Jumaat, 12 Jun 2015

Tak mekap, bukan tomboy.

Aku memang tak minat bermekap. Dulu selalu lah, curi curi pakai mekap mak dengan kakak sebabnya nafsu berlonjak-lonjak nak pakai mekap, lepas tengok retis dlm tv semuanya vas vas vogue kevavom gitu. Pakai celak, eyeshadow. Rambut retis stylo-milo, berkenan juga pastu ajak mak gi salon sebab nak buat rambut cenggitu gak. Habis rambut rosak sejak buat alfro. Sampai melutut kaki mak, merengek-rengek. Last-last, mak kotakan permintaan anaknya. Ibu mana tak kesiankan anak. Mmg drama banyak pengaruhi otak bebudak T__T Tengok mak mekap, kita pun sibuk sekali sampai ternganga mulut nasib tak masuk lalat. Sekali usik bedak mak, mak tegur sekali tak dengar. Bila mak angkat muka, tegur dua kali terus terdiam. Tangan pun terkunci rapat. Belek brg lain, tak berkelip mata. Mampu tengok jelah.Nak mekap, tak reti. Ekkkeke kakak aku jenis melayan, dia yg merelakan diri eksperimen kan muka aku. Dicalitnya lipstik merah mak ngah kat 'bibir mungil' aku. (Takyah nak mungil sgt) lepastu pakaikan eyeshadow rona-roni. Aiseyman, retis sangat.

Sejak dah meningkat separa dewasa ni, ada gak lah terdetik dihati ni nak mekap cecantik. Nk cantik macam orang lain. Tak mau jadi budak hingusan dah. T__T Sampaikan kat rumah, aku buang tabiat. Aku curi curi pakai mekap kakak aku lagi, lepastu ada lah syok sendiri selfie depan cermin. Alah saja nak puaskan hati sendiri. Bukan org nampak pun. Tapi kalau org nampak tu lain cerita sebabnya, aku tak boleh salahkan orang. Aku selfie tepi tingkap. Lighting, uols. Iols memang suka banyak lighting ni. Lepastu orang komen bertalu-talu. 'U pakai apa kat muka? Licin nya, nyah.' Iols tak tahu nak kata apa. Tu penangan orang selfie tepi tingkap. Kang edit melebih, nampak mcm kelabu-asap pulak muka iols. Yelah, kulit iols ni manis. Hitam manis setampuk manggis. Terima kasih matahari =p

Aku suka tengok orang pakai mekap. Timbul gak perasaan iri hati, nak patahkan celak orang. Busuk hati gila wei. Bukan apa, aku tak boleh tengok orang cecantik ni. Terutamanya, kakak iols. Haritu dia beli borong lipstik yg femes skrg ni. Lipstik matte. Aku beli gak sekali haritu. Tapinya, kakak aku dah kebas. Aku bukannya pakai. Mampu buat perhiasan je kat meja solek tu. Aku beli yg warna terang. Aku tengok Atita haris pakai, cantik je. Sekali aku pakai, hancussss. Dah gaya macam mak tiri rapunzel. Mulai drpd haritu, aku angguk-geleng jelah nak pakai ke taknak lipstik tu. Aku biasa kalau keluar, pakai bedak pixy, spray sikit dengan Aquara assence spray, contact lens. Tu pun dah lengkap hidup. Kalau datang mood rajin aku, aku pakai mascara curi kakak aku. Kah kah muka aku memang lesu weh. Sekali orang tengok macam, eyy kenapa dngan budak tu? Pucatnya muka. Ada lah banyak kali, kakak aku tegur......

'Wei, apesal muka kau pucat sangat? Pakailah lisptik sikit.' 

Aku suka pakai lipstik warna nude. Sebab nampak lembut je. Setengah orang, bila lepas makan tu.. dorang akan touch-up semula. Aku nak bawa lipstick, tengah bandar? Aku bukannya bawa handbag. Biasalah, langkah keselamatan. Minggu lepas keluar dengan fara, aku pakai bf shirt, jeans hitam dan tudung hitam. Selekeh tu memang aku. Waktu tu kitaorang tengah makan dekat Tpf. Sambil aku syok sendiri selfie seorang, fara perhati muka aku. Dlm hati aku, uish muka aku ada tahi lalat baru ke? Ke ada tahi hidung?  risau gak. Dah lah pakai cecantik dah ni tetiba ada tahi hidung tergantung. Ceit. Lepastu fara zoom-in zoom out. Hidung aku kembang kempis, cuba tangkap perbuatan keji dia. Wei, apesal lak minah ni tilik muka orang ni?! 

'Weiiiiii, sejak bila ko pandai pakai mascara nih?!' 

Aku buat selamba-dek. Eleh. Apa salahnya, aku belajar mekap. Nak gak jadi wanita melayu terakhir.  Fara dah tergelak-besar. Eleh kau ya, nanti aku jadi cantik.. pandai bergaya, maunya ternganga. Masa tu aku akan bersorak-riang. Ngeh ngeh.

Tiada ulasan: