Ahad, 6 September 2015

2 suprise yang mengejutkan Part 2

Fara pun datang semula. Ainnur entah hilang kemana. Aku rasa macam pelik campur bengang. Dorang macam tetiba menghilangkan diri pastu ada kejap. Chipsmore! Dahlah aku tak tahu apa cerita sebenar. Aku tak was was lagi. Tiba tiba fara bersuara..

'Ermm, atasha. Boleh tak tukar tempat? Kau duduk sini.' 

Kening aku berkerut. Pahal?! Aku dah cantik cantik duduk sini, suruh duduk depan pulak.
Fara garu kepala bila aku tanya..

 'Eh kenapa pulak?! Habistu Asyraaf nak duduk mana?'
Aku pandang Asyraaf. Dia sengih. 

Tiba-tiba idea aku datang. Aku tersenyum-nakal tengok muka Fara runsing. 

'Oh kau nak duduk dengan Asyraaf eh? Cakap jelah.' 
Memang kitaorang kenal Asyraaf dekat tuisyen. Sebab tu aku berani gurau macam tu. Hiks. 

Fara macam... 'Ish. Takpalah, Mu duduk jelah situ.'

Aku pun angkat bahu. Ikutlah. Fara pun duduk sebelah Asyraaf. Aku duduk depan. Maknanya aku duduk membelakangi pintu masuk Sushi King. Sambil aku pilih makanan dan susun susun, aku dapat rasa ada someone peluk aku dari tepi. Ooo mmm geeee korang jahat!!!! Pandai ya! Air mata aku nak terkeluar dah dengan suprise 'mengarut' macam tu. Ya aku cakap dah kat fara dan helwani sebelum ni. 
'Hadiah aku, aku nak AISYAH.' memandangkan hubungan kitaorang tak berapa rapat sangat sebelum ni. Rindu sangat :( Tapi sebelum birthday aku lagi, kitaorang rapat semula entah tetiba je. Terharu tau. Sebelum keluar, aku tanya Aisyah.. 'Nak keluar tak?' Dia jawab, 'Tak tahu lagi sebab tak tahu sapa nak hantar.' Aku mcm em takpalah. Tetiba haritu, yaallah. Pandai betul dorang atur semua nih. 
Aisyah tetiba peluk, mana tak terkejut beruk weh. Terharu gaisss. Kawan yang dah lama tak boghak, sering dirindui, datang peluk cam tuh. Astaghfirullah. T___T 

Lepastu kitaorang selfie berempat. Ya Zoaf. Zaiyanna, odah, aisyah, fara. Odah pun datang. Tetiba muncul dengan Aisyah. Yaallah,Gila tak rindu nak berkumpul macam dulu. Sangat rindu. Hanya Allah je tahu perasaan ni. Lepastu Aisyah bagi belon 'Superman' dan coklat bulat warna warni tu. I is segan. Pahal superman, gaiss?! Dorang sengih. Ainnur mencelah sambil ketawa-kecil. 

'Aku yang pilih sebenarnya.' 

Mataku membulat.'Pahal?' 

'Yelah, nak suruh kau kuat. Kuat untuk hadapi setiap ujian hidup.'

Terharu weh. Lepastu Aisyah dengan odah, tak boleh duduk lama. Sbb memasing keluar dengan family. Aku pun takpalah, peluk buat kali kedua dengan Aisyah. Sobbsss. Thanks korang!

*****
Lepas makan sushi, pergi toilet jap. Sementara tunggu Asyraaf solat, aku dgn fara hantar Ainnur balik naik taxi. (Bahaya kan?) Pastu aku dgn fara jalan jalan, pusing pusing jap. Pastu pergi Starbucks. Teman Asyraaf berkopi. Hiks. Katanya. Sambil tunggu dia amek order, kitaorang pergi The Manhattan Fish Market. Alah, makan aiskrim RM12.90 je haa. Tapi rasanya ada tax. RM15lebih. Botak kepala kalau makan selalu. Lepas dah duduk, aku keluar sekejap. Tengok asyraaf, kot-kot dia tersesat ke. Caring tau aku ni =p 

Mata aku membulat besar. Entah berapa kali dlm sehari tu, mata aku menge-zoom. Lahh pahal mamat nih beli air dua? Bukan untuk aku kan? Dia berjalan sambil tersenyum manis. Aku buat dek jelah. Duduk sebelah fara. Manakala dia, duduk depan kitaorang. Dia hulur kat aku air tu. Ooo mm geee. Seriously?! Aku dengan fara masing masing cuit mencuit. Terkejut bukan kepalang. 

'Untuk saya ke?! (soalan bodoh. I know.) 

'Yaaa, maaf lah beli satu je. Duit tak cukup. Hee korang share lah. Happy birthday!' 
Siap bertulis, Happy birthday. Uih. Apa apa pun, terima kasih korang!!!!
Catat Ulasan