Khamis, 11 Jun 2015

Berangan

Sebenarnya aku tak tahu apa cita cita aku yg sebenarnya. Kekadang aku ni mat jenin gak. Setiap masa tukar cita-cita. Lama lama, mereput lah kau kat situ sampai bila bila kau tak brpendirian tetap. Sekali tengok Awan dania, pakai skirt singkat.. bawa luggage, aduh mak tetiba lak aku berkenan nak jadi stewardess. Tapi yg arab punya airlines lah. Muka buruk, letak tepi. Yg penting, excited tak bertempat. Bila fikir semula, Insurans nyawa tu tinggi, Aku terus padam niat yg mula berkobar tu. Aiseymen, Bila tengok model ketwat atas pentas sambil dengar lagu rancak, berjalan sambil tegapkan dada.. mata tajam kedepan. Camera atas bawah kiri kanan. Posing sambil jeling manja. Terpeleot atas pentas, satu kerja pulak orang nak mengangkat. Mak aih, gigit jari.
Lusa tu, sejak tengok orang menyanyi ni, kilauan emas/bintang kecil/Pentas idola.. boleh gak interbiu Akademi fantasia lepastu banyak sumber yg aku boleh masuk.Tak kira weh, hati tetap memberontak nak jadi retis. Biarpun suara katak panggil ujan lagi merdu. Wakaka boleh juga kawen dgn retis. Tapi takpalah, banyak kontroversi nanti. Sebulan kemudian, Perasaan gugirl tetap ada biarpun hati sekeras batu, ayat kasar tak berlapik.. tapi aku minat betul bunga ros sampai curi bunga ros kat sekolah. Haih tension betul aku. Dua hari dua malam aku berangan nak jadi florist. Siap ada kedai sebijik, bila dah jadi jutawan, bukak francais pulak. Aduh besar betul harapan nak berjaya. Dari kecik dah pasang angan-angan. Bagus bagus.

Bila masuk form4 ni, runsing tak terkira bila sekolah campak aku masuk kelas akaun. Fuhlamak, terkejut tahap

maksimum cipan gak lah. Sendu sikit je bila zaiyanna yang tak bijak math, ambik add math. Berlagak gila aku, nak jadi doktor lah pulak. Rasa macam nak masuk sains tulen. Sebulan jugak aku dalam dilema. Demam kura kura semata mata risaukan kelas. Aku fikir juga kelemahan diri. Budak sains tu semua cerdik, cara belajar pun laju. Dah dorang tu petir. Aku ni baru berjinak jinak nak jadi arnab, tertidur pulak kat kelas. Naya lah orang nak mengejut. Jadi, aku fikir lagi. Aku lemah math, tapi fizik ada. Bio ada, tapi sains takda. Mahunya aku tergigit lidah nak menghafal formula. Dah lah aku ni paling lemah nak menghafal sebab kurang makan kismis. Kah kah
Abah ada nasihat aku juga. Kakak aku pun. Dorang kata, sahut je cabaran ni. Ambik akaun.
Aku macam memula tu, nangis gak lah sebab aku takut. Kalau nak diikutkan hati, aku nak drop add math. Tapinya, ayah aku tegas awal awal. Takda subjek tambahan macam tu, senang ke nak cari kerja nanti? Subjek tambahan lah org selalu pandang. Dah kalau aku drop, ambik seni.. aku dah lah tangan tak berseni. Orang lain lukis kucing, aku seorang mereput lukis robot. Aku runsing gila weh waktu tu. Aku takut aku tak boleh pergi. Pergi kelas sastera, kang takda ekonomi asas.. kalau ambik akaun. Sebabnya kelas tu kena pilih antara ekonomi asas dan akaun. Seni tu kira macam wajib lah. Adoi, aku suka ekonomi asas. Sangat sangat suka sebab senang belajar kalau kita faham dan ulangkaji semula biarpun sebelum ni aku lulus pun tahap ciput je. Cikgu yg ajr tu favorite teacher aku. Lepastu aku ckp kat diri aku, akaun tu mudah sikit sebabnya kau pernah ambik perdagangan dan keusahawanan sebelum ni. Tapi mmg weh, aku ckp betul ni. Aku tak minat akaun pada awalnya tapi aku cuba fikir masa depan aku. Allah tu maha bijaksana. DIA akan bagi apa yang kita perlu dan DIA takkan kasi apa yg kita mahu. Mungkin ada hikmah disebalik ni.

Lepastu,aku  ingat lagi dulu selalu gak aku gelakkan fara sebab asyik berbisnes je kerja. Kecik kecik dah pandai menjual. Aku tak minat menjual, serius aku ckp sebab aku memang kalau menjual, nak letak harga murah je. Sebab aku rasa, kalau jual murah.. lagi ramai pelanggan. Stock pun cepat habis. Senang hidup kalau macam tu. Tapinya tulah, rugi sikit bila fikir modal yang kita keluarkan pun dah banyak memandangkan kita ni pelajar lagi.. dibawah tanggungan makpak. Lepastu letak harga murah dari modal yg dikeluarkan, rugi lah. Lepas fara banyak beri tunjuk ajar, tetiba aku jadi minat nak berbisnes kecik kecilan. Haritu nzoaf menjual juga.Walaupun harga tudung kami agak mahal Rm15, aku risau gak memula tu. Ada gak kitaorang asyik bertengkar-lidah tentang harga. Lepastu fikir semula, yelah mahal sikit bawal crepe tu sebabnya ada brand kita khas original. Heheh alhamdulillah yaallah, semua tudung laku. Banyak kami dapat untung. Duit tu bahagi 5. Alah, ramai cakap rugi bisnes reramai sebab duit kena bahagi. Tapinya, kitaorang bukan serius sgt pun. Saja nak tambah duit simpanan. Lagipun, kerjasama masing masing boleh merapatkan lagi hubungan kami berlima ;)

Sekarang, kakak aku mula beli tudung borong. Aku bantulah apa yang patut. Dapat 'habuan'juga. Oklah daripada takda, kan. Dpt jugak aku buat beli brg keperluan. Takkanlah asyik nak minta duit abah je. Lepastu, sebelum nzoaf mula bisnes lagi aku dah mula bisnes seorang diri dgn modal yg kecik. Hanya ALLAH je tahu, jatuh bangun aku masa tu. Duit takda, sikit je modal lepastu aku beli kain dalam harga Rm2 gitu, lepastu hantar kedai jahit tepi RM4. So, modal yg aku keluarkan untuk satu tudung ialah Rm6. Ok apa, kita beli tudung dah readymade tu Rm15.

Tiada ulasan: