Jumaat, 7 Februari 2014

Bedak sejuk

7/02/2014
Salam ramadhan Jumaat ya teman-teman! ahaks ;p *sengih
Hari ni kan aku nak bercerita tentang Bedak sejuk. Percaya tak kalau zaiyanna kata, zaiyanna pakai bedak sejuk? Serius ni. Bedak sejuk ni elok. Kalau tak elok, tak ada nya produk ni dipasaran. *gelak hantu* Dipasaran bukan bermaksud dekat Giant/tesco ada ya. Muahahaha pengsann hakak casher tu kang. 
'Kaak, bedak sejuk ada tak kak? Nak bedak ketul-ketul tu. Tak nak yang cekelat-cekelat cair tu.' Weh, logik tak ditengah-tengah pasaraya besar ko carik bedak sejuk? -_-' 

Ekceli haritu, sibuklah zaiyanna cari dekat mana-mana kedai jamu jual benda alah ni. Semua kata tak ada. Zaiyanna tahu bedak sejuk ni pun sebab Mok (nenek) ada pakai. Serius, mak abah memang awet muda. Walaupun usia semakin meningkat, rambut walaupun sedikit putih tapi tetap lurus! panjang sangat. Abah kata mok memang jaga rambut dari dulu lagi. Mok, badan kecil je. Lepastu mok rajin, selalu buat kerja rumah macam orang muda lah. Pergi sana-pergi sini. Tetap tak ada sebarang penyakit! Cuma tok ki aje ada masalah teknikal ditelinganya. *wohaaaaa lompaaat bintang. 
Okay, balik kampung tetap tak jumpa-jumpa bedak sejuk ketol ni. Aku memang tension sungguh sampai nak hantuk kepala ni dekat dinding. Memang kalau balik kampung, aku selalu suruh abah berhentikan kereta dekat kedai runcit dikampung. Semata-mata nak cari bedak sejuk. Yang ada nya, 
bedak sejuk yang warna-coklat-cair. Alaaa, gaya dia macam foundation-calit-calit, sebelum pakai bedak compact tuuuuu haaa ;p 
Aku tak berminat. Dengan hampanya, masuk kereta. Kakak aku memang sibuk gelak sakan. Apa yang lawaknya pun aku tak tahulah. 
Dia ejek aku tau? dia kata aku macam orang tua pakai bedak sejuk! 
Aku tulikan telinga. Nanti kalau aku putih macam Snowhite, mahunya berputih mata dia. *niat-jahat* 

Satu lagi, ketika aku beli barang sekolah haritu aku carilah dekat Mydin.. bedak sejuk. Dengar kata blogger yang lain, bedak sejuk ada jual dekat sana. Aku apa lagi. Terus hempas barang, daaann pergi carii. Tanya punya tanya hakak mydin, tetiba dengan hampanya..
(Bedak Sejuk Bunga Tanjung) Bold-kan sikiit. Tak silap aku harganya Rm1.20++
tuh dia.  Baunya sungguh menyengat hidung jambu aku ni. :3
Balik rumah, terus kena nganjing (ejek). Jangan tanya siapakah insan yang mentertawakan adiknya ini T.T
Sob sob. Dia kata, 
aku dah gaya macam orang berpantang/bertuku. Ikat sanggul tinggi, taruk something yang likat-pekat dekat dahi. Weh, agak-agak ah. 
Tapi nak diingatkan, kalau ter-beli bedak sejuk hak ni jangan terlalu kuat tonyoh/sapu dekat muka. Kang sehari-semalam hang tak lalu makan sebab tengok muka dah gaya kena gigit lebah. Merah. Kulit kita ni nipis. Jangan terlampau excited nak putihputih melati, kita dah tak ingat muka kita ni sebenarnya 'alah' juga. Mula-mula zaiyanna pakai memang agak miang plus gatal sebab bedak ni pelik sikit macamm, debu gituuu. Bau dia, jangan ko kata macam bau perfume Chanel. Jauh sungguh bezanya! Seperi langit dan bumi. *Wohaaaaa. 
Saya sarankan sediakan garfu jari-jemari untuk menggaru ;p sekali garu, krukk krukk bunyi dia. Nikmat ohh. 

psst-psst. Yang ni bedak sejuk ketol yang zaiyanna cari selama ni. Nampak aje macam tu tetapi sangat elok! Walaupun muka tak seputih Snowhite, tapi tak apalah bersyukur walaupun hitam-legang seperti arang. 
Masa pakai ni, diingatkan sesiapa yang menghidap sakit jantung/heart-attack diminta jauhi pakai ni. Hang sibuk pakai benda ni, tetiiba bila dah kering hang tengok cermin. Jangankan kata orang sakit jantung, orang yang tak ada apa-apa pun boleh pengsan. Putih dia dah gaya macam snowhite dah haaaaa. 

Tiada ulasan: