Khamis, 28 Ogos 2014

Siapa kata bambam tak boleh bergaya?

Setengah orang tu sampai takut nak bergaya. Ni selalu terjadi kat aku. Sebenarnya perasaan selalu menganggu minda kita. Kang salah gaya, orang gelak. Tapi bagi aku, ada banyak cara untuk atasi masalah ni. Kena yakin yg takda sapa akan tengok apa yang kita pakai. Selalu juga rasa rendah diri bila tengok rakan-rakan yg lain bergaya. Kurus pulak tu. Kaki kecil takda pinggul.  
Gaya tu hak kita sendiri. Buat apa nak malu kita pakai lain daripada yang lain, Pakai pakaian yang orang lain tak pakai? Tak salah kalau kita ber fashion ikut cara sendiri. Ingatlah buruk dimata sendiri, belum tentu buruk dimata orang lain. Kalau bergaya kena dengan cara dia, tak salah pun sebenarnya. Biarlah orang nak gelak. Yang penting, kita berani mencuba. Tak gitu? :) 

Dulu, serius berat aku boleh dikatakn 52kg. Ringan lagi tapi lama lama tetiba lepas amalkan squat, jadi lain pula tubuh ni. Ada shape lah pula -_-'

Bila fikir semula, aku rasa lebih baik aku pakai skirt. Lebih sopan dan nampak feminine (kelip mata) 
Kalau pakai jeans, nampak pulak kaki kita yang tak berapa nak dipanggil skinny ni miahaha 

***
1. Perempuan yg bambam nampak kurus bila pakai baju yang warna gelap. Aku selalu pakai baju warna hitam. Serius nampak kurus jap wei (sekejap jer dapat feeling kurus) Boleh lah perasan depan cermin sampai cermin tu pecah. Try lah pakai semua hitam termasuk tudung sekali. 

'Kau nak berkabung ke weh?'

2. Pakai high heels/wedges kadang kadang buat kita jadi lebih yakin tau. Lepastu kadang kadang dapat buat kita jadi kurus. Serius ni pengalaman kakak aku. Dia nampak kurus dari aku bila pakai high heels. Hebat, kan? 

3. Jangan pakai baju yang ketat sampai sesak nafas, buat orang sakit mata sebab baju yg ketat membuatkan pinggul kita naik. Kadang kadang baju jenis bodycon, buat kita jadi lebih kurus. 

Tiada ulasan: