Isnin, 2 Jun 2014

#Ke tuisyen ke kita part 3 (full)

2/06/2014
Salam loves! Okay mari kita sambung.
Balik dari tuisyen, aku macam serius tak boleh nak study. Asyik terkenang kan Haziq.(puih haha)
Bayangkan lah aku minat dia sebelum ni dan dia dah lah muka sombong, langsung tak pandang perempuan tetiba datang dekat aku malam tu. Serius terkejut tahap cipan. Naak nangis iols T___T Boleh pulak dia datang dekat aku yang serba tak okay ni. Dah lah aku tak cantik, dia pulak berupa. Sob sob sob.
Rasanya malam tu aku tunggu dia add aku.  Macam bengong je aku malam tu sambil pandang phone. Tetiba lama lama sikit, muncul 'request'
Lepastu dia tegur aku tau. Dia kata 'hi!'
Aku pun reply lepastu em lama lama tu aku rasa bosan.

  'Bosan nya mamat ni.'
 ---------------------------------------------
sebelum ni memang aku tanya Nabihah (ex haziq) tentang Haziq. Dia kata em Haziq ni jenis macam bosan sikit. Cakap pun sekadar macam hal penting je. Bosan sangat tapi dia baik. Lepastu Nabihah kata Haziq ni selalu reply text lambat.
Aku pun macam tergelak. Oh gitu.

----------------------------------------------
Lama lama tu tetiba Haziq dan aku, diam. Macam masing-masing sombong. Tiba tiba 14.04.2014 birthday dia!
Macam mana aku tahu?
Sebab dekat wechat dia, dia siap macam tukar nama sendiri kepada tarikh '14.04.2014'
Aku ni jenis macam em suka wish birthday orang biarpun aku tak kenal orang tu.
Pecah rekod zaiyanna yang text Haziq!
Aku tanya lah

'Birthday awak ya hari ni?'

'Aah.birthday saya blablablabla'

'Ohh happy birthday!'

Mula daripada haritu kitaorang macam rapat rapat dan rapat. Ternyata apa yang aku anggap selama ni salah. Haziq tak macam Nabihah cakap kan. Haziq layan aku dengan baik. Dia kelakar. Jenis suka layan aku mengarut. Dan tak bosan pun! Lama lama tu macam em dia luah kan perasaan dia. Dia cakap dia ada crush blablablabla. Lepastu aku pun macam lain macam dah ni. Lepastu dia kata em...

'Kali pertama nampak awak, saya macam tetiba suka.
Daripada awal awak masuk tuisyen lagi.'

(Iols pergi tuisyen, pakai bedak sejuk semangkuk. Boleh pulak Haziq kata gitu.Haih)

Aku pun macam sedikit ragu ragu. Tapi serius aku nampak kejujuran Haziq. Okay kita sama sama tengok ya. Haziq ni lelaki. Sesetengah lelaki, ego dia tinggi melangit mengalahlahkan ketinggian Klcc. Apa salahnya kalau dia berkenan kat perempuan tu, dia boleh je minta wechat id perempuan tu dekat kawan kawan dia. Kerja mudah kan.

Aku pun tanya haziq kenapa tak minta je wechat id aku dekat kawan kawan dia?
Lepastu dia kata em,

'kalau dah suka, kena lah usaha sendiri'

Nampak kan usaha dia! Aku macam ragu ragu sekali lagi.

'Serius hati dan perasaan tak boleh dibuat main. 
Saya takut nak terima awak. Saya fobia.
Saya tak nak awak buat saya macam awak buat dekat nabihah.'

Haziq macam ada benda dia sorokkan daripada aku tapi akhirnya terbongkar. Dia terlalu setia pada hubungan persahabatan. Macam ni.

Contoh lah.
(Nabihah) suka kawan Haziq, (Abu)
lepastu Abu tak suka Nabihah. Sedangkan waktu tu Abu suka kawan Nabihah.
Abu pun macam dah tahu Nabihah suka dia, dia pun suruh Haziq ambik Nabihah.
Serius tak patut diaorang buat macam ni. Hati dan perasaan tak boleh di-bahagi bahagi.
Lepastu Abu macam selalu paksa Haziq. 'Wajib terima nabihah!'
Akhirnya, Haziq macam terima Nabihah walaupun tanpa perasaan cinta.

Jadi aku bebel lah.Berkawan tu biarlah berpada pada. Jangan sampai kawan pijak kita.
Blablablabla serius aku marah gila waktu tu. Marah Haziq sebab pertama, terima nabihah tanpa perasaan cinta. Kan dah mainkan perasaan orang namanya. Yang kedua, sanggup keringkan hati berdepa dengan nabihah biarpun hati tak suka.
Aku ada tanya Haziq, takkan selama couple dengan nabihah, dia langsung tak ada perasaan cinta? Dia kata tak ada. Weh macam tipu je. Nabihah tu aku tengok okay. Takkan em Haziq langsung tak suka nabihah? Ini pelik :3

Aku tanya haziq,

'Kenapa kena rahsia kan semua ni? Awak tahu tak semua orang kata awak playboy! 
Dan semua salahkan awak.'

'Alaaa biarlah. Mulut orang. Saya cuma bagitahu awak je rahsia ni.'

Aku macam? ish apa dia ni. Sanggup lihat diri sendiri kena fitnah semata mata dia nak jaga hubungan sahabat dia dengan Abu? Yaallah murni nya hati :/

Kesudahannya, aku macam boleh terima haziq. Slow slow. Dalam proses kenal hati budi masing masing (ceh) Haziq ni jenis jujur, ada pendirian tetap, tak ego, suka dengar cerita aku (pendengar setia bak hang) lepastu dia selalu sokong apa jua cadangan aku, dan selalu nasihat jika ada yang tak kena dengan aku, memahami sangat sangat. Alhamdulillah. Dia juga baik dengan Fara.
Sekarang 2/06/2014. Kitaorang dah kenal 1 bulan 17 hari gitu.
Thanks Haziq :*

Tiada ulasan: