Khamis, 31 Julai 2014

Kenapa comel sangat?

Kalau boleh kan, memang aku nak cerita macam macam. Paling aku suka sekali, Haziq ni comel sangat. Walaupun cara dia kadang kadang buat aku sakit hati.. tapi lama lama aku macam dah terbiasa. Dia jenis layan gf macam kawan baik. Ini serius. Kali pertama jumpa bf yang sporting, romantik dalam diam ekekeke pastu paling aku suka waktu bercakap depan depan. Pandangan mata dia tu menikam jantung. Senyuman dia sebiji macam Marissa! Tengok je gaya dia macam sombong, pendiam.. tolong jangan percaya. Dia kuat usik orang lebih lebih lagi dengan gf! Dia bukan macam orang lain sibuk panggil gf dia sayang, hari hari mesej. Tapi Haziq ni jenis macam panggilan sayang dia tu terhad. Kita pun sibuk duk tunggu..

'Mana sayaaaaaang dia? dia tak sayang aku ke?' 

Serius gatal gila aku. Lempang Tapi setiap orang pun akan rasa macam apa yang aku rasa. Tak hairanlah. Yelah, bf tak panggil sayang.. layan kita macam seorang kawan. Mestilah kita asyik tertanya tanya dia masih anggap kita gf ke? Takut juga tetiba perasaan sayang tu berubah. Pernah haritu entah macam mana mood aku tak betul, sebab em Haziq tak reply text aku. Lepastu waktu aku sengaja kata 'Nak tanya sikit boleh?' dia terus reply. Macam manalah aku tak terasa kan. Tadi tak reply. Waktu aku kata nak tanya, dia terus reply lelaju. 

'Awak rasa kan, kita patut jadi kawan ke?'

'Mana saya tahu' 

(Sabar. Waktu tu aku dalam kereta. Air mata nak keluar dah)

'Entah lah. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam, kita dah berubah sikit' 

'Ye saya tahu. Semua orang berubah.' 

Air mata aku waktu tu dah keluar. Sedih weiiiii T__T

'Kalau macam tu, awak sayang saya tak?' 

'Mestilah sayang. Mana pernah tak sayang' 

(nangis lagi. Sebak muahahaha) 

'Kalau sayang, kenapa saya rasa em awak dah tak macam dulu?' 

'Maksud awak?' 

'Tak ada apa apa lah. Lupakan'

Tetibaaaaaaaaaaaa....

'Awak okay? Pelik je malam ni.' 

'Maaflah mood tak stabil' 

'Gi makan ice cream. Chocolate. Zaiyanna kan suka chocolate' 

Waktu tu aku geleng kepala sambil ketawa berguling berguling. Haih haziq ni. Fara kata, mungkin sebelum ni, Haziq tak sedar yang dia dah berubah. Dia rasa, tak ada apa apa pun jadi macam biasa biasa. Sebab tu aku fikir, setiap orang ni dia ada cara tersendiri. Aku mula faham. Sebab tu orang kata, buat sesuatu tu kena fikir dulu. Berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Kang bertindak melulu macam tak faham bf kita macam mana.. kita rasa bosan tak dilayan macam gf lain, kita pun minta break. Haih, jangan lah fikir kesenangan sendiri je cik kak oiii. (peringatan buat diri sendiri) 
Aku selalu kata nak itu lah nak ini lah, kekadang marah juga haziq reply lambat. Tapi disebalik tu kita tak tahu bf kita tengah busy. Dia bukan main sorok tak nak bagitahu kat gf dia yang dia busy sebab dia tak nak gf dia sunyi. Betul kata Ainnur. Bukan setiap masa bf tu nak hadap kita je. Dia pun nak buat kerja lain. Kena lah faham. 

Tiada ulasan: