Khamis, 6 Februari 2014

Tersengguk-sengguk. bahagian 2

5/02/2014
Salam!
Tadi borak tentang kesyukuran terhadap ilahi lah kot? Haaa malam ni betul betul pasal jalan cerita sebenar. Tersengguk-sengguk. Macam ni ceritanya. Aku ada kawan tau? Nama nak bagitahu ke? Kang orang kata mengaibkan teman sendiri pula. Wakakaka okay tak tak. Aku takkan bagitahu namanya. Aku kata Cik B jelah ya?
Haaaa pernah tak tengok member yang mengatuk dalam kelas sampai dia tersengguk-sengguk?
*tergelak. Siapa yang pernah berada dalam situasi sama dengan aku memang lawak habis.
Senyum sikit sebagai tanda perkenalan.
Aku kan jahat. jadi..... dulu, aku akan baling pemadam dekat si kawan aku ni. Tersentak dia ko. Siann dia. Orang terengganu panggil 'Setok-karong'. Biasanya kalau baca novel, kebanyakkannya guna ayat  terkejut beruk.
Memang dia marah habis dekat aku. Aku, merah padam muka ketawakan dia.

Masa naik form 3 ni aku baik sikit. Bolehlah. Orang yang sama jugak hok tersengguk tu. Cik B. Kalau dia bosan dengan satu subjek, mesti dia akan tersengguk-sengguk. Sungguh ni. Tak tipu. Aku cerita sebab aku dah hafal sangat 'timing' dia. Waktu berangin, waktu tengah hari. Waktu cikgu bersuara lemak-lemak merdu gituuu, timing dia juga. Aku kata aku baik sebab dulu aku baling dengan pemadam. Sekarang, aku tak kata pun aku baling pembaris besi  -.- Aku bersedia dengan 'jari-jemari-runcing' aku je. Bhahaha aku cuma cuit dia. Kekadang aku faham juga, mungkin dia tidur lewat semalam sebab study? Manalah tahu? Cik B ni walaupun nampak je dia gitu tapi dia rajin sangat! Otak Math. Satuuu lagi kalau ada kawan cenggini, kita kena sentiasa fikir positif. 'Mungkin dia solat tahajud kot semalam? Tak apalah.'. Apa salahnya kita fikir macam tu kan? Ni tidak! Ada je nak menambah 'Eleh, mesej dengan kekasihlah tu sampai mengantuk. Pagi-pagi lagi dah mengantuk. Nampak sangat makan nasi lemak pagi tadi.'

Ewah Tak boleh lah gitu.
Kekadang waktu sains. Cik B mengantuk. Waktu tu dekat makmal. Aku akan suruh dia cuci muka bagi segarkan muka sikit nanti mengantuk. Aku pakai spek, jadi aku nampak mana mata cikgu pandang. Aku asyik perasan je cikgu pandang kearah meja kami depan sekali. Aku risau juga. Aku asyik cuit je Cik B. Ada sekali tu memang hanginnn aku tak baik entah jin apa merasuk, waktu tu tengah hari tak silap. Cik B tersengguk-sengguk. Aku? cuit juga. 1-2 kali. Tapi nak masuk 3kali, aku tak larat dah nak kejut. Kang marah pula dia. Aku buat dekkk je tau? bhahahaha jahat gila aku.

Tiada ulasan: