Isnin, 1 September 2014

Birthday: Part 1

Sabtu haritu, 30 august 2013 aku keluar. Katanya, aku kena pergi lambat sikit sebab 'cm banjir semalam' katanya. Jadi, ada proses pembersihan dekat sana. Kang gi awal, kasut kotor. 
Pastu lepas balik kenduri, jam 2:30 tu aku kelam kabut. Sampai rumah, terus iron baju /skirt. Wideshawl, nasib baik memahami.Tak yah iron,  tinggal aku sarungkan je pastu belit belit. Jam 3:05 aku keluar rumah. Pastu wechat fara, ada dekat mana. Dia kata, ada dekat Music Star. Okay aku pergi Music Star. Lepas sampai, diaorang sengaja suruh aku buat buat lambat. Aku dah rasa lain macam. Apa ingat aku tak tahu, korang rancang dekat sekolah? Dah lah main kumpul kumpul duit. Janji, 20+ yang datang akhirnya 9 orang je datang. Bagus rancangan korang. Aku tanya fara,mana pergi haziq. Dia sibuk kata, 


'Tak tahulah. Haziq? Oh aku dah sepak dia masuk dlm tong sampah..' 
KEJAAAAM miahaha


Lepas naik tangga, tetiba diaorang suruh tunggu dekat luar. Eh?! Aduh, aku dah mula malu. Satu muka merah. Dah nampak dah ada belon terabur atas lantai bilik. Jantung aku terus pecut 4kali100. Dengan biliknya menyala dengan api kek. Tak suprise langsung tapi tak apa. Tetap suwit. Masuk je dalam bilik, aku terus terkedu. 

Gulp! pitaaam.
 Nampak aje muka haziq, aku macam... Yaallah rasa nak pengsan waktu tu juga. Ainnur tetiba datang sambil pegang kek then suruh aku tiup. Ku gagahkan diri tiup lilin sambil tebalkan muka yang berbedak tipis Kikiki 
Tetiba jadi kucing parsi yang pemalu. Aku yang banyak cakap, bertukar 360darjah pendiam yang amat. Duduk sebelah haziq, aku jadi kaku tahu tak?! Pastu aku pindah kat tempat Nabihah, Fara, Ainnur, Odah. Fuh selamat dari godaan haziq. Duduk sebelah dia, bukan apa sangat. Dia sibuk main phone. Bayangkan, orang lain tengah sibuk menyanyi. Haziq sibuk main game. 

Apa yang aku buat? 

a. Ambik phone dia, campak dalam kek 
b. Rampas phone dia pastu masukkan dlm bag
(c.) Sama naik main phone juga

Lama lama, bila dah bertukar tempat.. aku nyanyi ikut suka hati je. Asalkan haziq tak pandang. Muehehe tapi duduk jauh jauh pun, pandang juga. Aku tengah mengintai disebalik badan ainnur tetibaaaaaa, zappp haziq dapat bau aksi miang aku.. dia pandang aku. Aku  terus sengih pastu cepat cepat nyorok. Sorok muka. 

Yang ni paling kelakar, aku minum air tin gas stoberi pastu ambik dua straw. Aku pun fikir, baik aku buat 'TANDA' ni straw aku. Kang tetiba ter kongsi straw pula. Lepas dah tanda, aku bagi kat odah, suruh bagi kat haziq. 

'Naah, atasha kasi.' 

Lepastu 5 minit kemudian, ter butaaaaang mata aku. Secara automatik, mulut aku ternganga dengan besar. Heiiii, haziq minum guna dua straw. Lepastu buang tanda aku buat tadi. Ish aku cerita dekat fara, fara tergelak. Kelakar -_- Dah lah baring kat sofa bilik tu sambil nyanyi nyanyi. Yaallah, tak malu betul haziq ni. Nasib baik comel


*********

Tiada ulasan: