Ahad, 6 September 2015

2 suprise yang mengejutkan Part 1

Masa malam 28 august tu, abah aku rancang nak sambut birthday aku awal. Ingatkan nak makan Boat noodles yg kat Sara Thai tapinya em, tak jadi pulak dah. Bukan sambut weh tapinya 'meraikan' setakat dinner masakan panas dibawah cahaya lampu yg malap. Tapi bukan candle light dinner ye. Tlg jgn salah faham lgi. Fokus! Aku belum abes cakap. Kitaorang dinner dekat Santai, Tanjung Lumpur. Memang santai betul. Dua tiga kali jugak aku tawaf satu kedai sebab nak cari tempat strategik di bawah cahaya lampu yang cerah. Kang makan bwah lampu malap, maunya tercekik tulang ikan. Dahlah malam tu aku order ikan masak sweet sour. Oleh kerana, mak aku nak balik kmpung esok pagi.. terpaksa lah sambut awal. Takpalah janji kita makan sesama sambil tiup lilin. Yelah, lilin lah sangat. Angin sempoi-sempoi bahasa lebih mendahului. Tak sempat aku tiup, lilin kek dah terpadam. Sebak gila rasa. Ku gagahkan diri tersenyum-ceria. T__T

Dah siap tiup lilin, perut pun dah kenyang sangat. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. (berpantun pulak dah. Hiks.)  Lepastu singgah kat Car booth sale yg depan Utc tu. Memang bertuah betul aku. Rezeki aku, dapat beli baju bundle yg reject. Rm5 satu baju. Eh seriously, macam sweatshirt. Cantik! Nampak mahal! Aku borong tiga je. Tu pun dapat 3Rm10. Untung birthday girl. Sampai rumah, dalam 11:40 malam. Lewat jugaklah. Aku pun mandi jap. Tak ambik tahu pasal phone langsung. Yang aku tahu, bila dah kenyang mesti nak tidur. Katil tu asyik melambai-lambai je. Entah jam dah 12:30 rasanya. Tetiba rasa macam nak tengok phone. Banyak gila chat masuk. Bertalu-talu. Terkezut, iols. Sengih sampai ke telinga sebab tengok 'wishes' yg begitu suwit, menyentuh jiwa. Terus hilang mengantuk.

Esok pagi tu, bangun awal jugakla. Tetiba je boleh awal sebabnya birthday girl lah katakan.

(tangan kat bahu)

Dalam pukul 1:30, aku bersiap nak pergi bandar dengan kawan kawan. Pukul 3lebih jugak aku keluar rumah. Sampai je CM, aku terus pilih tempat kosong kat Tong Pak Fu. Macam biasa, aku akan ambik Mango snow ice tu. Sambil tunggu orang, aku makan lah aiskrim sambil sejukkan hati. Kalau nak diikutkan, dah lewat. Jam nak dekat pukul 4petang. Orang keluar-masuk makin ramai. Lama lama sikit tu dalam 20minit, fara sampai. Borak punya borak, bincang lah nak pergi mana. Kitaorang singgah watsons jap pastu pergi karouke. Tapi, kena tunggu 10minit. OK TAKPA. Lepak dekat Food court. Serius, aku rasa awkward. Ramai sangat orang. Aku dahlah low-self-esteem. Ni masuk kali ketiga aku pernah pergi situ. Siap 10 minit, terus masuk bilik karouke. Sebelum masuk, aku macam agak dah mamat ni. Nak tegur, malu pulak. Alah, buat tak heran jelah. Tiba tiba ada text masuk dari mamat yg aku nampak tu.

'Awak kat mana?' 

'Bilik karouke.' 

'Bilik?' 

'22.'

'Saya 25.' 

Nyanyi bagaikan katak panggil hujan.. rasa lapar pulak. Perut dah berdangdut Mas idayu. Terus aku, Ainnur dengan Fara pergi Sushi King. Tiba tiba, jejak fara menghilang. Aku dengan Ainnur masih berdiri depan Sushi King. Aku tanya Ainnur yg berwajah selamba. Aku tak was-was lagi.

'Weh, fara gi mana?'

'Haa dia gi famous amos jap. Jumpa kakak dia.' 

Aku macam tarik tangan ainnur.'Jom pergi famous amos nak?! 
Sedapnya biscuits dia weh. Chocolate chips no nut. Yaallah.' 

Ainnur pandang aku.'Eh takyah lah pergi lagi. Kita pergi lepas makan lah.'

Hidung aku kembang-kempis. Situasi tarik menarik antara aku dengan Ainnur. 

'Alaaa, kita pergilah famous amos jap. Boleh jumpa fara terus.
 Lepas gi famous amos, kita makan lah.'  

Ainnur geleng kepala. Mengeluh sebab aku degil.

'Takpa takpa, tu kita boleh pergi lepas makan. 
Jom masuk! Tunggu fara dulu.'

Aku jeling dia. Tak habis habis tunggu fara. Dia tarik tangan aku. Aku ikut jelah langkah dia masuk Sushi king. Lepas dah duduk, aku nampak Ainnur resah. Dalam hati aku, pahal minah ni? Aku pun bo layan dan terus ambik sushi kat roll tu. Kitaorang pun pilih sushi, angkat-letak angkat-letak macam nothing happens lah. Phone aku bunyi lagi. Text masuk. 

'Awak kat mana?' 

Kening aku berkerut. Nak bagitahu ke taknak kat mamat ni? Aku dah resah kat tempat duduk sendiri. 

'Sushi king.' 

2 minit kemudian, text masuk lagi. Mata aku membulat besar.  Biar betik?!

'Cuba pandang keluar.' 

Ooo mmm geeee (OMG) Serious?! Aku cakap kat Ainnur, boleh ke kalau kawan aku nak join sekali? Dia lelaki. Ainnur jawab, ajak jelah. Aduh. Aku pun keluar dan pergi kat mamat tu. Astaghfirullahalazim. Serba-salah rasa. Senyum macam biasa dan aku dapat rasa kitaorang macammmmmm.... Tiang lampu jalan (dia) Semut (aku) Boleh bayang tak?! Pastu kitaorang pun boraklah kat depan Sushi king. Tak lama kemudian, aku ajak dia join makan sekali. Sebenarnya berat hati nak ajak sebab takut fara tak selesa. Pastu, kitaorang duduk. Kenalkan dia kat Ainnur. Duduk punya duduk, Fara datang dengan muka yang tak dapat aku imagine. Resah campur tak selesa. Aku agak dah akan jadi macam ni. Pastu tetiba Fara tarik Ainnur keluar sekejap. Aku macam.. 

'Apahal tinggal aku seorang dengan mamat nih?!' 

Bagi hilangkan rasa gugup, aku cubalah berlagak peramah dan banyak cakap. Kang diam membisu, krik krik lah pulak ken. 


***Sambungan PART 2, awak =)

Tiada ulasan: