Isnin, 23 Jun 2014

Ragam budak sekolah

Aku sebagai pelajar, aku tahu. Sesetengah orang dekat sekolah, dia selekeh tapi bila keluar dengan kawan kawan, semua macam terkejut. 

"Biar betul ni Maimun? Dekat sekolah, bapak selenga nya. Haha blur!" 

Haa tu lah orang kata! Don't judge a book by its cover. Sekali ko jumpa dekat bandar, mahunya ko terbeliak biji mata nengok nya. 

Lagipun, buat apa nak pakai lawa lawa. Pergi sekolah je pun. Sekolah aku, semua perempuan. 2-3 orang je cikgu lelaki. Tak ada sapa nak pandang. Jangan perasan ya tasha. Awak tu selekeh ke tak selekeh ke, tetap tak ada yang nak pandang. 
Ada sekali tu aku masuk tandas, ada budak ni nama dia salmah (nama popular) dia siap bawa bedak, lipstik. Amboi kau jah. Siap tonyoh tonyoh lipstik merah jambu dia tu. Apa ke benda nama tu lipglos? Haha ya lipglos! Boleh tahan juga perangai. Keluar dari tandas, tetiba bedak seketul  macam tak lekat betul betul dekat muka. Apa tu orang panggil? Haaa bedak tak dapat serap? Ke apa tah. Haaa bedak tapung! Hahahaha 

*** 
Tak suka beratur! Apa ni tak suka beratur? Aku bukan nak tunjuk baik tapi kesian lah dekat orang yang beratur ni. Apa masalah orang yang tak beratur? Ya aku tahu lambat gila nak tunggu giliran kita dan kang nasi habis. Weh, tak payah fikir diri sendiri. Atas nasib lah. Ada rezeki, ada. Kalau tak ada, mungkin lain kali bahagian kita pula. Bukan apa. Aku dah banyak bersabar tau. Aku jenis macam tak cara tapi bengkak dalam hati. Budak tu tetiba lintas aku nak beli air dekat kantin. Yaallah, tak rasa bersalah ke? Kalau aku kan, aku tak sanggup. Rasa kesian. Kalau betul tak sengaja lintas, apa salahnya tengok dulu orang belakang awak. Kalau muka dia macam "tanda tanya??? dan tandas seru!!" Maknanya betul lah tu awak lintas dia! Ni kalau duduk atas jalan raya, dan bawa kereta tetiba lintas orang mahunya bergaduh atas jalan. Nak nak pulak kalau dua dua keras kepala. 

***
Suka buat hal sendiri. Ya! Student memang gitu. Kalau dia kenal geng dia, dia berkumpul dengan geng dia je lah. Macam contoh nya, orang tu jenis lawa lawa pehtu popular..tengok geng dia dulu! Serupa lah gaya nya. Kekadang aku perhati je ragam ragam orang ni. Setiap orang ada pendirian masing masing dan gaya tersendiri dalam berkawan. Ada geng tu macam rajin ber study group, ada geng tu bising dengan geng dia tapi senyap bila dengan orang lain. Tengok! Macam aku. 

Semua kata aku sombong, blur, nerd, lurus. Tapi dia tahu ke diri kita yang sebenar? Tak kan? Biar lah orang nak kata apa. Asalkan kita jadi diri sendiri. Kita tahu diri kita. Mungkin dengan sesetengah orang, kita berdiam diri tapi percayalah kalau kita betul betul serasi dengan seseorang, kita akan tunjuk perangai yang gila gila. Diri kita yang sebenarnya. Mulut orang, tak boleh ditutup. Kalau diberi kuasa ajaib, mahunya aku letak suis dekat badan setiap orang. Contoh macam orang tu sibuk kutuk kita, kita pun pergi dekat dia dan tekan suis off. Dia pun keras kejung macam ais ketul haha bapak kejam.

*** 
Di alam persekolahan, kekadang kita rasa liat sangat nak pergi sekolah dan sentiasa merungut kenapa wujud sekolah? Kenapa perlu pergi sekolah? Kenapa kena bangun awal pagi? Tapi kita tak tahu semua tu. Dengar cakap aku. Duduk rumah ni sebenarnya bosan lebih lebih lagi jenis keluarga macam aku. Semua kerja. Kalau aku tak pergi sekolah, aku akan muntah hijau sebab bosan. Duduk rumah seorang. Baik pergi sekolah biarpun dalam keadaan sakit. Sebab ada kawan. Sakit pun boleh hilang agak nya tengok ragam kawan kawan kita yang melucukan ^_^ 
Kalau kita rajin pergi sekolah, kalau kita berusaha Inshaallah Allah permudahkan segala urusan kita. Tapi macam aku. Malas betul. Sekarang, perubahan aku mendadak. Semakin teruk. Result periksa teruk, ada E. Ramai kata aku laro (terlalu taksub dengan cinta) tapi percaya lah, tak ada kena mengena pun dengan haziq. Aku faham korang sayangkan aku. Tapi percaya lah silap tu datang pada diri aku sendiri. Silap aku. Aku je malas. Sebenarnya aku dengan haziq tak cara sangat. Kekadang buat hal masing masing. Banyak layan macam kawan baik. Tak selalu text. 

Persoalannya, Yaallah kenapa tak ada kesedaran nak berubah ni? Kang nasi jadi bubur, merana lah ko. Jangan nanti dah menyesal, mula lah merangkak nak cari jalan penyelesaian dan nak patah balik. Wei kalau setakat cakap nak berjaya, nak berubah.. tapi kenapa tak nak berusaha? Nak harapkan takdir? Duduk saja sambil merintih, berdoa. Tapi usaha mana? Kau zaiyanna, reti cakap je.  Pt3 2 minggu lagi. Sempat ke kau nak berubah? Dan sekarang, cuba tengok diri kau. Kau sibuk main phone, goyang kaki, tidur lewat semata mata check instagram tengok baju bagai walaupun duit langsung tak ada.. Harapkan duit mak ayah. Kau langsung tak kesian dekat abah, ma. Abah, ma letak harapan yang tinggi minta kau bangga kan dorang satu hari nanti. Kau berdoa, kau menangis bila  malu dengan Allah, tapi ada ke kau usaha? Bukak langkah baiki kelemahan diri tu? Math kau lemah! Kau sentiasa buat hal kau. Kau buat bijak padahal lemah macam orang tenat. Kau langsung tak sedar semua tu. Fikir hal sendiri! Ego! Malu nak bertanya. Dan tak kesian pada diri sendiri. Apa yang kau nak, semua abah tunaikan tapi kenapa kali ni kau tak boleh tunaikan harapan abah? Satu je abah nak. Abah nak tengok anak yang satu ni berjaya. 
Allah. Permudahkan lah urusan ku :( lembutkan lah hati ku ini. Terangkan lah hatiku. Jauhi lah diriku daripada mempunyai hati yang kotor. Tidak sombong dalam menuntut ilmu. Amin. 

Tiada ulasan: