Khamis, 19 November 2015

iols dah kembali

Hi gais. Lamanya aku tak menulis. Entahlah, aku ni makin gemuk makin malas. Cuma satu je yang aku musykil sekarang, kenapa makan tak pernah nak malas? Kawan aku kata, perempuan yang makan banyak ni biasanya pendek dan beremosi. Aku rasa, aku takdelah pendek mana. Dalam kelas pun aku paling tinggi, 162. Tapi bab beremosi tu memang aku. Aku kalau dengar masalah orang, aku yg menangis. Tak pasal pasal dunia terbalik kejap, orang yang bercerita tu pujuk kawan sendiri dah teresak esak.Dalam family aku, Abah dengan aku jelah yang lembut sikit. Tengok cerita hindustan Rani mukerji mati lepastu ada anak dengan Shah Rukh Khan. Anak dorang dua tu nama Anjali rasanya sama pulak nama dengan kawan baik Shah Rukh Khan, anjali iaitu kajol. Haa part Anjali kena kawen dengan Salman Khan tu aku nangis sebab Shah Rukh Khan nangis jugak. Dari posisi duduk tetiba dah berdiri depan tv. Air mata aku ni tak payah tanya lah. Kalah air mata kajol dengan air mata Shah Rukh Khan.

(Drama sangat hengkau)

Aku ni memang entahlah dulu ganas sangat ajak bergaduh bukan main rancak sampai berebut nak masuk bilik kaunseling. Motif beramai-ramai masuk situ sebabnya ada aircond. Sekarang ni, makin lama makin lembut. Tapi bukan lembut macam maknyah tu. Bila marah orang, nangis. Bila dengar cerita orang, nangis. Bila tengok orang menangis, aku pun sama naik menangis. Hati hakak ni lembut betei. Sensitif sangat nampaknya. Haritu tak dapat jawab soalan cikgu add math, menangis jugak. Dalam kelas aku tu, ramai yang faham sangat dah. Aku paling kuat nangis T____T 
Aida dengan amira awal awal lagi gelakkan aku sebabnya kitaorang ni sekarang makin berkelompok. Ketawa mengilai macam pontianak. Macam mana tak mengilai sampai nak terkeluar anak tekak kalau dah seorang seorang pulun nak bercerita. Aida jenis suka ketawa. Walaupun kita cerita semalam aku terpijak lipas, lipas tu penyek..aku pun lari. Dia gelak jugak. Mudah betul dia terhibur. Sebab tu lah kot gigi dia cantik bersih teratur manis. Compare dengan gigi aku? Berkarat sana sini. Bagus sangat dah tu, muka pun berkerak. Amira pulak, seriously dia pun macam Aida. Suka bercerita, suka ketawa. Dua dua gigi cantik. Memang kalau dari jauh, nampak macam nak sepak ada gak. Muka sombong bukan main tapi sekali dah berkawan rapat, memang seronok. Fara, tak payah cakaplah ramai yang gelakkan dia sebabnya kalau bercerita memang bersungguh.

p/s: Ada sesiapa nak hakak sambung episod Adam dan Jannah? 

Tiada ulasan: