Ahad, 8 Februari 2015

Berangan tu biar bertempat

Ok aku pun tak tahu apa penyakit baru ni. Sama ada penyakit berangan tak disengajakan, amensia sesaat atau penyakit halusinasi. (Eh halusinasi tu kepada yang mengambil "Marijuana")
 Memandai je kamu. Tapi memang lately, maklumat yang harus disampaikan ke otak..tidak menepati masa yg ditetapkan tetiba melencong ke arah lain sehingga aku jadi seorang yang culas, yg sentiasa melakukan mistakes sebab lambat dapat maklum balas atau bahasa mudah nya.. efektor. wah zaiyanna masuk cyllabus sains lah. Ahem, dengar ya murid-murid.

Ceh. Geli ketiak. 

Kisah1: 
Aku pergi Mr.Diy. Ala nak beli kertas dinding untuk hias bilik. Timbul pula sikap terlebih rajin hangat hangat tahi ayam aku untuk 'mencantikkan' bilik serba sederhana lagi kekosongan itu. Haks. Lepastu cari punya cari, kehulur kehilir turun-naik tangga.... Hmm takda rezeki. Tak nampak langsung rupanya besar ke kecik, ada ke tidak. Mula mula langkah masuk dalam tu, otak dah set. 'KERTAS DINDING KERTAS DINDING!' Akhirnya, aku tetiba pergi capai spray bilik bau apple Rm4.80 dan satu lagi rantai untuk bebi (kitten yg disayangi) harganya Rm2.50. Stres betul hidup, Apa motif aku beli semua tu?! Aku bukan boleh buat kira sgt, kekadang kepala otak ni tak fikir betul betul keperluan-kehendak. Dua-empat kali juga aku termenung. Letak, ambik. Ambik, letak. Nampak sangat aku ni kedekut dan berkira orangnya. Huh, tahi hidung masin. Tapi setakat ni yg pasti, aku belum pernah rasa masin ke manis ;p

Yaaaaaks keji sungguh perbuatan mu, shaiton. 

 'Penting ke tak?'

 'Nak ke tak nak? Kalau tak beli, rugilah pulak rasanya.' 

'Ke nak beli dekat kedai 2ringgit? Murah sikit.' 

Aip. Ni bukan masalah berkira tapi berjimat cermat selagi boleh sebabnya aku ni pernah di-cop sebagai pemboros/materialistic wanna-be a.k.a pisau cukur brand gilette. (prinsipnya; caras sampai licin. Hati biar senang. Perut pun kenyang)Jahat kan, pinsip seorang perempuan pencukur gilette ni. Golongan mereka ini mempunyai matlamat hidup yg jelas. 

Sebagai pelajar cemerlang, aku kena pandai mengurus wang. Hidup aku bukanlah senang dari segi kewangan/pendapatan. Kami hanya sederhana. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur.
********


Nak dijadikan cerita, aku tengah mengelamun kot waktu tu. Tengah checkout.  Then, aku bagi duit. Lepastu nilainya RM*** blabla. Lepas siap urusan pembayaran, aku terus blah dgn menjinjing satu plastic. Catwalk punya catwalk sambil bagi flying kiss plus lambai tangan bagaikan Kate Middleton.. tetiba lak Arghhh potong jalan betul. 

'Miss! Miss!' 
Hakak chinese putih-melepak tu dah menjerit, panggil aku. Ingatkan dia nak cakap,

'You dapat free-gift, CNY. You antara customer bertuah. Sebuah kereta Porsche dan cash 100,000' Amboi melebih betul permintaan kau. Porsche katanya. Dasar perempuan cap gilette. (Uish ayat sentap) Kereta mainan pun belum tentu kau dapat. Kau kan berkira nak mam. 

*batuk*

Eh aku kehairanan. 'Yes?'

'Miss! You forgot! Your balance!' 

Mulutku ternganga. Cepat cepat ku-tutup supaya lalat tak sempat singgah. 

'Yaallah, forgot. Thanks ya. hihi'

 Sambil buat muka seposen tambahan lagi, muka dah rasa kebal semacam.. aku melangkah-perlahan sambil ambik wang baki tu. Dalam Rm4 ringgit++  Abang nepal sebelah hakak chinese tu dah tersengih kerang busuk. Aaaargh malunya. Dah lah aku catwalk tadi. Tak pandang kiri-kanan dah. 

Kisah2:
Bertempat di sekolah. Nasib badan lah haritu aku cuai sangat sampaikan lupa nak bawa buku latihan sains tulen. Lega gak cikgu tu baik, tak banyak soal dan paling lega sekali, cikgu tak bertukar detektif bukak seisi soal-siasat kenapa tak bawa buku.. dan sangat lega bila cikgu tak bagi hukuman denda. Lepastu aku pun bijak jugak, pergi pinjam buku seorang 'dermawan' ni yg sungguh baik hati. Fuh, penyelamat aku. Masuk makmal, seperti biasa kalau ada homework.. cikgu akan bincang ramai ramai. Bila sampai turn aku, aku seperti ayam berak kapur. Kepala aku secara automatic toleh kanan-kiri macam nak menari hiphop gayanya. Tanya jiran sebelah, jawapan sebenar. Aku sibuk cari jawapan sebabnya, si 'dermawan' tu tak siap lagi page yg kami tgh bincang tu. 
 Wah, apa lagi kalut lah aku nyatakan fungsi cereblum dan cerebrum.(hari lain lain pun kau kalut juga. Ceittt.) Aku jenis malas tahap maut, nak study semula kat rumah. Waktu kalut tu jugaklah aku jadi konfius. Mata yg rabun, dah pun pakai spec masih belum nampak tu apa menda. Konfius samaada 'brum' atau 'blum' Tetiba aku jawab spontan je sampaikan cikgu betulkan. Lepas siap kedua dua tu, aku pun duduk. Satu lagi soalan, aku tertinggal sedangkan aku dah duduk. Aku tgh menunduk, sambil lengkapkan jawapan. Arghhhhh, tension. Semua pandang aku waktu tu. Kelu lidah sambil garu kepala. Laaa ada soalan lagi rupanya. 

'Yaaaang, jawapan seterusnya.' 

Tegak aku berdiri, lepastu baca jawapan yg baru aku lengkapkan. BLUR. Malu betul. Aku tahu, fara tengah simpan gelak. Dia gelak dalam hati. Aku tebalkan muka. Berlagak selamba.

Kisah3:
Aku pergi stationery. Lepastu beli lah apa yg patut. Takkan nak beli ikan kot. Dah namanya kedai alat tulis. (huh poyo kau, gilette) 
Sampai masa nak checkout, aku buat hal lagi. Minah blur sentiasa. Aku cari duit syiling dalam purse. Lepas dah siap buat pembayaran, aku terus blah. Separuh jalan, auntie tu jerit. 

'Amoi, you punya plastic ni!' 
Aaaargh malu. Nyanyuk nya aku. Faktor usia ke apa ni? Tulah sapa suruh makan semut. 

Tiada ulasan: