Jumaat, 20 Jun 2014

Abang dah nak kahwin.

Aku asyik fikir apa perasaan aku bila abang sendiri nak kawen. Aku, lebih rapat dengan long berbanding nyoh sebab long ni jenis gila gila. Kekadang abang aku ni jenis 'kurang kasih sayang' tetiba datang baring sebelah aku waktu aku tidur. Lepastu sibuk mengejek, buat lawak sengal biarpun benda tu tak melucukan. Paling kelakar, bila dia buat muka pondan dan Paling terharu sekali waktu dia buat kejutan waktu balik Malaysia. Sampai je kuantan, dia terus tanya aku nak beli phone apa. Serius! Dari dulu lagi masa dia mula bertugas dekat Lubenan, dia asyik ingatkan aku.

 'Jangan beli phone lagi! Tunggu long balik, baru kita beli.'

Damn mula mula aku tak percaya sebab abang aku ni suka main main. Tetiba Yaallah, dia ajak aku pergi kedai phone! Dan suruh aku ambik Iphone! Aku kata taknak sebab mahal. Jadi aku kata nak samsung je lah. Serius, aku tak pernah terfikir langsung nak pakai iphone sebab masa sekolah rendah, aku macam malas nak fikirkan sangat sebab aku tahu, aku keluarga yang sederhana. Jadi tak mungkin lah aku boleh pakai Iphone. Tetiba kita angan-kan samsung, Iphone datang bergolek.
Sejak abang aku pakai barangan buah Apple sekerat ni, (macbook, ipad, iphone blablablabla) dia asyik buat ayat minta 'ditumbuk'
Satu rumah aku pakai samsung tau! Dia pergi kutuk.

'Kita tak main lah samsung ni. Cepat lack....'

What the heck. Tengok ayat dia! Menyampah uols.Geli ketiak. Lepastu akhirnya, dia belanja aku Iphone5c. Mula mula aku nak pakai Iphone5 tau, tapi abang aku kata baik ambik Iphone5c sebab lain daripada yang lain. Warna dia macam candy nyum nyum! Waktu tu Iphone5s belum keluar! Waktu nak beli 5c, serius konfius tak tahu nak ambil warna apa. Actually, aku minat warna hijau. Hijau lawa gila! Tapi tak ada rezeki. Kuning, merah, biru je tinggal waktu tu. Aku pun macam, hmm tak apa lah. Abang aku macam faham dan dia kata,

'Hijau dah habis lah. Kita beli warna ni je eh..'

Aku pun angguk. Waktu tu beli dalam keadaan tergesa-gesa sikit sebab abang aku waktu tu dia nak pergi sabah.

Dia try pujuk aku. Waktu tu kakak aku pun ada. Diaorang sibuk tunjuk ketiga-tiga warna tu. Tayang -tayang. Aku dah geleng kepala tak tahu nak pilih yang mana. Mula mula abang aku suruh ambik warna biru tapi aku macam tak berkenan sangat. Akhirnya aku suruh abang aku pilihkan warna. Dia pilih kuning! Kakak aku pun setuju.

*** Habis kisah telefon***

Berbalik kepada cerita, aku rasa macam sebagai adik.. manja dengan abang, aku rasa sedih dan berat hati. Kang lepas dia kahwin, mesti dah lupakan aku. Dan manja kan isteri dia pula. (Ayat cemburu) Aku rasa macam abang aku ni kecil lagi. Ingat lagi waktu dia bisul ke apa tah dulu. Siap pakai kain pelikat lagi. Muahahaha aku sibuk duk berhimpit sebelah dia. Waktu tu aku kecik lagi. Dia form 1 rasanya. Aku 4 tahun gitu. Lepastu abang aku macam duduk jauh jauh tak bagi aku tengok 'penyakit dalam kain' dia tu hahahaha aku tanya dia tauuuu.

'Looong, kenapew tuw? Sakit ehh? Adik nak tengok!!'

Macam keling je dulu! Bhahahahaha ;p
 Dulu masa kecil kecil dia malas nak mengaji tau. Baru iqra'. Tak masuk Al-quran lagi. Ma pulak sebagai 'ustazah' kami, jadi long macam selalu ngelat bila ma suruh mengaji sampaikan setiap petang, ma tarik long suruh ngaji. Long sampai nangis nangis tau. Bergolek-golek dia lari lintang pukang. Ma pun rotan dia waktu em salah baca! Sebab tu long macam liat sikit. Ustazah garang ngat. Sekarang,bila aku ingat balik nak tergelak pun ada. Serius, aku tak boleh berpisah dengan abang aku. Waktu dia nak pergi lubenan tu, aku em nangis. Bapak sedih. Kitaorang jenis gila gila,  main kejar kejar dalam rumah lepastu abah bising kekadang pakai mask sesama, share cerita.
Main geletek geletek! Lepastu waktu maghrib! Yaallah, bapak best. Aku macam buat apa entah, tetiba dia lari masuk bilik. Lepastu dia tolak pintu tu kononnya aku tak boleh bukak lah lepastu abang aku pun macam gelak sebab aku tak dapat bukak pintu. Lama lama tu aku macam buat selamba malas layan. Aku atur strategik. Aku masuk dalam bilik air, ambil gayung dan jalaan perlahan nyorok tepi almari, sebelah bilik dia. Waktu abang aku keluar bilik, aku pun simbah air tu ke muka dia!!!! Hahahahaahahahahahahahaha menjerit dia!!! Lepastu waktu aku mandi, dia sibuk tutup lampu. Dan buat bunyi hantu. Waktu tu malam! Bayangkanlah! Bapak jahat.
Waktu aku nak balik kampung, aku teman abang aku memandu. Waktu tu pukul 2 pagi. Sampai Terengganu, jam 5 pagi macam tu. Dalam perjalanan, kitaorang borak tau. Tingkap kereta terbuka!
Waktu tu sibuk pasal 'Ada budak hilang dalam rumah Villa Nabila'
Abang aku pun macam saja nak usik.

'Syaaaaaaaaaa, tu dekat tingkap tu. Nabilla!!!!!'

Aku? jerit.
Yaallah bapak rindu. Lepastu esokkan hari, aku tidur rumah mak cik aku. Aku tidur dengan abang aku dekat ruang tamu. Waktu tu pukul 11 malam. Abang aku sibuk main phone dia. Aku berlebel, bukannya dia nak dengar. Lepastu bila aku sibuk bising bising... tetiba bunyi bumbung macam ada benda jatuh. Aku terus tidur. Nyorok dalam selimut. Abang aku pun macam pandang aku. 'Dah dah tidur!!!!' Balik kuantan, dia ketawa kan aku dan cerita dekat abah, ma, nyoh.

Tiada ulasan: