Ahad, 4 Oktober 2015

Masalah orang pakai spec

Masa form1, aku dapat tahu yang aku ni rabun. Dalam kelas, asyik nampak macam ada orang bakar sampah. Ko ghaser?! Idokler nak kata yg aku ni ambil pil khayal lalu aku pun behalusinasi melayan perasaan diawan awangan penuh keseronokan. Aip. Aku rasa, kat papan putih tu macam kosong, kabur, asap. Lepas checked.. betul lah aku rabun. Mula mula ok lagi pakai spec. Power pun macam ok-ok jelah. Naik form4 ni, power makin bertambah 300-350. Terkejut mak noks. Tapi apakan daya, banyak halangan dan ujian iols lalui selama bermata empat ni. Terutamanya bila keluar tanpa spec mahupun contact lens, aku bagaikan seorang gadis yang tertinggal mata kat rumah. T_______T

Spec lah nyawa aku. Kekadang tak appreciate gak, selalu simpan merata tempat. Bila hilang, jangan haraplah abah kasi aku pergi sekolah. Ada satu hari tu, aku tak pergi sekolah kerana spec. Yang tipunya, aku menangis terguling guling sebabnya tak jumpa spec. Realitinya, aku bersorak riang sebab tak payah pergi sekolah. (Tangan kat bahu) 

Rupa rupanya, spec aku kat atas flush toilet gaisss. Aku cerita kat geng geng aku, habis semua orang gelak sampai tereluar anak tekak. Ada yang kata aku ni careless, pelupa, etc etc etc. 

Yesss. Aku pelupa. 

Cerita paling kelakar sekali, halangan dan ujian iols lalui selama bermata empat ni.. 

-

push

-

-

Sikit lagi...

-

-

Waktu keluar. Aku pernah lah, tak pakai spec. Memang sengaja sebabnya aku rasa bila pakai spec, secara automatik orang kata aku budak bijak sebab pakai spec tebal. To be honest, aku bangga tapinya aku ni rendah diri gaisss. Takda keyakinan langsung. Jadinya, aku tak pakai. Lepastu bila nampak kawan sendiri duk lambai tangan, aku masih tak beriak. Takda senyum, takda respons. Sebab nya kenapa? SEBAB AKU TAK NAMPAK. Pernah kawan aku ni dia jenis berbadan besar plus comei naik pentas. Aku pergi tanya kawan aku kat sebelah..

'Weh, sapa tu yang naik pentas?'aku kecilkan mata untuk pembesaran kanta mata.

Yang mana dengar, habis ketawakan aku. Dorang pikir, aku memain agaknya. Tetiba ada seorang cikgu dengar, turut ketawa besar. Tetiba dia menyampuk.. 

'Kenapa zaiyanna? Awak nampak *** kurus ke sampai tak nampak?'

Aku sengih sambil garu kepala yg tak gatal.

 'Eh cikgu, sumpah saya tak nampak dia. Rabun, cikgu.'

-

-

-
Aku selalu jugaklah berucap depan orang ramai sebanya wakil kelas aku, bahasa melayu. Lagipun, cikgu tu baik dengan aku takkanlah aku nak hampakan dia. Kalau nak diikutkan, aku tegas awal awal aku takda keyakinan. Aku low self-esteem. Lebih lebih lagi berucap depan orang ramai. Menggigil kepala lutut sampai terkentut-kentut berdebar punya pasal. Tak sakit perut tetiba jadi nak tercirit. Yang tu semua orang tahulah, aku ni jenis gelabah dan kuat berdebar. Yang mana tahu, opkos lah bersemangat nak tengok gerak geri aku sambil pegang kertas, menggigil tangan. Haritu riuh orang usik aku, parkinson. Nasib baik lah, aku tak pakai spec. Ya sengaja juga. Sebabnya, aku tak nampak orang jadinya kurang sikitlah berdebarnya.  Tapi tak pakai spec pakai spec, sama je aku rasa. Tetap parkinson bila berucap depan orang ramai. Heheh. 

Waktu pergi mana mana, contoh pergi makan dekat Kfc, Mcd, aku selalu gak suruh kawan aku order. Yang mana pernah keluar dengan aku, malanglah nasib korang. Sebelum keluar, pastikan aku pakai spec atau contact lens ya. Tapi aku jarang pakai spec waktu keluar. Pakai lens lah selalunya. Nak order makanan pun tak nampak, apatah lagi tengok orang. Langsung tak nampak. Aku selalunya dekat sekolah, tengah tak pakai spec.. nampak orang yang aku macam tahu je cara dia berjalan dari jauh.......

Aku jerit

CONTOHNYA

'Kalau ainnur, tolong angkat tangan.' 

Kalau Ainnur angkat tangan, betul lah tu. Kah kah. Sebagai peringatan, yang mana rasa diri dia rabun.. kenalah selalu-selalu pakai spec sebabnya ramai orang kata, kalau tak pakai spec, power makin bertambah. Power yang tinggi tinggi ni selalu nya kalau contact lens, susah nak cari power. Aku sendiri pun, dengan sendunya turunkan power ambik 300-300 kalau beli lens online. Sebelum aku tamatkan perbualan, meh lah sama sama kalau rasa macam tercari-cari mana ig jual lens yang murah dan boleh dipercayai...

 @Qaylaa_lens

Haa feel free to visit their ig, gaisss. Nanti iols buat review, ya. Aku dah banyak kali, berpuluh-puluh kali pakai lens dari dorang. Selesa sangat, alhamdulillah. Selalunya nak lagi murah, beli borong. Memang terangkat, harga. Service pun aku double confirm kasi 10bintang.

Tiada ulasan: