Jumaat, 11 September 2015

Petua kulit licin, putih berseri

Aku memang beauty-junkie, tapi idok ler cantik berseri macam Snow white. Aku ni kulit hitam setampuk manggis je sebenarnya. Putih sikit je dari Abang Awang hitam kat kawasan sekitar Jalan TAR.Cuma                                                      

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Aku suka belai muka sendiri. T_______T

Tolong jangan peehngsaan.

(Bila nak mula nih?)

Secara basic nya, aku tak pandai mekap. Tapi aku suka baca review orang sampaikan bila aku ingat semula.. boleh jadi satu kamus dewan. Tak naklah share seorang-seorang. Sebelum aku berbedak, aku memang tak pakai bb cream. Kang kelabu-asap pula muka ni. Harini aku nak cerita pasal 'petua'. Aku student lagi, bawah tanggungan makpak. Jadinya, lebih afdal kalau aku guna petua tradisional. Mmg orang kata kalau petua tradisional, hasilnya lambat. Tapi bagi aku, biar lambat asalkan selamat gaisss. Sebabnya produk skrg segilintir besar, ada kimia. Sobbss.Harini aku nak kongsi, petua sebelum mekap. Orang kata kalau nak mekap kekal lama dan nak nampak muka kita glowing je all the day, pakai ice cubes. Alah, mudah je kacang goreng. Message muka dlm 4-5 minit, lap lap muka sikit lepastu dah boleh mula berbedak. (Lebih elok pakai mist spray spray muka tu sebelum nak sapu bedak, gaiss. Bedak lebih tahan lama. Trust me. i pakai Aquara Essence Spray dari Giffarine. RM10++ rasanya. ) Dan kalau nak tahu, ices dapat bantu menghilangkan jerawat dengan cepat. Memang ramailah yang kata, ice ni elok. Negara omputih, selalu campur ais dengan green tea. Lepastu message an ice cube on your face every morning and night. Sebabnya, ice tu mampu juga kills bacteria serta serikan wajah. 

Kebaikan Green tea:
High levels of antioxidants
0 calories 
Calms you down 
Glowing skin
Helps you sleep at night 

Masa tengah goyang kaki tak buat apa apa masa weekend tu, bolehlah buat kerja berfaedah sikit. Aku kekadang kalau datang mood rajin, selalu ber-scrub. Kalau malas nak keluarkan bahan dari peti, aku akan guna product St.Ives yg apricot scrub. Memang ternyata berkesan. Haritu aku pakai yg jenis untuk hilangkan blackhead tu. (blemish control) Tapinya aku pergi watsons area rumah aku, takda yg aku nak tu. Sendu gakla memula tu. Bila aku tertengok yg 'Fresh skin', aku pun beli jelah tanpa ragu ragu. iols prefer yg jenis blackhead tu sebabnya rasa lebih selesa. Tapi memana product St.ives yg scrub, semua untuk hilangkan blackhead dan sel kulit mati la kot. Sebabnya scrub kan, kita message muka. Aku ada buat review pasal produk ni tapi tetiba hilang. Allah T________T



Keistimewaan scrub St.ives
Formulated without parabens
Hypoallergenic
Dermatologist Tested
Non-comedogenic 
Oil-free

Petua untuk buang blackhead: Selain dripd nose strips yg beli kat watsons tu, kita boleh juga guna TELUR 1 BIJI (Ambik putih telur), TISU. Lepas dah kacau putih telur dgn garfu sampai naik buih, ambik satu helai tisu. Lipat kasi tebal. Pastu celup tisu yg dilipat tadi, letak kat bahagian hidung. Langkah untuk 'letak dan 'cabut/tarik' tu sebijik macam yg nose strips. Dalam 35minit, barulah boleh tarik tisu kat hidung tu. Putih telur yang lebih lagi tu, boleh lah sapu dekat muka. Urut perlahan dalam 2 minit secara keatas, gaiss. Lepas siap urut muka, tinggal kejap dalam 40minit. Muka jadi tegang bila lama lama tu. Tapi takpa, nanti lepas dah cuci muka apa semua, muka kita jadi licin gais. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua kedua, licinkan kulit dan buang sel kulit mati.


Aku guna serbuk teh yang belum guna. Boleh je kalau taknak bazir, guna uncang teh yang lepas dah buat air tu. Yang penting, bila guna uncang teh tu.. kena rajinlah kerat dulu pastu genggam serbuk tu, titis air dalam 3 titis asalkan nampak berair dan lembap. Lepas dah siap step tu, boleh lah sapu kat muka macam gaya kita cuci muka. Urut urut perlahan, kat tulang pipi tu.. hidung tu kasi sental sepuas yg mungkin. Secara perlahan-lahan dalam 1 minit. Tinggal kejap, duduk bawah kipas sambil baca novel. Siap 25 minit, dah boleh cuci muka. Muka terasa lembut. Ramai yang mana buat, dapat feedback positif. Kaedah yang sama juga boleh guna untuk gula, ya. Sekurang-kurangnya, pakai 3 kali seminggu =)

Yang ketiga, pakai mask. Topeng muka.




Aku selalu beli dekat Sasa. Tak silap aku 4 RM10. Ke 3 RM10? Tak ingat. Nak lagi murah, pakai brand innisfree. Seriously, elok. Tapi aku ingatkan, sebelum pakai mask atau apa sahaja produk muka, pencuci muka ke apa.. tolong ambik tahu tentang masalah muka korang. Kalau muka jenis berminyak, pakailah mask macam Green tea (untuk tutupkan pori. Selalunya) Timun, pomegranate, tomato, soya. Tengok atas kesesuaian kulit kita. Jangan nanti kulit kita jenis sensitif dan oily.. tetiba sebab nak ikut orang atau kita rasa flavor tu macam wangi.. kita beli yang dry skin. Jangan, gaiss. Walaupun benda ni selalunya kita tak ambik tahu sangat, tapi sebenarnya penting.

Yang keempat, hilangkan jerawat.




Ni aku sendiri tak boleh elak. Kalau mood aku tak stabil ditengah bulan atau hujung bulan, memang banyak betul 'dia' menumpang. Tapi sebenarnya kalau kita rajin dan kena dengan cara dia, InshaAllah hilang. Tawakal. Aku biasa guna kulit kayu manis, hiris hiris kasi jadi serbuk pastu letak air sikit. Lepas dah letak air, kacau kacau sebati. Bolehlah sapu serbuk yg dah dibasahkan tu kat jerawat. Memang pergh, menjerit ko kak senah. Pedih gila gais. Tapi kalau buat berkali-kali, memang jerawat boleh kecut. InshaAllah. Kaedah kedua, aku guna Oxy (Acne pimple medication. Rujuk gambar atas) Tak silap aku, yang aku nampak sebelum ni.. ada 2 jenis oxy. Oxy5 dan Oxy10. Aku fikir logik, aku ni selalunya jerawat kecik. Idokler besar sangat. Alhamdulillah setakat ni pakai ubat jerawat Oxy5, jerawat makin kecut. Yang penting, tak tinggalkan parut. Arahan dah sedia ada. Mudah je pakai.

Kaedah kelima, Guna Minyak Zaitun brand Shurah. Brand lain pun ok. Tak kesah.


Rumah aku tak pakai virgin oil untuk masak. Weols pakai minyak kelapa sawit biasa je. Heheh. Better pakai minyak zaitun yang ori tu lepastu sapu muka. Ada member aku setiap malam sebelum tidur, dia minum minyak zaitun. Pergh. Tapi yang aku cakap, guna minyak zaitun brand Shurah pun ok gak. (Setakat ni ok bagi aku.) Sesuai dijadikan makeup remover sekaligus. Setakat ni aku pakai kat rambut, muka dan cuci daki daki. Seriously elok. Tak silap aku, aku beli dekat watsons. Harga dalam RM8++ rasanya. Alhamdulillah rezeki waktu tu tinggal 1 je. Cepat cepat aku amek dan terus bayar. Heks. Ok girls, setakat ni aku pakai minyak ni Alhamdulillah ok. Ok je haa kalau selain daripada Shurah. Asalkan 'Minyak zaitun plus vit or minyak zaitun' sahaja. Tak kesah.Muka rasa macam licin dan berseri-seri lepas cuci muka tapi a little bit berminyak tapi lepas cuci, lap lap muka. Lembut macam punggung baby uols. Haluihh je rasa.

Keenam, rajinkan diri dan mempunyai kerajinan tahap maksima. Bedak sejuk, weh. Jangan pakai bedak yang cair macam foundation tu. Takkkkk. Yang aku cakap ni bedak sejuk yang ketul ketul. Aku mula kenal 'dia nih' masa aku balik kampung haritu. Pastu gatal nak pakai yang sepupu punya. Eh sentuh muka, rasa licin dan sejuk. Best gila pakai! Lepastu bila balik kampung, selalu jugaklah beli borong buat stock balik kuantan. Sanggup redah hujan semata-mata kerana bedak sejuk. Allah. Tapinya baru aku tahu, kat Mydin pun ada jual. Murah je dalam RM3-RM4 macam tu lah. Kalau takda kat mydin, belilah dekat Kedai jamu. InshaAllah ada. Cara pakai? Mudah je pakai sebelum tidur ya. Ambik dalam 4-5 ketul, pastu letak atas piring kecik, air dalam 3-4 titis (Agak agaklah. yg penting bedak tu jadik hancur lebur), sapu kat muka. Ratakan. Duduk bawah kipas, set alarm selama 30minit. Tunggu kering dulu pastu cuci.

 KELEBIHAN BEDAK SEJUK (credit to: Ayuna Ayuni)


boleh menyejukkan kulit muka

boleh kurangkan minyak pada muka

boleh menyegarkan kulit

boleh mengecutkan jerawat

boleh menanggalkan sel kulit mati



(Kami pakai bedak sejuk brand Flower)

Ketujuh, minum air putih yang banyak. Ni rutin harian aku. Tapi kekadang malas gila rasa nak minum air. Kalau dahaga sangat, barulah minum. Tapinya motif sebenar, malas cuci gelas. Malaun >_< Aku kekadang tu minum air putih banyak sangat.... no wonder lah kerap pergi toilet. Heks. Tapi serius babe, muka terasa lembap. Mak aku selalu pesan, minum air putih banyak supaya kulit ni lembut dan lembap sentiasa. Jadinya korang kalau amalkan apa apa supplement, please minum air yang banyak.  Aku rasa kalau kurang minum air, susah juga nak 'proses penyahtinjaan.'

Apa apa nak tanya, boleh lah komen. InshaAllah kalau ada masa,
saya jawab semua soalan 'Pakai pencuci muka apa.'

Tiada ulasan: