Sabtu, 31 Januari 2015

kebahagiaan sedang menanti

Aku selalu lalai dengan apa yg aku miliki. dalam satu masa, aku jadi tamak dan pentingkan diri sendiri. MasyaAllah. Aku selalu mengeluh dan tidak bersyukur atas nikmat yg Allah- berikan. Kekadang aku tertanya tanya seolah olah menyalahkan takdir yg sudah dirancang, ditulis.

 "kenapa Allah turunkan ujian kat aku? 
Kenapa bukan orang lain?" 

Sehingga.. aku jadi tak kenal diri aku. Sebabnya lepas kes aku putus hubungan /"putuskan silaturahim" dgn "that guy" yg sebelum ni aku sgt sgt cintai. Konon macam separuh dari hati aku sudah dibawa pergi bersama langkah panjang nya. Dannnnnn.. waktu tu 

aku terus berubah 360 darjah. Mula mula 90, lama kelamaan aku jadi murung dan emotional. Aku jadi cepat marah dan suka cakap lepas sehingga tak jaga hati/perasaan org lain. Subhanallah, kenapa dengan aku? Sekarang.. alhamdulillah. 
Aku sedar kesilapan aku yg terlalu mengikut perasaan dan hati benci. Sampai bila nak berdendam kan? Aku betul betul nak berubah dan kembali ke pangkal jalan. kiamat tak tunggu kita weh :(  

Jangan kata,

"tunggu dapat hidayah dari Allah. Barulah berubah. 
Nanti kang jadi macam hangat hangat tahi ayam.
 harini mungkin kita kata nak berubah tapi esok lusa, lalai semula."  

Cop, silap tu. sebenarnya hidayah  atau petunjuk Allah tu, tak perlu kita tunggu. Kalau nak  berubah dan "sudah" terdetik dihati nak berubah.. berubahlah. Jangan lengahkannya. Berubah, terletak kat diri sendiri. Atas kesedaran seorang hamba Allah tu. contoh nak pakai tudung. Ni pernah terjadi dalam diri aku dulu.

"eh malu lah pakai tudung. Nanti kang bila pakai tudung tetiba kengkawan gelak sebabnya buang tabiat." 

"Nantilah sampai seru, aku pakailah tudung. Pakai tudung biarlah ikhlas kan. 
Jadi, aku nak pakai dalam keadaan bersedia." 

Why not, u cuba niat dlm hati. Semoga Allah permudahkan hijrah baru kita. Sampai bila nak tunggu "seru?" apa salahnya kalau dah berminat nak pakai, bagi meringan beban bapa kita.. kita cuba untuk "meminati" lama kelamaan kita akan tahu sebab, kenapa, kita berhijab.. cover our aurah.

Berubah mmg boleh tapi biarlah mula mula tu belajar untuk jadi seorang yg sabar, tabah menerima kritikan. Aku juga selalu sangat alpa dan lalai dengan "hukum hakam". Ini biarlah aku je yg tahu. Ia trlalu umum untuk dikongsikan. Yg pasti, aku tak sempurna.Aku juga masih belum menutup aurah sepenuhnya lagi. Inshaallah, semoga Allah permudahkan urusan aku. Aku rasa macam, Yaallah. Sejuk sgt pandangan ni memandang kearah figura seorang wanita yg berjilbab serba hitam dan berniqab. Rasa tenang je. 
Catat Ulasan