Lepas dah buat survey apa semua, from head to toes.. aku rasa hidup ini kena sempoi ye. Jgn serius sgt! paling tak boleh terima dek akal, moisturizer yang aku gila gila sgt haritu aku dah tak pakai. Mula mula macam tergamam jap betul ke aku nk stop pkai nano white fresh. Aku pun dgn lipas kudung, duk cari la produk Himalaya kat guardians/watsons sekitar kuantan ni. Punyalah bangang bin abadi, aku lelah cari kat mana mana takdek stock rupanya ada sorang ni pekerja guardian..
'kat sini dah habis stock. apa kata awak pergi tgok kat store dorang? tu kat depan je.'
Ketap bibir aku kat situ. tak tahu nak marah diri sendiri atau simpati. Berdosa sungguh aku pergi maki waktu taknak pakai ada je merata tempat. Bila nak pakailah dia takdenya!
dah settle beli apa semua, pergilah kita ni reward diri sendiri setelah penat berlari berkejaran lupakan segala duka ;p
Sebelum ni rasanya aku ada share pasal produk himalaya ni. Himalaya Purifying Neem Face wash.
Kenapa aku pilih himalaya? sbb ingredients dia sgt bagus untuk muka yg ada masalah pimples, oily skin. feedback pun semua positive. Paling aku yakin sekali bila ada turmeric (bahan yg sesuai untuk jerawat) Memang betul apa yg orang lain pakai jadi lebih baik but sesetengah akan jadi breakout. Tapi tak salah mencuba kan? Ramai dm kat ig cakap pasal 'takut nak tukar produk nanti muka makin teruk'. Yg boleh aku cakap, mencuba tu tak salah tapi kena tanggung risiko. Nak produk ni sesuai dengan kulit mmg it takes time dan duit pun habis banyak. Bersyukurla org yg tak mengalami kulit sensitive! Setakat ni aku dh repeat himalaya ni sebanyak dua kali. aku pakai dari 21/10/2017 haritu. Aku bold-kan, produk ni untuk merawat ye. Bukan untuk putihkan kulit. Masa tu muka tak berapa nak okay, penuh tiny bumps merata. Punyalah serik taknak dah kulit putih. Apa-apa pun aku kena gak rawat jerawt ni dulu. Alhamdulillah, bukan jerawat jenis besar gedabak sampai redness. Aku ajar diri supaya tak stres, jangan mengeluh. Banyakkan minum plain water! Hati serius sebak weh takut merebak banyak gila. Lepas dah pakai himalaya ni, tak okay jugak after 2weeks pakai. Aku macam takpelah, kita pakai lama sikit. Sesungguhnya ni bukan local product 2weeks pakai dah putih melepak macam snow white. It takes time. it takes time. Nak kulit licin kena sabar. lama sikit tu bila muka dah serasi, jerawat makin kurang, tiny bumps dah mula mengecut. Perasan tak aku pakai yang 100ml? Tu size kecik. Aku sengaja tak beli size besar yang harga almost Rm30++
masa beli tu takut takut lagi. Macam tak berapa nak 100% yakin sesuai ke tak. Kalau nk try apa apa produk untuk yg percubaan pertama, digalakkan beli yg kecik or travel pack. Tapi kalau himalaya aku pakai ni ada travel pack dah lama aku grab dan heboh kat korang. Masalahnya, takde! Tekstur dia macam gel. Buat aku falling in love! Rasa licin je muka lepas cuci. (3x sehari) Korang boleh bayang tak punggung bby tu bila kita usap lembut? ha macam tu jgk bila tgh cuci muka tu, urut perlahan lahan secara keatas and bilas. Sumpah best wei!
Contohla lepas aku balik kelas dalam pkul 3 petang macam tu, aku akan cuci muka guna makeup remover. Dah seharian kena habuk apa semua. Lepas dah pakai makeup remover, cuci muka macam biasa, spray muka guna rose water dan sapu muka dgn aloe vera. Malam.. cuci muka lap lap guna makeup remover untuk double cleansing, cuci muka macam biasa, lepastu pakai toner. Kadang aku tukar steps tu, aku pakai aloe vera lepas tido. Mmg kalini muka aku takde buat hal tak sesuai ke apa. mmg okay sgt cara ni. Aku amalkan pemakaian aloe vera kerap gila sebab aku yakin aloe vera ni kita boleh dijadikan sebagai moisturizer serta merawat kulit yang ada jerawat. Kalau aku rajin lagi, pakai clay mask/sheet mask/bedak sejuk. Weekend, rajinkan diri dengan natural remedies.
Second, aku nak share toner paling best setakat ni untuk glowing-kan muka dan pudarkan jerawat. Percaya tak kalau aku cakap, dapat cerahkan jerawat jadi bila org tgok.. takkan perasan yg kita ni ada jerawat. Lama kelamaan, jerawat tu mengecut dengan pantasnya chuols. Aku tahu la bila dh ckp 'pantasnya' zappppppp org terus berminat. Ha tulah korang, aku belum cerita lagi kebaikan dia dah terus berminat. Sabar dulu jgn eggexcited. Okay, produk ni aku dh lama aku survey tapi disebabkan cara dia leceh, aku tak berapa berminat pada awalnya. Bila aku baca feedback orang yg ada masalah muka, semua positive. Aku try gak cari kat mana mana drug stores tapi mmg takde. betul lah produk ni ada dekat sabah/sarawak sahaja. Klau nak beli pun kat tempat kita ni, especially aku terpaksa lah beli online je. Mmg susah sangat nk cari org yg jual. Kalau ada tu korang patut sujud syukur. Mmg produk ni best sgt! untuk pengetahuan korang, produk ni berasal dri filipina. Bolehlah lepasni ber-feeling- Liza Soberano dlm cerita My Ex and Whys. Kahkah.
Eskinol Pimple Fighting. Aku beli harga Rm23 incl postage rasanya. Tak ingat dah. Yang pasti, kalau nak beli.. kena beli dengan orang yg betul ok? Tak sampai Rm30 pun. Toner ni 2in1. Boleh dijadikan toner dan cuci mekap. Tapi satu jela aku nk pesan, aku tak galakkan cuci mekap guna ni naknak pulak kena bahagian mata. Menjerit cari kolam ko nnti. pedih ya tuhan! setengah orang kalau ada masalah jerawat terlampau teruk, boleh tambah Dalacin. Tapi aku ada baca kalau masukkan dalacin dlm eskinol tu takleh tahan lama. Aku kan jenis ikut suka hati janji okay, aku beli Eskinol Pimple Fighting sahaja. Aku tak beli pun dalacin tu sebab jerawat aku dia takde lah teruk mana. Paling best pasal eskinol aku pakai ni, dia boleh glowingkan muka dan hilangkan blackhead. Cara dia senang je anak anak. Lepas cuci muka, pakailah eskinol ni. Jgn guna tangan mahupun kain lap susu tumpah adik. Jangan ya mak tak ajar! Itu ajaran sesat ye. Sebaik-baiknya kita senonoh sikitla guna kapas. Benda senang jgn buat susah ok anak anak? Kita guna kapas kedai 2 hengget pun boleh. Tak kesah janji guna kapas. Masa pakai tu mungkin hidung kau akan jadi kembang kuncup menahan bau dia yg kuat manakala mata kau akan berkelip secara kerap. Bau dia takdelah busuk tapi wangi sikit dari kentut. Takdelah gurau je. Bau dia macam susah lah nak explain. Senang cerita beli sendiri dn bau lah sampai addicted.
Yg aku selalu beli ni dekat instagram @ariantiazahari
(Kalau malas nak taip sgt, dm aku kat ig. Nnti aku send ig dia. Ha kerja senang.)
Yes, dia akan jadi berkilat macam ni. Gmbr kat bawah ni muka tak mekap.
Apa apa sebarang pertanyaan, boleh dm terus kat ig aku @zaiyannazainal
Kalau tanya aku kat komen bawah mmg sah-sah 10tahun lagi aku jawab. Jadi, kalau nak jawapan sepantas kilat.. dm kat ig. InsyaAllah aku balas.
Thanks for reading!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan