Sabtu, 4 Julai 2015

Apa yang kita naklah, orang tak nak.

Kita ni manusia yang tak berpendirian tetap gak kekadang. Harini nak yang ni, esok nak yg itu T_T Mula lah menyesal tak sudah. Tetiba konfius, nak hijau ke biru. Last-last ambik purple. Bila pilih purple, kuning pulak lawa. Itu namanya tak konsisten. Harap nanti atas pelamin, tetiba nampak mamat hensem macam Lee dong wook tgh makan nasi minyak. Kang, konfius pulak kat atas tu nak kawen ke taknak. Aipp kesitu pulak. Kalau dah jodoh, tak kemana wei =p

Tahun lepas masa darjah enam rasanya, aku berangan kalau pakai spec.. lawa macam kpopers sambil buat duck-face. Lepastu macam macam cara aku buat untuk 'rabun'. Nak dijadikan cerita, aku curi pakai lens mak aku. Bunyi macam perangai tak semengah tapi itulah yg aku buat. Dan aku suka buat! Waktu tu aku keluar untuk kali pertama lah dengan bf aku. Takkan nak keluar berdua pulak ken. Tak manis dipandang. So, aku ajak member aku lepastu pergi public toilet sebab nak pakai lens. Dengan lens 16mm yg berhabuk, lens yg terkoyak.. kawan aku pulak yg pakaikan untuk aku. Cari nahaslah namanya, dah sah sah mata ko buta tahu tak?! Masa tu tak fikir apa, nak cantik jiwa raga si manis kurma depan bf. Nak jugak, bf puji. Heheh. Muka buruk takpa, yg penting mata cantik.  

                                                *loya-kejang-perut*

(Kau kemain nak cecantik bagai, bf kau pakai tali pinggang pink, naik basikal fixie, 
rambut tak sikat, muka lepas bangun tidur, tak terurus. Kau terkedu kat situ sebab kau sendiri pakai baju pink. Warna kesukaan bf kau. OK.) 

Masa dlm toilet tu, aku rasa mata aku ni pedih gila. Gelap pandangan. Kabur. Mata aku merah gila wei. Aku suruh kawan aku tanggalkan. Bila lepas tanggal, rasa macam 'nikmat' dia datang memanggil tau. Tak pedih dah macam first tadi. Tobat, taknak pakai dah. Waktu tu jelah, rasa takut. Tapi degil gak. Tak lama kemudian.. aku dah pandai berjinak-jinak pakai lens. Dulu, zaman kpopers. Klau boleh, saiz besar mata, rona-roni berkilauan. Tetiba masa form1, padan muka aku. aku rasa bila belajar dlm kelas tu macam.. eh kenapa banyak asap ni? Aku tanya kawan aku..

'Korang nampak tak cikgu tulis kat depan? Kenapa kabur, aku tak nampak? 
Kenapa ada banyak asap kat depan?!'

'Asap ceruk mana pulak kau ni. Kau rabun lah tu. Kitaorang nampak je.'

Suka dalam duka. Konfius kejap. Dulu nak pakai spec sgt, terkinja-kinja macam perempuan menggeletis. Sekarang bila pakai spec rasa macam Allah je yang tahu perasaan ni. Tudung tak jadi, muka tak sesuai bila pakai spec, susah nak match dengan tudung lepastu kelepet, bulatlah apalah. Makin lama, power aku makin naik pulak. Silau memanjang. Rasa tension pakai spec. Tapi nilah dia, nyawa dan aset aku. Takda spec, rasa macam tertinggal mata kat rumah. So, aku nak ingatkan pada sesiapa.. cucu-cucu aku nanti, jgn ikut perangai 'nenek' ya cuuu. Miahaha

________________________________________________________

Dulu dan sekarang, tak pernah berubah, Mulut ni tak henti henti cakap kesusahan diri. Macam dah penat sangat hidup. Konon nak mati cecepat. Tak sedar yg diri ni banyak dosa. (Diri aku sendiri) Tlg lah, bila tengah susah..  belajar cakap, 'semua orang akan merasa mati. Aku nak perbanyakkan amal ibadat. Amalan aku belum cukup untuk aku tampung ke akhirat. Moga Allah s.w.t beri aku petunjuk dan hidayah, cekalkan hati aku agar aku tabah menghadapi segala ujian ini.' Sedap jugak bila dengar, diri sendiri sebut macam tu. Ni tak, ada je cakap.. 

'Weh, kan best kalau aku masuk hospital. Takdalah susah sangat. 
Biar semua orang rasa, kehilangan aku.' 

Tak pun, aku akan cakap.. 

'Macam mana agaknya eh, masuk hospital? Aku nk tengok juga, siapa je yang melawat aku. 
Terharu jugaklah rasa.' 

Tiada ulasan: