Sabtu, 8 Februari 2014

Buat pertama kali membaca novel seram

8/02/2014
Salam! *tarik selimut. 
Hari ni boleh rilek-rilek sambil goyang kaki like a queen sikit sebab baru je beberapa minit tadi khatam-dalam membaca Novel-seram-Fixi yang bertajuk 'Asrama'. Woi seram -.-mengisahkan seorang remaja, Dahlia.. murid baru dari sekolah cemerlang sabah, berpindah ke sekolah ber-asrama usang. Sebenarnya cerita dia, dia ditempatkan di satu bilik 206. Dalam bilik tu ada 3 orang pelajar  iaitu May, Farah dan Lena. Yang paling seram sekali, bilik tu pada awal Dahlia langkah, kosong tanpa penghuni. Ketika dia memilih-loker bilik, tetiba ada bangkai kucing yang dah mati. Jadi tak heran lah apabila akhir cerita nanti sebenarnya bilik tu sebelum ni tak pernah ada penghuni-nya.
Setiap malam, Dahlia akan berasa aneh dan sering mendengar sesuatu yang pelik lepas itu selalu tidur lewat, mengantuk dalam kelas. Yang paling dia hairan, teman-teman yang lain enak aje tidur. Bila bangun pagi esok, kawan sebilik-nya entah nama apa, kata jangan pedulikan sangat benda-benda tu. Ada satu pokok-ara besar dibelakang asrama. Jadi pokok tu sentiasa bergerak-gerak bila ditiup angin. Jadi, dari bilik Dahlia dah boleh nampak pokok tu yang sungguh besar. Pada waktu siang tak nampak sangat tapi bila tiba waktu malam, memang nampak 'besar sungguh'. Orang kata Pak Darus (jaga sekolah) sentiasa memberi santapan kepada pokok itu. Kata mereka, Pak Darus ada membela.
Seram. Yang paling best cerita ni, budak-budak asrama boleh pulak agih-agihkan geng macam kalau senior digelar 'Geng Queen' ada tu 'geng princess'. Kalau junior- dilabel 'Geng-slave'. Yang paling kesiann bila tiba waktu dalam bilik air. Nak cuci pakaian. Geng slave-lah menjadi mangsa mencuci pakaian geng Queen/princess :3 Akhir cerita, sebenarnya tahukah anda teman-teman sebilik Dahlia langsung tak pernah wujud dan selama ini dia berkawan dengan roh.  Tapi akhir ceritanya agak-pelik sikit. Maksud aku, tetiba keluar neswspaper then Dahlia menjerit ketika dapat tahu sebenarnya dia dah meninggal. Maria pun kata, 'kita semua sebenarnya tak tenang'. Sepatutnya tambah lagi part-ending tu bagi pembaca diluar sana boleh feeling lagi apa kesudahan-cerita Si-dahlia. Mak dia macam mana? 
Dalam aku sibuk bercerita, timbul rasa kagum terhadap penulis novel ni. Masyaallah, Idea-menulis beliau banyak sungguh sampaikan waktu nak membaca tu aku menyorok-dalam-selimut disebabkan ketakutan. Puih. aku memang penakut orangnya. Haritu waktu tengok wayang cerita Baby-blue agaknya, ainnur pilih tempat duduk ko bayanglah, depan sekali. Sakit tengkuk mak bila nak menghadap skrin dihadapan ;p kikiki 
Bila tiba waktu baby jimmy-si-hantu-si-patung tu nak mengacau sepasang suami-isteri tu, memang aku lah orang pertama menjerit-terlolong sampai angkat kaki. Serius ni. Pengalaman aku sendiri. Lawak gila. Okaylah setakat ni jelah kot aku cerita? Ke nak aku sambung lagi kisah novel seram tajuk asrama ni? Aku ni bukan penulis-nya. Aku pembaca saja jadi aku buat ni untuk menarik-minat anda membaca novel ni. 
I kasi 4-setengah bintang :D 

Tiada ulasan: