Selasa, 1 September 2015

Hadiah harijadiku

Boleh tengok beza diantara dulu dan sekarang. Kematangan nya semakin jelas, ye. Entah kenapa aku rasa macam birthday this year tak berapa excited kalau compare to last year. Masa kecik, parents akan buat birthday party, belon bagai. Kerlasss uols. Sekarang bila dah makin besar, setakat dinner dan family gathering tu pun dah ok sangat dah. Secara automatik, people will asking u.

 'Nak makan kat mana?'

 'Nak hadiah apa?'

Dulu masa kecik, selalu gak lah tamak haloba. Semua benda kalau boleh, nak minta makpak beli.Sekarang, bila orang tanya kita.. seriously aku tak tahu nak apa. Sebab rasa macam dah ada semua dah. Pergh perfect gila life ko. Takdelah, kalau nak diikutkan nak je aku cakap..


'Nak kereta satu. Mudah nak kemana. 
Takyah susah susah tunggu parents hantar gi bandar.'


(Suka hati kau lahanak)

 Adoi agak agaklah kan. Tengok kemampuan jugak. Aku pernahlah berangan, sejak dah sweet16 ni.. nak amek lesen motor. Boleh jugak merempit. Ok tak. acah je. Tapinya ayah aku forbid awal awal. 

'Tak boleh.' 

 'Tapiii, kenapa.' 

'Tetiba nanti hantaran sepatutnya 20k tetiba jadi 1k.' 

Ternganga mulut. 

'Lah kenapa pulakkkk.' Jiwa muda-ku menggertak.

'Yelah sebabnya pengantin perempuan patah kaki.' 

'Fine, bahhhh. OK'

Tiada ulasan: