Rabu, 10 Jun 2015

Tabiat buruk

Aku ni  jenis tak bertegas, mcm okaylah takpa. Lek lek je. Sap kok lu. Kitkat kan hada.Sedangkan hati ni.......

"Weiiii, apesal dia buat mana tu?" T_T 

(Tetiba citata datang bisik kat telinga, sakitnya tuh disini)

Kekadang tu rasa macam sendu jugaklah bila orang yg kita percaya selama ni, buat sambil lewa je disebabkan perangai kita yg tak bertegas.Sebab tu aku ni senang dibuli. Kita kesiankan orang tapi orang tak kesiankan kita. Ada sekali tu, rasanya kawan aku pinjam selipar sebab dia datang rumah. aku jadi serba salah. Nak minta ke tak nak eh. Dah sebulan ada dengan dia. Sedangkan hati ni memberontak, "Weiii nanti kalau tak minta, kau nak pakai selipar apa?!" 
Tapinya bila diri sendiri tak bertegas, Asyik fikir positif yg semua orang ni akan kesian kan kau dan anggap semua orang tu macam diri kau.. agak bendul gitu. 

"Takpalah, nanti esok lusa dia pulang sendiri la kot. 
Takkan tu pun aku kena ingatkan dia? Sendiri punya ingatlah." 

Kalau sikap aku terus terusan cenggini,alamatnya sampai bila bila orang takkan kesiankan kau. Wakaka sadis beb. Sampaikan kawan kawan aku sendiri cakap...

 "Jangan lah lembut sgt. Nanti orang pijak kepala mu.
 Cuba berkeras siket" 

Aku macam dengar tak dengar je sebab, memang aku jenis benda dah lepas jgn dikenang. tapi tak bermaksud aku ni anak org kaya, org ambik barang kita pun kita buat tak kesah. Harini hilang, esok beli baru. Tulah aku ni kekadang perangai mcm anak orang kaya tapi hakikatnya kerana perbuatan sendiri, kita jadi papa kedana. Bukan kaya sgt pun. *sob sob*

Ada sekali tu, calculator aku hilang. 2 kali weiiii.
Yg pertama kali tu, serius aku tak berani nak bagitahu abah. Aku takut abah kecewa sebabnya abah memang tahu aku jenis tak hargai pemberian org. Tetiba lak aku jadi pandai berdikari untuk cari duit untuk beli calculator sendiri. Lepas dah dapat duit kutu, aku ajak abah pergi beli. Memula tu tak bagitahu abah langsung, diam diam je beli tu. sampaikan last last tu, aku bagitahu abah yg aku beli calculator guna duit sendiri. Aku cuba untuk tak mengeluh seperti biasa. Aku tahan. Aku ckp kat diri aku, ni ujian dan ada hikmahnya. Bila dah 2 minggu pakai, calculator aku hilang. Aku nangis. Mana tak nya, aku kumpul duit sendiri weiii. aku ingat lagi, aku simpan calculator tu dalam bag tapinya tetiba takda. Waktu tu dkt sekolah. Aku dah check, habis punggah semua buku buku kat rumah. Takda. Aku nangis seorang diri, kehulur kehilir tak bagitahu semua orang sebab takut kena marah lagi. Lepastu malam tu, nasib baik aku ada duit lebih dlm purse. Ya tuhan, mmg ujian betul. Dah lah waktu tu aku terdesak nak pakai duit. Lepastu, aku beli lagi sebabnya esok ada kelas akaun dan add math. Harga Rm60 weiii. Duit aku ada dalam Rm50 lebih. haritu beli Rm39 je. Waktu tu belum gst. Seminggu nak gst lah waktu tu. Lepastu nak dijadikan cerita, kakak aku ikut sama masa tu. dia tambah duit. Dlm hati, dah sumpah seranah macam nak tembak diri sendiri berdas das guna senapang M16.

Haih, keluar je dari kedai tu kakak aku cakap..

"Abah, mahalnya calculator. Rm60. 
Tasha beli tadi."

Hati aku ni, nak aje pergi selotep mulut kakak aku. Tak pun gam dengan gam cap gajah. Sekala mulut diam je. haritu banyak pula bunyi dia. Abah macam muka cool. Masuk dalam kereta, abah bebel sikit je. Mukadimah, dah pnjg lebar. Aku terpaksa tadah telinga. Dlm hati, nangis pilu.
AKU TAK MINTA PUN SEMUA NI JADI :(

Pergi sekolah esok, tengah hari sikit. Aku checked bag sekolah. Tetiba air mata aku  berleja leja, terpanar. Dengan calculator aku terselit tepi buku dengan tak tutup nya. Lepastu aku fikir semula, wei semalam aku punggah semua buku lepastu keluarkan dari bag. Takda!! Lepastu harini tetiba ada. Ya tuhan, istighfar panjang aku kat situ. Ketar lutut tak terkira. Aku syak, ada yg pinjam tapi bila tahu yg aku kata kat semua orang yg aku beli calculator baru, mesti dia baru pulang harini sebabkan tengok muka sedih tahan sembelit aku. Kah kah. Aku tahu, kawan kawan aku yg kelas sebelah urgent nak pakai. mungkin masa tu, aku pergi memana. Dorang ambik diam diam. Bukan nak menuduh tapinya memang macam tu lah biasanya. Aku tahu, orang yg ambik tu mungkin secara tak sengaja , mungkin tak sempat pulangkan ataupun niat bukan nak mencuri. Disebabkan sikap macam nilah, kawan aku cakap.. aku kena letak kat leher calculator lepastu ikat. tulis nama besar besar. Takdalah sampai hilang. Orang lain cantik je boleh guna sampai 7 keturunan. Tapi yelah, ujian setiap orang tu berbeza beza ikut kemampuan masing masing.

Tiada ulasan: