Jumaat, 7 Februari 2014

Niat untuk membantu

7/02/2014.
Wohaaaa, salam girll! Template blog udah ditukar. Tapi warna ungu dan hijau tetap dihati ya teman-teman ;p kikikiki.Hari ni, sebenarnya nak cerita tentang seorang budak memakai baju uniform taekwando, ber-skirt blue-black-wtf tie-and-white shoes. Kemeja Long-sleeve tu paling tak tahan sekali buat masuk dalam skirt. Skirt pulak atas perut. Memang cun habis! 
Kisah dia begini... *cehwah*
Hari rabu, 5/02/2014 memang macam best je kena tegur dengan cikgu. Itu part paling gua suka. Jangan tanya 'Ko nangis ke tidak?' haaa tahu jelah zaiyanna ni ratu air mata. Sensitif orangnya. Yelah sensitif, kang sebut anak manja terasa pula hati ini :3 
-sediakan tisu sekotak-
Kiranya Ainnur ni dia murid barulah (kawan aku), dia daripada sekolah agama jadi kalau masuk sekolah biasa macam Smk Tengku Afzan ni dia kena ambil ARAB. haa entah tahan berapa lama Ainnur dengan kelas tu. Sekarang dia dah pindah ke kelas lain. Sebab dia kata, kelas tu belajar laju jadi tak faham. 

Aku katalah juga best apa kelas arab ni sebab tak ramai. Ko bayangkan, dalam kelas tu hanya dalam belas-belasan orang je. Itu yang sewonokkkk *hentak kaki* pelajar kelas tu sporting. Semua pelajar asrama. Jadi kehadiran sentiasa penuh. Ainnur ni, sejak dia masuk 3Arif memang tension aku nengoknya. Dulu, kalau mana mana kelas Arif sentiasa kehadiran penuh. Masuk je Ainnur, terus peratus kehadiran menurun. Bhahaha ;p jahat gila aku. 
Sepatutnya ainnur kena masuk persatuan Arab lepastu ustazah kata siapa dengan rela hati nak keluar, bagitahu dan ustazah akan bagitahu kepada guru-persatuan yang kita nak. Jadi, Ainnur pun katalah dia nak masuk KPJ (kelab-pencegahan-jenayah). Lepastu hari rabu hari tu, kami tanya ada tak nama dia dekat kelab tu. Dengan terkejutnya, cikgu kata nama Ainnur tak ada -.- Woi. Terkejut tau! Pergi tanya ustazah, ustazah macam lepas tangan. Siap kata pergi tanya cikgu penyelaras-persatuan. kami? pergi cari lepastu turun-naik tangga cari cikgu.lemak dekat perut semua tertanggal.
 Tetiba cikgu tu marah ainnur. Aku hanya berdiam-diri. Nak tahu cikgu penyelaras tu kata apa? 
'Ustazah tak ada jumpa saya pun? Beginilah, awak nak masuk kelab apa?' 
Ainnur, dengan muka control-ayuuuu nya jawab. 'Kpj, cikgu'
Cikgu pandang aku pula. 'Haaaa awak. Awak kelab apa?'
'Kpj, cikgu.' 
Cikgu dah pandang aku tajam.'Ni kes mengajak kawanlah ni kan dah kesian kawan awak ni. Kpj dah penuh. 45 orang. Jadi sekarang, awak masuk KELAB PENGGUNA. Kelab tu belum cukup seorang lagi.'
_____________________
Lepas dah selesai semua, kes aku pulak belum selesai. Masa aku nak masuk kelas tu, waktu tu persatuan dah mula. Muka aku memang pucat-takut. Sebab pada awalnya aku keluar tanpa meminta izin terlebih dahulu. Silap aku juga -.- 
Aku memang takut gila nak ketuk pintu waktu tu. Aku pun redha jelah. Masuk-masuk, aku hampiri cikgu. Puan Hanoor pulak cikgu displin yang paling digeruni pelajar Smkta. tapi baik sangat! 
Haaaa aku dah gagap. Aku bercakap memang dah gaya tak cukup nafas. Bagaikan tak cukup oksigen.  Berdebauu tu! Cikgu pandang-tajam. 
'Siapa suruh awak jumpa cikgu tu? Nasib baik saya tak buat awak ponteng.' 
Aku menunduk. Silap aku.. 
'Itulah. Kawan biar berpada-pada.. dan nananananananana' macam macam lagi sampai aku dah kecut-perut. Otot semua kejang. Lembik dah lutut.  
Setiap kali aku bercakap, pasti ada ayat 'Maaf' sebab aku tahu aku salah. 
'Laaaaa.. janganlah menangis.' 
Aku? Tutup muka lepastu pergi duduk tempat. Orang lain yang ada dalam makmal waktu tu semua gelak. Ko bayangkann? Hahahaha okay tak lawak. 

Lepastu aku duduk tempat. Kawan aku ni gelak lah. Dannn kata 'Alolololo' 
Damnnnn. Sabar jelah. Aku memang budak berhingus gila lah masa tu nangis depan orang ramai. Memang wayang-free dorang waktu tu!
Cikgu pun usik sambil ketawa.. 
'Laaaaaa, dia menangis ke? *gelak* Nasib baik cikgu tak ajar awak...' 
Satu makmal gelak. Aku tebal-muka malu. 
Aku tengah duduk waktu tu. Cikgu datang dan pujuk aku. 
*Puan Hanoor pegang bahu-usap.* sewik kan? 
'Zaiyanna? Okay?'
Aku? *sengih* 'hihi okayy.' 
Walaupun dalam hati...'Maluuuuuu, cikgu.' 
'meh cikgu nak tengok sikit betul ke okay.' 
Cikgu pandang muka aku. 
AKU PULA SENGIH. 
'Tak tahu lah pulak saya rupa-rupanya ada orang yang sensitif dalam kelas ni. Janganlah menangis..' 
Waktu tu memang tak tahu nak kata apa. Semua orang pandang. Hhahaha manja gila kau zaiyanna! 

Persoalannya: 
'Dah kenapa ko nangis?cengeng boh!' 
'Manja woi! Tak malu ke?' 

Jawapan: 
Aku menangis sebab aku memang takut nak buat kesalahn bila berada dikawasan sekolah. Aku rasa bersalah gila-gila.Tak adalah, aku kata aku tak pernah buat kesalahn. Pernah! Asyik-turun naik bilik kauseling.. kauuuu.  Waktu form1 lah. Bawa novel 'Projk memikat suami'. Hahaha memang kecoh sekolah waktu tu sebab ada budak baru bawak novel kahwinnn. 
Aku memang malu dan aku mudah sangat kecil-hati sebab bukannya apa waktu tu aku cuma niat untuk bantu kawan dan akhirnya aku yang kena. Tak apa. Ujian Allah tidak diduga. Lagipun, aku bantu kawan aku yang berada dalam kesusahan sebab aku rasa macam, macam mana ya? Ermm okay, cuba korang fikir. kawan korang berada dalam kesusahan. Korang pulak waktu tu ada urusan lain. Tapi sebagai kawan, cuba fikir kalaulah kita berada dalam situasi dia mesti kita kalut kan? Nak-nak pulak dalam keadaan seorang-diri. Berkawan ni sebenarnya bukan hanya kawan bila senang, tapi bila susah kena lah saling bantu-membantu. Baru lah sahabat sejati namanya..Betul? sokong?

Tiada ulasan: