Selasa, 5 Ogos 2014

Kesan dari semua produk

Percaya tak kalau aku cakap, dari kecik hingga ke besar aku ni boleh dikatakan berani mencabar diri guna macam macam produk? Uish kekadang berdebar juga kang baru 20 tahun, muka kedut sana sini. Allah huakbar. Family belah mak aku sebenarnya ada keturunan 'jeragat' tahu tak jeragat? Pls jangan samakan jeragat family aku dengan jeragat comel mat salih luor negara tu ekekeke ;p
Rasanya dekat badan aku ada. Nenek aku, paling banyak jeragat. Ma pulak dekat muka, setakat ni serius banyak juga. Seram aku tengok. Masa kecik kecik, ingatkan ma ada banyak tahi lalat dekat muka.
Dulu, masa darjah 4.. tengok orang dewasa pakai pencuci muka, aku pun sibuk nak try. Curi curi pakai kakak aku punya. Patut lah muka nampak macam orang tua sekarang. realiti beb ko tua tua dari usia. Patutlah orang kata muka aku macam bini orang. Sebenarnya dalam usia aku sekarang, tak patut try macam macam produk. Dulu, terpengaruh dengan iklan. Tetiba tengok model FAIR AND LOVELY pakai tak sampai 7 hari.. kulit sekata, putih berseri. Weiii, hampeh.Aku tunggu berbulan bulan muka takda lah putih mana tapi macam pakai tepung ada juga sampaikan ada member aku tegur..

'Zaiyanna.. awak pakai krim apa? Tu macam bertompok tompok.'

Huwaaaaaa nangeh teresak esak beb. Pagi pagi, tu lah rutin aku picit krim.. pakai. Lepas pakai, belek muka kat cermin. Hari hari boleh dikatakan, macam macam aku zoom in zoom out. Itulah perempuan. Mudah terpengaruh. Semua benda kalau boleh nak cepat aje kesan positif dia. Lepastu guna jalan mudah pakai produk yang ada bahan kimia. Yelah, kimia. Tak sampai seminggu, kulit ko putih berseri. Blackhead segulung yang berkampung dipermukaan hidung tu.. lari berciciran sebab panaaaaaas. Kalau nak lagi cepat muka tu putih mulus macam Emma Maembong, cuba try rendam muka semalaman dalam air clorox. Pasti cantik! Meletops! 

Pernah sekali tu, aku ni biasalah hantu tepon. Semua benda aku nak belek, godek godek. Tengok orang lawa sikit, ada je nak tengok tips kecantikan yang dia kongsi. Nampak aje dia pakai satu set produk tu dengan toner, pelembab, pencuci muka, night cream.. apa laaaaaagi kita serang watsons uols. Habis semua benda berkaitan SAFI kaler hijau aku ambik. Balik rumah, aku sibuk hafal formula mana yang perlu dipakai dulu, mana yang harus diutamakan.. pastu lama lama tak jadi juga. Muka makin berminyak. Minyak tu kalau boleh, boleh masak ikan wei. Nazak dah. 

TETIBAAAAAAA... riuh sekampung pasal produk COSMODERM. Waah, aku sibuk duk hafal fungsi, kebaikan dia. Tangan dah usap perut supaya bersabar. Perut pulak bukan nak faham. Asyik menendang... 

'Beli lah maaaaaaa..... tak kira!!!'

