Jumaat, 12 Jun 2015

Berani dalam takut

Ramai kata aku ni sombong, hidung tinggi tapinya hakikat, aku takut dengan orang wei T___T
Itulah kelemahan aku. Ada gaklah, aku ni garang mcm Trex tapi bila once aku dah marah, air mata aku berlenja-lenja penuh se-empangan. Aku pun tak paham, nak kata aku ni takda perasaan tak juga. Aku ni sendu gak kekadang. Bendul selalu. Nak marah orang, hati berasap kaw kaw tapi bila teringatkan seteru kat depan, ayat semua hilang. Kelu-lidah tetiba. Haih tension betul aku. Dia manusia juga. Bukannya zombie mintak otak. Aku takutkan apa? Takut orang tak nak kawan? Sorry beb, kalau kau asyik takut dengan orang, mereputlah kau makan hati sendiri. Ada masalah, share. Bukan diam. Lagi kau diam, lagilah kau berdendam. Lepastu hidup pun tak tenang, roh kau pun kacau org. Sob sob sadis gila drama ni. Kekadang tu, aku pelik kenapa orang macam tak nak datang dekat dengan aku. Pernah sekali aku borak dengan fara, apa yang tak kena dengan diri aku? Lepastu fara cakap, muka aku ni sombong sebenarnya hati lembut. Sekali dah kenal, no regret. Ekkeke ayat akhir tu macam ada yg tak kena je. Nini ada cakap, aku ni nmpk pendiam tapi sekali ada topik yg nk dibualkan.. habis aku kaklong kawasan. Semua tempat gua pegang. Ngeh ngeh. (Hodoh wei bunyi tu) Agaknya, kalau betul apa yg nini cakap tu aku yg banyak conquer, mmg sah-sah lah aku sesuai sgt dilabel 'mesyuarat tingkap'

Ma ada gak cakap, dulu aku mmg cakap tak henti henti. Dekat rumah ni, aku selalu gak lepak petang petang. (Dulu je lah) Mulut aku bagaikan murai tercabut ekor. Habis semua orang aku nak tegur. Sampaikan bila dah peringkat remaja ni, jiran-jiran aku pelik. 'Lahh, dah lama tak nampak tasha turun, main kat bawah. Besar dah dia sekarang.' Besar takat mana pun tak tau lah. Badan aku besar ke, dahi aku yg makin luas? Heheh. Bila org buat kenduri ke apa, memang aku jarang attend sebabnya rasa awkward gila. Kalau boleh, nak jauhkan diri dari orang. Bukannya sombong tapinya, ada lah sejarah silamnya. Dulu kalau ma dengan abah ajak gi kenduri, memang aku yg berlari dulu, panaskan enjin kereta. Excited terlebih mcm diri sendiri pengantin. Sebenarnya haritu, tetiba terajin pulak nak ikut abah dengan ma pergi kenduri kat area berek polis lah. Waktu tu, aku dah gaya mcm gadis melayu habis sampai makcik makcik rekomen nak jadi menantu. (over kau ya. Jgn nk perasan lebih) Aku pakai baju kebaya, bak hang. Makan pun, lemah gemalai, suap makanan nak ke sejam gumpal nasi mcm bangla tu buat, jalan terkepit sebab kain terbelah takut terselak pula. Kang orang gosip, popular pulak aku nanti jadi bahan kaji org =p

Tengah aku makan tu, tetiba ada seorang mak cik within 30-an dengan anak kecik. Takdalah mak cik sgt, kakak lah. Aku senyum semanis mungkin je tanda hormat sebab nak bersalam lebaran pagi raya pun, tak menyempat. Makan nasi, waktu tu. Lepastu dia borak dengan mak aku. Aku pulak, acah acah anak dia. Main cak cak. Jelir jelir lidah sikit. 'Ala tomei tomei.' Budak tu mcm bo layan je sambil tengok orang lalu-lalang. Mereput aku seorang diri, kebas punggung.
Dlm hati budak tu.. 'Terencatnya perempuan ni. Ingat kelakar agaknya. Hambar betul.' Lepastu hakak tu pandang muka aku macam dlm fikiran dia tu, dia nak simpul sesuatu. Aku tunggu je dia nak cakap.

'Ni anak kak dah, yang kecik dulu dulu tu kan?' 

Dalam hati, tergelak. Mmg lah semua org pernah alami zaman kanak kanak gigi dua batang. Aduh kakak ni, buat lawak antarabangsa pulak. 

Mak aku sengih. 
'Ni lah, tasha. Anak kak dah yg kecik tu.'

Aku terkebil-kebil seorang.

'Lahhhh, yang ni ke anak Kak dah, 
yang selalu panjat pokok, petang petang tu?'

Tercekik aku tengah makan. Mak aku ketawa tak hingat dunia. Aip. 

'Lainnya dia sekarang. Dah jadi anak dara dah.
 Dulu, saya selalu nampak juga masa bawak kereta, dia panjat pokok kat bawah blok.'

Aku sengih je. Balik rumah, ma gelak tak henti henti. Aku selamba je, Chill lah. Semua orang pernah alami benda tu semua masa kecik. Aku tomboy, dulu.Tapi hati gegirl. Org buli sikit, dah kecoh report kat abah. Nak gaduh pandai sgt, berlagak tak nak cari member untuk backup. Sekali orang serang reramai mcm clash of clans.. takut sampai nyorok celah tiak mak. Dulu dgn sekarang tak pernah berubah. Nak gaduh dengan orang, tapi takut. T___T Sebab tu bila orang kat sini buat kenduri ke apa, aku mmg jarang datang. Sebabnya aku tahu, mesti ada terjumpa makcik makcik yg selalu perhati. Sendu aku kat situ. Kalau nak jadikan menantu, ok lah juga. Kecik tapak tgn, luas padang golf saya terima.Wakaka ada lah sekali tu, abah tegur sikap aku yg malu tak bertempat. Mcm lah, orang suka. Menyampah lagi ada lah. Nak mengorat, terus tak berapa nak jadi sebab tengok sikap mengada aku. 

'Dulu,  Bercakap tak henti henti. Sekarang, jgn lah senyum je. Tegurlah. Kita ni jiran, kena selalu bertegur-sapa. Waktu susah, kita perlukan dorang juga.' 

Aku macam terdiam sendiri. Mulut terkunci. 

Tiada ulasan: