Ahad, 4 Oktober 2015

Kuat makan VS Kuat tidur

Aku tak paham lah sejak akhir akhir ni, dah macam habit. Kuat tidur kuat makan kuat makan kuat tidur. ubat kuat Sekarang ni kalau boleh, kerja aku menternak lemak, menternak tahi mata. Macam orang lain jugak lepas dah makan banyak, berdiri depan cermin. Lepastu perhati peha sendiri makin bertembung. Sikit lagi nak berlaga. Kah kah. T______T Kawan aku ada cakap, selagi celah peha belum berapi, selagi tu kau belum gemuk. OK. Air mata banjir se-empangan sebabnya badan dah tak nampak rhupa sebenar. Sambil bersemangat wajar demi memperoleh badan se-slim Che ta..

'Harini aku makan banyak banyak. 
Esok, aku janji aku nak kurus. Makan nasi sikit je. Aku nak workout. Go go dongibab beb!'

Amboi anak muda, berjiwa kental sungguh. Sebelum tidur, bukan main hafal sampai terlena nak kurus nak kurus nak kurus. Keesokan hari, bila tengok mak masak Ikan patik tempoyak, kailan ikan masin, gulai ayam kampung.. maunya ko menangis ditepian tasik, sendu tanpa henti, bahu bergegar hebat. Lalu, air liur menahan sebak. Mulut, sesungguhnya aku sedang berdiet. Hati, alah sikit je weh tak gemuknya.  Mulut, jangan jangan, aku nak kurus. Akhirnya.. hati dan mulut terdiam sendiri.

 AKU TEWAAAAAAAS.

'Esok aku diet eh.'
Sambil simpan impian buat kedua kalinya dan entah keberapa kali.

Lepas ke esok esok, sikit sikit lama lama jadi bukit. Dari sikit tulah biasanya akan menampakkan hasil yang membuatkan kau tak berani dah pakai skinny jeans. Bila dah makin tewas dalam bab makan, rasa macam mengantuk lah pulak. Dah kenyang, mengantuk. Dah mengantuk, tidur, lepas tidur nak makan pulak. Lepas dah makan, begitulah kisah sedih lagi menyayat hati, gadis itu dari katod bertukar anod. Boleh dikatakan, aku ada dua habit iaitu kuat makan dan payah tidur bila nak tidur malam. Rasa macam insomnia gaisss. Bila dah tidur, ko letaklah bom celah telinga ni memang dengan aku sekali terbakar meletop kebabom. Sayang sangat tidurnya. Tapi kajian ada cakap tau, tidur pun boleh buat kita kurus. Ahem.

-

-

-

-

lagi

-

-
Sejak akhir akhir ni, aku selalu tidur lewat sebab buat kerja kursus akaun. Selalu gaklah tidur dalam pukul 3:30 pagi. Esok bila dalam kelas, mata ni asyik nak tutup je. Tersengguk sengguk macam ayam cari makanan. ( Ya ya cikgu saya setuju) Ok lagi ayam. Jangan burung belatuk dahlah.Seminit pun memang bernilai gila bagi 'Penidur tegar' seperti aku. Dalam seminit tu, cukup jugaklah tidur melelapkan mata setelah lebih 24 jam, otak bekerja dan tidur pun sekejap sekejap ayam. Pukul 6:30 kena bangun dah. Aku kan sekolah dekat je dengan rumah. Pejam mata pun dah boleh sampai. Kekadang aku mandi pukul 7:05 pagi. Sampai sekolah 7:25. Memang tak boleh buat menantu. Reject. 

Pernah lah haritu kawan kawan aku ajak pergi naik bukit. Janji pukul 8:00 pagi. Paling ramai yang pergi, rumah aku yang dekat sekali. Lepastu harini bincang, aku memang dengan bangga sambil hidung kembang letop..

'Takpa, rumah aku dekat je. Korang cakap je dah sampai, 
berdesup aku bertolak dari rumah. Tak sampai seminit, sampai dah.'

Esokkan hari.... 

'Kau kata semalam.. nak datang awal. Harini pukul 8:30 baru sampai. Bersungguh cakap rumah dekat. 
Datang lambat gak macam kitaorang.'

Orang lain semua pakat ketawakan aku. Aku sengih je. 

Tiada ulasan: