Isnin, 2 Jun 2014

#Ke tuisyen ke kita part 2

02/06/2014
Salam loves!

Haritu baru Part 1 dan itu pun cerita separuh jalan. Malam ni sementara mata pun '50-50', baik semacam.. wifi pun ber-mood baik, apa lagiiiiii aku ambik masa nak luah dekat blog ni jap.

-------- iklan---------

Mula mula aku masuk tuisyen kan, aku okay je tapi bila dah kelas bercampur dengan lelaki, memang aku sebagai perempuan, takkan lah tak ter pandang lelaki. Tipu lah kalau aku cakap aku tak minat lelaki. Kang lesbian pula. Alhamdulillah setakat ni aku normal. Tak percaya cuba check! Saya normal! muahahaha ;D

nyampah

Lagipun kan, dalam kelas aku tu kebanyak-kan nya aku kenal sebab ada yang duduk berek polis juga. Ada yang kenal dekat wechat, fb, etc.
Lepastu lama-kelamaan, aku macam ter minat dekat lelaki ni tau. Dia macam em pendiam gitu. Seriously, aku tak pernah terfikir yang aku akan tertarik pada lelaki yang pendiam. Nampak gaya dia macam cerdik. Aku pun lenyapkan perasaan tu. Bukan aku jatuh cinta tapi aku macam suka cara dia. Dia tak bergaul pun dengan geng Azzal yang bising. Dia macam buat hal dia sendiri.

Tetiba tup tup Aisyah macam duk puji seorang lelaki ni, lepastu odah pun sama naik. Then, fara pun sibuk juga. Aku?

'Tak hensem! Aku sebenarnya, minat lelaki yang pakai spec tu!'

Aisyah?
'oh lelaki tu? Dia ex nabihah!'

Waktu tu aku macam terkejut.

'Yedok? Nabihah mana ni?'

'Nabihah keding tu lah...'

Aku? Hampir pitam. em tak apalah. Lepas aku dapat tahu tu semua, aku macam malas nak usha mamat tu. Biasanya, aku akan pandang dia. Ya  (p.a.n.d.a.n.g)

Kulit dia putih, tinggi lampai, suka bawa beg sandang, mata dia kecil, selalu pakai short pants, pendiam, comel, akan datang lewat jam 8:30 macam tu.

Mata aku secara automatic.. akau pandang muka dia. Tenang je. Tak macam lelaki lain, asyik nak usik/gurau kasar dgn perempuan.

(Aku mmg agak gatal. Ni festaim ya aku tunjuk cara keterujaan seperti itu) 

****

Lepastu waktu tu nak balik tau. Aku tunggu abah ambik.
Aku selalu em berdiri dengan Fara, Aisyah, Odah sambil tunggu parents ambik.

Tetiba aku nampak mamat tu. Aku macam ah biarlah. Jatung dah lari pecut. Dupdap dupdap. Hensemnya..

Tetiba sapa tah fara macam cabar aku suruh tegur haziq
 (Aku tahu nama dia pun sebab haritu dia pakai baju nama 'HAZIQ')
 lepastu aku tak sahut cabaran fara. Aku macam biar lah. Tak nak perigi cari timba.

Waktu tu aku berdiri dekat belakang haziq sambil gelak gelak dengan zoaf.

Lepastu Fara pun balik. Tinggal Aisyah dengan Odah. Diaorang waktu tu tengah duduk. Aku pun pergi dekat Ruhil. Ya ruhil rasanya. Aku selalu konfius ruhil dengan hani.
Lepastu aku cakap cakap dengan ruhil sambil main phone. Tetiba aku macam terkejut. Haziq berdiri depan aku dan ruhil. Cuba teka Haziq kata apa?

*senyum*

'Hai awak!'

Aku dengan mata yang terkebil-kebil, dengan muka blur-nya.. aku buat tak layan lah. Bukan sombong tapi waktu tu haziq macam pandang ruhil. Aku pun sambung main phone. Jantung aku dah dup dap dup dap macam baru lepas lari marathon.
Ruhil macam em senyum sebab Haziq tegur dia!
Aku macam ketepi sikit bagi ruang untuk haziq kenal-kenal ruhil.Dalam hati aku, memang aku tafsir macam macam siap ada kesimpulannya.
'Untung nya ruhil.' blablabla 'Mesti haziq nak ngejas dia' blablablabla
 Tetiba Haziq macam datang dekat sikit lepastu pandang aku sambil buat muka comel dia. Aum hahaha

'Hai awaak!'

Aku?

'Laaaaa tegur aku ke?' (Hanya dalam hati) 
Aku macam pfft yedok mamat ni tegur aku? Terkebil kebil sambil pandang dia. Nak terhempas rasanya phone waktu tu. Berdebar tak terkira.

'Err, hai??????'

'Nak minta wechat id boleh?'

*lompat* (sumpah drama)


'Hah?' (Sambil mulut ternganga)

*dia senyum* Dlm hati dia; blur nya perempuan ni. menyesal aku tegur.

'Nak minta wechat id.'

Aku macam pelik sikit. Orang lain semua dah pandang kitaorang. Aku macam bersalah. Nak bagi ke tak nak? Kang tak bagi, haziq malu. Cakap jelah waktu tu kau memang tengah tunggu dia. Kau kan gatal. Bagaikan orang kena pukau.. kerana renjatan cinta eletrik sang kumbang.................

Lepastu aku pergi dekat Aisyah, odah.
Aku macam ketar-kepala-lutut. Terkejut tahap maut. (hek eleh)
Aisyah dengan odah pun pelik kenapa aku macam tergesa-gesa pergi dekat diaorang.

'Kau kenapa?' (Aisyah)

'Korang nak tahu something?'

'Kenapa?' (Jawab odah dengan aisyah serentak)

'Tadi haziq minta wechat id aku'

'Dah tu kau bagi?' (Aisyah)

(Aku angguk) 'Ya aku bagi.'

'Bodo. Kau tahu tak, Haziq tu dalam masa yang sama dia suka dekat Ateyn lepastu Mue. 
Dia ex nabihah! Nanti dia main-mainkan kau!' (Aisyah)

Aku macam.... !@#$%@#%

'Tak apalah. Kita tengok permainan dia..'

---------------------------------------------------------- serius hampa------
(sambungan part3)

Tiada ulasan: