Khamis, 31 Julai 2014

Orang dulu tak macam sekarang

Betul lah kan. Orang dulu tak macam sekarang. Orang sekarang pulak tak macam orang dulu. Aku tak kata lupa identiti/lupa daratan tapi zaman sekarang yang serba serbi canggih, internet dihujung jari.. bonda dan ayahanda (ceh) sudah bertukar moden. Macam ma, yang dulu bukan lah yang sekarang. Maksud aku, ma yang dulu langsung tak tahu apa itu facebook, whatsapp, instagram. Sekarang? Mengalahkan dari anak anak. Pada awal nya dia sibuk tanya kita.

'Syaaaaa, apa tu orang panggil yang kalau nak beli apa apa.. kita cari dalam tu?' 

'Ohhhh.. facebook eh ma?' 

'Bukan! Facebook, ma tahu lah. Orang sekarang sibuk main benda tu. Yang tengok baju tu.' 

*aku garu kepala* 

'Ohhhh.. instagram eh?'

'Yelah kot instgrem.' 

'Kenapa ma?' 

(ma sibuk sengih) 

Ayat dia yang aku hafal selalu..

'Benda tu boleh masuk kat phone ma?' 

'Boleh jer. Meh nak download.' 

*****
Bila aku keluar bilik, tak lain dan tak bukan ma akan main tepon sambil ketawa seorang. Bila aku tengok phone dia, tebeliak mata ni. Banyak dengan group tempat kerja dia. Ada satu group tu dia yang 'KETUA' 
Hebat sungguh bonda ku. Lepas semua benda canggih, anak anak dapat merasa.. ibu pun turut serta. Pernah haritu ma kononnya  bagitahu.. yang dia tak minat phone kecil kecil. Susah nak pakai. Sebenarnya dulu abah hadiahkan ma Ninetology. Itu pun belajar separuh jalan sebab ma tak reti guna. Dia selalu lah juga komplen. Haritu waktu lepas beli ninetology, riuh satu rumah panggil. 

'Abaaaaang! Tolong ni. lepas bukak ni nak tekan macam mana?' 

'Syaaaaa!! ma salah tekan ni. Cuba ajar..' 

'Ayaaaaaaaaa. Nak taip mesej ni guana?' 

'Ni ada orang call. Nak angkat macam mana? Tolak tepi ke tekan gitu je?'

Serius masing masing pening kepala nak melayan. Pernah haritu, last aku pegang phone ma. Entah waktu dia nak taip mesej, tetiba keluar yang macam 'dictionary' tu. Ma sibuk bising 

'Rosak dah telefon ma. Guana lah boleh jadi gini... tasha lah akhir pegang phone ma blablabla'

Waktu tu aku macam nak tergelak. Hal kecil jadi ke besar pulak. Benda boleh settle. 
****

KISAH 1

Contoh macam hal selebriti. Aku tanya ma.. 

'Ma, dah tahu ke ada seorang artis tu, anak dia meninggal?' 

'Oh ma tahu dah. Anak dia kan sakit dari kecik lagi.' 

'Eh macam mana ma tahu?' 

'Hmmmm.. ma tengok dekat facebook.' 
___________________________________________
Semalam, dekat kedai makan. Tengah tengok cerita Rindu awak 200% 
Sambil aku cakap seorang.. 

'Bila lah dia boleh tahu Zil ni kerja apa. Haih mesti dia terkejut nanti..' 

Tetiba ma dekat sebelah, menyampuk.

'Ohhhh nanti dia tahu lah.' 

'Laaaaa, ma tahu dekat mana?' 

'Ma baca dah semalam dekat status facebook. Nanti perempuan tu tahu...' 

Allah huakbar. Modennya mak aku ni. Menda menda kita tanya dia, mesti dia tahu dulu. 

KISAH2

Kitaorang adik beradik pening kepala nak layan. Serius. Makin lama, makin style mak aku ni. Dulu, pakai bawal.. ikat kat leher je. Sekarang, dalam bilik dia dah gaya macam gudang tudung fareeda.
Alkisah.. haritu aku sengaja usik mak aku. 

'Maaaaa, wedding long nanti jomlah pakai wideshawl.'

'Tak nak lah. Ma nak pakai turban.' 

Gulp! Terkejut.

KISAH3

'Syaaaaa.. ma rasa macam nak pakai lens warna warna lah....' 

Gulp! pengsan. 

'Laaaa.. ma nak pakai warna apa?' 

'Nak warna terang terang. Biar orang nampak dari jauh.' 

'Hijau lah lawa. Pink lawa juga.' 

'Tak naklah. Ma nak warna biru terang.' 

'Hmm yelah ma. Nanti kita beli' 

Tetiba malam raya tu..... gegar rumah. 

'LAAAAAA.. siapa suruh beli warna ni? Tak terang! Ma tak minat hijau..'

KISAH4

'Sya, ada tak yang jual spec dekat online?' 

'Ada je maaaa. Kenapa?'

'Ma ingat nak spec besar besar sikit.' 

'Laaaa, ma nak gi mana pulak pakai spec gitu?' 

'Heeee, ma nak pakai waktu long kahwin nanti. Nanti kan panas, ma ingat nak pakai spec.' 

Gulp! 

KISAH5

Waktu tu bulan puasa. Berbuka. 

'Syaaaaaaa, makan lah ni ma penat masak. Sedap tau!' 

'Eh laaaa ma buat rupanya.' 

'Yelah ni percubaan tau. Ma tengok resepi ni dekat google.' 

Gulp!

Tiada ulasan: