Sabtu, 5 Mac 2016

Muka makin teruk lepas stop DNARS


'Apakehel ni yob? Ritu komer suruhnya kami pakei dnars.' 

Perempuan memang tak lari daripada kecantikan. Orang kata, Kecantikan tu subjektif. Sekarang semua sedia maklum, produk kecantikan tempatan macam pisang goreng. Laris! Tak kira yang organic mahupun yang putihkan kulit. Mereka sajikan kita testimoni yang meletop lagi hebat. Kita yang sendu ni termasuklah aku dah separuh nafas simpan perasaan nak pakai jugak! Nak cantik macam orang lain! Nak putih! Tapi aku nak tanya ni, kalau ramai yang kejar nak jadi putih.. siapa akan berkulit hitam? Tu beyonce dgn rihanna tak menangis pun dengan kulit dorang? Kalau boleh diaorang bangga. Kita fikir 'kebaikan' untuk harini tapi tak terlintas langsung 'keburukan' akan datang. (Batang hidung teralih. Sentap mak) Sejak aku dah stop pakai Dnars, muka ni boleh tahan teruk jugaklah. Cuma aku ni comel sikit je dari Dayang Senandung. Heks. Entry sebelum ni aku pernah share Dnars memang terbaik! 10 jari aku angkat kalau boleh semua jari kaki aku nak belanja. Putih gila weh muka aku! (Tapi tunggu! Belum  habis cakap. 'Kalau' compare dgn negro la. Kalau dengan melayu, aku turun kategori ke 100 sebabnya aku bukan putih sgt) Nak masuk 2 tahun aku pakai, Alhamdulillah syukur sangat mujur ada pamoga Dnars =p 

'Mahu kelihatan lebih cantik walaupun dalam masa sibuk dan singkat? 
Atau nak lebih yakin? Pakailah Dnars.'

Pada awalnya, aku tak percaya cakap orang. Ramai cakap dah serik pakai Babies blink, Nour ain, Dnars. Kawan baik aku sendiri, muka dia breakouts teruk lepas stop pakai dnars. Aku sempat berfikir positif, tu muka orang lain. Aku pakai ok je. Setiap orang tu jenis muka berbeza. Dry skin, combination, oily skin (sensitive lah selalunya). Mungkin kita pakai elok, orang lain tidak. Lama kemudian, aku rasa macam eh kenapa aku ni makin banyak jerawat halus? Aku risau gak memula. Tapi takpalah, buat macam biasa lepastu sapu ubat jerawat setiap malam sebelum tidur. Muka jerawat okay lagi. Aku terima dengan hati yang terbuka sebabnya aku tahu, kekadang hormon ni tak menentu. Jerawat senanglah naik. Stres aku baru 30% selebihnya 70% Cikwat ajak member lepak atas muka aku. Tak sopan weh dengan tak bagi salamnya terus serang. T_______T
Tapi yang pelik bin ajaib...kenapa hidung aku banyak bintik hitam seolah-olah setahun aku tak pernah berscrub?! Selama ni kalau stop pakai night cream dalam 5-6 hari, bintik hitam selalulah berkampung tapi idokler banyak. Tapi aku pakai night cream konsisten! Tak pernah lagi skip. Esokkan hari, cabaran kian menjadi jadi. Memang menguji kesabaran mak. Kulit aku jadi gelupas macam sebulan tak minum air. Aku takleh sabar dah. Tanduk setan naik tetiba campur kepala keluar asap. Aku terus bukak twitter dan search 'Dnars'. Bila aku baca dekat twit_kecantikan, memang ramai dah kena macam yang aku rasa. Masa tu mood aku jatuh menjunam weh. Ramai kasi feedback negatif! Waktu tu aku dalam dilema nak stop ke tak. Memandangkan aku tak cukup duit lagi, jadinya dalam 2 minggu jugak aku pakai dnars sementara kumpul duit. Berlagak macam biasa konon tak stres.Dalam seminggu aku buat research produk apa yang elok untuk breakouts, yang sesuai untuk natural muka. Aku memang prepare awal awal. Produk yang sesuai untuk naturalkan muka ialah CETAPHIL, RM22.50, Watsons/guardian/drugstore. Kelebihan dia memang untuk naturalkan muka. Memang elok sangatlah pakai sebabnya tujuan utama ‘kembali ke pangkal jalan’. Lagipun cleanser ni tak ada buih sangat. Sampailah korang habis pakai sebotol tu 250ml, bolehlah bertukar kepada produk yang bersesuaian dengan muka jerawat. Sebelum aku lupa, aku nak ingatkan. Sebelum nak tukar produk baru, pastikan stop pakai apa apa produk untuk rehatkan muka. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Tekankan natural remedies ya! Madu, yogurt, bedak sejuk, aloe vera. Avoid pakai lemon! Pedih muka kang! Aku tak galakkan. Satu lagi, Jangan ‘terus’ pakai produk baru tu sebab takut nanti muka kita terkejut dan terus breakouts. Aku boleh kata, produk-produk yang aku senaraikan ni memang terbaik. InshaAllah tak ada kimia! Setakat ni pilihan aku ada tiga:

1.     Good Virtues.co
2.     Hadalabo
3.     Himalaya

Aku pilih himalaya. Mahal sikitla as a student. Kopak jugak duit bulan ni. Satu pencuci muka dah RM26 weh. Kalau tak elok jugak, aku terpaksa la pakai good virtues.co. Tawakal! Ya! Himalaya ni memang organic. Turmeric! Macam herba! Yang penting, sangat sangat sesuai untuk muka yang sensitive dan berjerawat. Aku agak jakun, ye. Aku ingatkan himalaya ni ada produk shampoo je. Rupanya, tidak. Ada shampoo, mask, pencuci muka dan macam macam la. Aku terpegun jugak nasib baik sempat kuatkan iman. Aku yakin nak pakai produk himalaya sebab ramai kata himalaya ni sangat sangat best dan jerawat mula kecut. Nanti yang seterusnya, aku bagitahu lebih details ya! Untuk yakinkan korang! =)



Yang mana nak tanya, boleh DM dkt instagram @zaiyannazainal

Tiada ulasan: