Ahad, 8 Februari 2015

Hidup ni seperti roda

Biasa kalau aku dengan mak aku, memang akan selalu terjadi satu situasi. Soal pakaian. Memang aku dgn kakak aku ni lain sikit dari segi fizikal dan mental. Haks.Memang lah lain takkanlah nak photostat terus sejibik dengan rupa dia. Kalau sama, kembar siam lah tu. Tapi kembar, tak semuanya sama. Mungkin A suka Nasi goreng kampung. Dan mungkin B suka western food. Kelaaas kau jah. B ni mesti agak gilette kan. Asyik nak western food je. Pokai duit buah hati. Tapi sayang punya pasal, berkorban nyawa pun takpa. Wah. Tulus sungguh cinta kalian.

***
 Kakak aku, dia agak ber-fesyen, pakaian semuanya up-to-date. Dan aku agak kekampungan. Ya, 'perempuan gilette' ni pakai je yg mana ada asalkan pakai baju. Skirt berkedut, tudung tak ber-gosok pun dah bahagia sgt hidup.

Lepas makin 'dewasa' ni, aku jadi agak malu nak tunjuk bentuk badan yg kian berubah. Perut makin kedepan, pangkal peha makin merapat, kulit semakin hitam, rambut semakin gugur, Sadis sungguh. Dah gaya tua sangat nampaknya tu. Dulu mungkin aku agak social, baju singkat+ jeans pun okay dah. Tapi skrg, jadi macam ada sedikit kesedaran untuk hijrah la kot. Malas nak fikir apa apa dah. Cinta pun dah takda makna, phone makin tak berapa nak active seperti sebelum ni. Baik sekarang ni tumpukan kpd pelajaran. Aku taknak lalai dah. Aku dah ada segala-galanya. Parents, blog untuk meluah, Kawan, kitten. Anggap apa yg berlaku sebelum ni mematangkan kita, mengenali kesilapan dan kekurangan diri. Ubah sebelum terlambat. Jangan berdendam walau hati simpan perasaan luka sekalipun. Berdamailah dgn hati sendiri. Makin kita simpan rasa sakit tu, hati kita jugak yg sedih dan masih simpan perasaan benci tu. Yaallah, sesungguhnya apa yg berlaku tu cukup perit dan bagaikan batu besar jatuh kat badan ni. Sakitnya tu bagaikan terhempap. Terkejut besar apabila menerima bentuk'ujian' dlm hubungan. Tu baru zaman remaja. Belum melangkah ke alam dewasa lagi. MasyaAllah. Ya, dulu aku terlalu meng-agung angungkan cinta yg entah kekal ke tidak. Sebab tu kita kena fikir, bahagia tu hanya sementara. Harini mungkin kita bahagia, tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa yg akan datang. Hidup ni seperti roda. Harini kita duduk diatas. bila kita duduk dibawah.. kita akan berpijak dibumi yg nyata. Kita sedar kesilapan kita dimana dan Allah telah beri kita peluang untuk baiki diri dan kembali kepadanya.

Aku cakap benda betul. Takda auta atau tambah-perencah untuk menyedapkan cerita yg tawar itu menjadi manis atas rekaan yang aku putar-belitkan.. kononnya 'perempuan gilette' ni berlagak alim. Secara logiknya, aku memang baik cuma sedikit mata duitan. Pergh bahaya kan. Susah nak cari org bersikap jujur ni. Dah boleh buat calon menantu haa ;p

Takda lah, iols memain jer.  Walaupun aku agak blur dan lambat pickup.. tapi aku percaya. Apa apa pun kita lakukan, berjaya atau tidak,.. semuanya adalah ketentuan Allah. Gagal sekali tak bermakna berkali-kali kita gagal. Disebalik ujian, pasti ada kebahagian yg menanti. Inshaallah.
Catat Ulasan