sangat sangat lawa. Terpesona kejap. Tapi syukur, Aku dapat tempat ketiga. 

 Masa form 3, haritu waktu seni dan kebudayaan dekat sekolah. Aku masuk fashion show tapi kali ni sedikit luar biasa sebab aku ada pasangan. Ya, kalau bab bab yg aku minat memang aku akan buat  bersngguh sampaikan orang macam terkejut aku yg blur ni masuk fashion show. 

'EHH, zaiyanna. Awak masuk?'

 Pada asalnya, cikgu macam tak berapa setuju baju aku tu tapi aku cuba cari kebaya tapi tak ada. Pastu aku cuba bawa kat skolah, tunjuk kat cikgu baju kebaya kimono warna maroon pastu pakai dengan kain songket emas. Alhamdulillah, boleh pakai. Aku sewa cucuk sanggul dan dokoh (Rm30) lepastu pasangan aku pakai baju melayu emas, kepunyaan abah.. sampin merah bercorak.. keris lepastu kasut kulit. Hensem tak pasangan saya? Aisyah. Pastu lukeh misai ;p Kasut pulak tradisional tapi kasut ma tu macam bila aku jalan, aku macam tak stabil. Macam nak jatuh. Gam dia macam tak kukuh, kulit dia pun macam dah pudar. Aku curi dlm rak kasut, sebenarnya. Tetiba jumpa, satu saiz pulak tu. TETIBAAA macam eh lawa lah pulak. Sampai sekolah, macam tak boleh pakai. Nasib baik syiera kasi pinjam sandal merah birkenstock nya. 

Mula mula tu, aku agak terkejut bila ada pasangan lain macam kitaorang.  Yaallah, terkjut bila dapat tahu aku ada persaing. Tapi lelakinya, pakai baju melayu kelabu. 

Sebenarnya idea aku, nak ada pasangan. Lelaki dan perempuan. Cikgu sendiri kata ikut kreativiti sendiri. Okay, aku cuba fkir idea lain dripada yang lain. Odah dengan syiera jadi pengawal istana pegang tombak. Tombak, curi batang penyapu kelas pastu spray dengan warna hitam, kertas keras (manila kad), abah buat macam segi tiga. Jadilah tombak-nya. Syukur sangat sangat apa yang aku minat tu, family sokong. Sekarang, tengah tunggu keputusan. Tak tahu lagi siapa yang juara, naib juara. Inshaallah, kalau ada rezeki alhamdulillah. Kalau takda, tak apa. Mungkin bukan rezeki aku, Allah suruh aku cuba lagi.. buat yang terbaik satu hari nanti. 






















Catat Ulasan