Sabtu, 31 Januari 2015

Perasaan yg satu biarlah menjauh

Alhamdulillah. I am so lucky. Ya, bertuah sebabnya keadaan dah kembali pulih. Setuju sangat kalau aku kata, tahun 2014 penuh dgn kesedihan. Yg pertama sekali, aku rasa redha dan lebih tenang menerima segala yg sudah ditakdirkan. 

                 (dramatis sgt) 

Kenangan tetap kenangan. Kita siapa nak melawan takdir. kita bukan tuhan. Kita hanya mampu merancang. Allah menentukannya. jadi, cubalah belajar menerima kenyataan. yakin bahawa apa yg berlaku ni akan memberi satu hikmah yg besar dan lebih bermakna daripada yg hilang tu. InshaAllah one day. anggap kesilapan dulu, mampu mengubah kita berfikir lebih matang dlm hubungan atau mungkin Allah swt "menegur" aku supaya tidak terlalu meng-agung agungkan cinta tak mungkin kekal di usia 
remaja ni. Kita kena tahu, ingat satu perkara ni. Aku mungkin ada cakap tapi ni untuk peringatan kat diri sendiri. Orang yang ikhlas sayangkan kita, akan terima kita seadanya. walau kita jahat macam bawang merah, garang macam trex.. memaksa seperti hitler, dia takkan sesekali melepaskan kita. Kalau betul betul sayangkan kita dan nak hubungan tu kekal.. dia akan cari jalan untuk ubah kita. Fikir logik, lelaki yg matang dlm hubungan takkan bertindak luar jangkaan macam tu. macam mana nak jadi ketua keluarga, pembimbing kepada seorang "perempuan/wanita" sedangkan situasi macam tu pun tak dapat nak handle.  Ingat, jgn fikir percintaan ni hanya untuk 
berseronok. Bila Allah turunkan ujian, "baru masuk gear 1" dah retak..dah rasa patah hati/tawar hati. Jgn mudah lepas tangan, dan lepaskan perempuan yg betul betul sayangkan awak. Hargai lah dia selagi dia disisi awak. Tak semua orang perfect (10) dlm dunia ni. Takda sapa yg perfect. Jgn trlalu mencari kesempurnaan. Sebelum nak cari kesempurnaan org, periksa diri tu dulu. Setiap org ada kekurangan dan kelebihan dia. Kalau dia kurang, mungkin lebih pada awak. Kalau kurang awak, mungkin lebih sikit dia dari awak. Tulah org kata saling melengkapi.Mungkin perempuan agak beremosi. Tapi awak sebagai lelaki, patut berfikir jauh untuk kawal keadaan. lelaki mungkin dgn mudah, lepas tgn dan ada kawan perempuan lain. Tapi ada dia fikir bekas kekasih dia tgh lawan dgn kekecewaan? Ada dia fikir? ada dia tanya, keadaan gf dia lepas ditinggalkan? takda kan. Mungkin dia akan cakap..

"dia mesti dah bahagia. Dah pun ada bf. Baguslah. buat apa aku fikir lagi?" 

mungkin silap tanggapan tu. Dlm kemungkinan, setelah apa yg berlaku tu membuatkan seorang perempuan lebih berjaga jaga dgn kaum lelaki. ni pernah trjadi dlm diri aku. Aku jadi alergic. No, bukanlah alergik macam menganggap lelaki tak guna seperti dulu. Tak, aku tak cakap. Aku cuma taknak benda yg lepas akan berlaku lagi. Aku tak larat nak menanggung perasaan duka. sekarang, aku langsung tak fikir nak berkawan dgn memana lelaki. Serik, yaallah. Rasa macam trauma. Tapi Alhamdulillah sgt. Skrg, aku lebih tenang. Biarlah, Takdir menentukan. Jangan mengharapkan apa apa. 

Bahaya kan panahan cinta seorang lelaki? Hahaha masyaAllah. So becareful ukhti :) 

Tiada ulasan: