Isnin, 30 November 2015

Kaki kena air panas?

Rasanya ni peristiwa yang paling tragis buat aku. T___T Entahlah, bila fikir balik memang sikap bangang abadi aku begitu jelas kelihatan. Jenis aku, kalau datang 'abc123'.. mmg aku tak dapat beza diantara period pain atau sakit sembelit nak membuang (bahasa sopan) Walaupun aku tak ghase nak 'penyahtinjaan', aku tetap akan berkurung dalam toilet berjam-jam. Konfiusss.
Perkara lazim berlaku...

'Wei ko buat jamban ke? Apesal lama sangat?' 

'Lama betul kau melabur saham.'

'Ko ceri beri ke?' 

Pastikan sebelum mengajak teman, ko sediakan selotape. Lagi ditanya, bertambah sakit. Sakit hati dituduh, sakit kaki mencangkung, Penat mulut membebel. OK kita skip kisah menyayat hati ni.

Haritu, aku rasa macam perut ni sakit gila nak jenazah.Golek-golek atas katil tetap tak jalan. Masuk toilet, Serpihan itu tak mahu keluar keluar. (Bahasa apa yg kau cuba sampaikan?) Lepastu aku tawaf berjam-jam. Toilet-ke-katil-katil-ke-toilet? Tapi sungguh, aku tak paham. Akhirnya, aku mengalah. Aku baring kejap atas katil dan capai phone, google. Tetiba satu mentol aku menyala tanda sel otak berhubung. Miahaha. Lepastu, aku cuba guna seterika, lapik perut dengan selimut tebal. Memang cari nahas betul dah waktu tu. Lepastu tutup kipas, bukak suis seterika. Fuh lega kejap macam baru lepas letak tuku kat perut. Bunyi mak aku panggil makan. Waktu tu dinner dalam pukul 8:30 malam. Lambat-lambat je aku keluar bilik dalam keadaan fizikal yang berpeluh macam baru lepas buat larian marathon wakil negara. Tangan ketar macam parkinson. Aku cuba berlagak tenang. Masa makan tu ayah aku tetiba tegur...

 'Eh kenapa tangan ketar?'

Aku terkedu. 'Hmm.. sakit perut.'

'Nanti dah siap makan, sapu minyak panas kat kaki.' 

Aku buat dengar tak dengar je. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lepastu mentol kedua pulak menyala, tuam perut dengan air panas. Lepastu aku ligat cari botol plastik yang brand em tupperware tu. Lepas dah ambik air suam satu botol sederhana besar, aku pun masuk bilik sambil berangan.. harap lepas tuam ni dapat pergi sekolahlah esok, jawab exam dgn baik. Mulut bernyanyi-kecil. Baring atas katil sambil tangan pegang botol kat perut. Pap pap belah kiri pap pap belah kanan. Aaa lega.  Tetiba aku terjerit kecil sebab botol tu penutup dia terbuka sendiri. Jangan tanyalah tindakan refleks aku, lompat lompat tanggal seluar lompat si katak lompat. Aku rasa macam nak terbakar kulit ni menahan kepanasan. Air mata aku tak keluar lagi waktu tu. Jangan ghisau, belum diiktiraf sebagai Drama queen lagi. Satgi drama supergirl 'A real woman can do by her own' katanya kian bermula. Aku rileks jap, cuba tenangkan diri. Nak keluar bilik, mengadu kat mak ayah aku? Maunya sihat kaki aku ni dengar khutbah free. Bila dah tak tahan sangat menahan kepanasan, aku pun ambik tuala tutup kaki aku lepastu mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Ayah dengan mak aku waktu tu tengah layan movie. Aku pun tarik nafas, hembus. Duduk kat sofa berdekatan sambil menahan kepanasan dipeha dan perut. Yes perut! Terkena sedas je ha. Yang berdas-dasnya dekat peha. Lepastu aku cakap kat diri aku, Kalini jangan malu! Jangan segan! Jujur! Lepas dah bagitahu, ko akan lega.

'Maaaa, cer mari sini jap.'Aku masih membelakangkan mereka.

Mak aku macam malas nak layan. Aku panggil lagi. Lepastu aku bisik kat mak aku, kena air panas kat peha. Reaksi mak aku waktu tu, terkujat sampai tak tahu nak buat apa. Dia punya kelam-kabut, macam aku ni nazak tak boleh bernafas sgt. Aku rileks je kat situ sambil silang kaki. Mata ni tetiba nak berair. Tahan jap. Tak rock lah kalau nangis, beb. Huwa tak kira! Saaaakit. 

Mak aku sapu dengan garam. Ayah aku cakap letak kicap. Timbul pulak pergaduhan kecil disitu. Dengar aku merengek, mak aku terus tanpa membuang masa.. terus sapu garam plus air sikit, Sampai terangkat punggung ni bila mak aku sapu. Gila ko tak sakit? Aaaa tak kesah 18sx sekalipun. Waktu tu tak kesah dah nak terlondeh tuala ke apa. Nak malu apa, dengan mak yang lahirkan kita. (Style nak tutup malu) Weiiii sakit sangat dah, malu belakang kira. Aku ringan mulut cerita pasal ni, ada ke patut geng mak kiah senah meronggeng kaki ketupat dalam kelas tu pecah perut gelakkan aku? Ni real story beb. Hangat dipasaran. Jangan ko pergi jaja story kat Ohbulan sudah. Tajuk muka depan page..'Budak derhaka tak mahu dengar cakap bapaknya, Allah bayar cash percikan air panas sehingga kulitnya merekah. Pengajarannya, dengar pesan bapak yang dah bertahun lamanya makan garam lebih dari kita.' 

Lepas sapu garam tu, aku pun jalan terkedek-kedek macam kaki pulak sakit. Padahal nak bagitahu kat satu rumah yang kau malas nak pergi sekolah esok. Malam tu, ayah aku tak henti henti kasi khutbah. Aku angguk jelah. Tak mau jadi anak derhaka dah. Insaf beb. T___T
Pergi sekolah esok, semua pandang aku apehal minah ni pakai selipar jepun? Mental okay, kaki okay, tangan pun okay. Sakit kat hati kot? Ceittt. Sekali orang tanya, kenapa dengan awak zaiyanna? Tetiba je angin takde ribut takde pakai selipar jepun. Sambil menunduk malu..

 'Hmm panjang cerita dia..' 

'Alah pendekkan lah.' 

'No komen' (Style retis)

Terus semua orang terbeliak biji mata. Apa?! Kenapa?! dimana?! Pukul berapa?! Sakit tak?! Taklah tak sakit. Terangkat punggung je. Yang korang tanya banyak sangat soalan melebihi mak dengan ayah aku ni kenapa? Dah lama ke simpan cita-cita nak jadi sukarelawan dan AJK kebajikan? 

Geng mak kiah senah meronggeng kaki ketupat, sibuk gelakkan aku...

 'Lepasni jatuhlah duit hantaran. Muka cantik tapi kaki rentung.' 

Oh cantik ke? Alah takpa. Ni pun dah makin surut. Haritu gelembung besar. Doktor tu terkejut tengok. Tapi bila dah usaha banyak ubat, sapu krim, Alhamdulillah hantaran belum turun ye mak kiah.
Catat Ulasan