Wah, apa lagiiiiiiii mama pun  survey harga, tengok testimoni nya. Memang waktu tu akan nampak mata aku bersinar sinar. Berangan lah kejap manalah tahu lepas pkai ni, muka jadik flawless macam Kristen Stewart. Muka aku pulak jenis berminyak nak mamp. Jadi, aku pakai yang TEA TREE OIL (TTO) aku beli satu set lengkap. Night cream/moisturizer, Toner, Pencuci muka, ubat jerawat. Sebenarnya cosmoderm ni ada jual dekat Guardian tapi em, setakat benda asas ada lah macam pencuci muka, toner, moisturizer. Jimat juga sebab em, kalau beli online.. kena ADD RM6 utuk postage. (Tolong jimat ya) Lepas dua minggu pakai, muka okay sikit. Tak berminyak sangat cuma, Fara kata muka aku nampak pelik. Kita baru nak bajet divaaaa kembar kristen stewart rupa rupa nya esokkan hari tu aku kena pergi kem uniform dekat pangkalan tldm. Naik bukit,  jungle trekking, berhenti dekat pantai. Aku kemain berlagak ejek budak tu sebab dia pakai sunblock awal awal pagi sedangkan matahari belum naik. Tengah hari, kulit akan mula burn kalau tak pakai sunblock. Ingatkan dapat turun awal rupa rupanya jam 12 tengah hari tu masih dekat pantai. Serius waktu tu aku susah hati. Tak pakai sunblock sedangkan aku bawa. Diri kat atas puncak, beg dekt bawah. Mak aih, balik rumah.. tengok tengok kulit aku terbakar. Terus naik jerawat dekat dahi ni. Aku tarik nafas, cuba tenangkan hati pastu pakai produk cosmoderm macam biasa. tak sampai 3 hari, muka aku naik jerawat banyak lah jugak. Pada asalnya, jerawat dekat dahi tu tak nampak rupa pun. Kecil je. Aku terus macam cadang nak stop pakai. 


Lepastu, aku pernah try produk NEUTROGENA DEEP CLEAN FACIAL CLEANSER. Botol dia macam transparent tapi warna gold gitu. Muka aku berminyak, jadi aku beli yang set tu. Pastu lupa pula, pencuci muka yang picit picit ni sebenarnya cepat abeh. Tahan 3 bulan kalau pandai jimat dan pakai sikit sikit. Yang ni orang kedekut macam aku, memang pakai sikit. Secotet kecil macam duit syiling 10 sen. (Tolong jangan tiru gaya student berkira macam aku) Weh, masa nak beli tu gua tengok harga dia, ya ampun Rm15 hengget ++  Bagi pelajar yang masih dibawah tanggungan mak ayah, memang mahal sangat lah wei. Tapi, kali ni serius muka macam soft gila. Dekat sekolah, biasanya muka jadik berminyak sebab cuaca panas, muka cepat berpeluh. Serius malu takda keyakinan. Berminyak di sekolah membuatkan muka kita macam berkilat. Pls, ramai tanya aku pakai apa kat muka ni sebab nampak berkilat. Haih, jangan gitu. Kau salah tanya orang ni. Lain kali tengok betul betul perbezaan muka berkilat dengan muka berminyak. Kan berbeza tu!
***
 Jadi waktu aku pakai neutrogena tu, muka jadi licin. Dan kurng minyak. Lepas cuci muka pun muka macam fresh. Rasa pipi ni macam pau. Lembut. Tetiba entah macam mana aku stop juga. Kononnya pakai produk ni, kulit tak putih. Berlagak tul. Tapi takkan lah aku nak sambung pakai lagi? Harga macam tu, dah boleh beli topup maxis pastu on internet. (kedekut kan T.T) 

Tak silap aku, aku pernah try produk COLLAGEN PLUS VIT E yang penutup kaler pink tu. Murah dia macam gilaaaa woi 15 hengget sekali dengan sabun kaler pink dia. iols beli dekat kedai sebelah tunas manja beserah. Aku, pelaggan tetap kat situ (tak nak tahu pun) Bekas dia ada 2 biji bercantum gitu. Dia ada tulis Night cream dan Day cream. Weh, tak sampai beberapa minggu.. kulit muka iols gebu gebas sampaikan nampak misai nipis bulu roma haluih atas bibir. (yang pasti aku pompuan) Lama lama, akan perasan yang kulit makin nipis/haluih, muka cepat belang, alah pada matahari, muka keluar urat hijau gitu. Waktu muka aku gila flawless tu, memang seronok sampai nak lompat bintang 68 kali tanpa henti. Tapi kesian, beberapa minggu masa aku mula pakai tu muka aku jadi gelupas dengan teruk. Serius menakutkan tengok muka sendiri waktu tu. Macam  kulit kering, tak minum air masak setahun pun ada sampaikan wajah aku nampak begitu tua. Terserlah faktor usia yang semakin meningkat disitu. Aku mula pakai masa cuti panjang nak masuk form 3 tu. Waktu pergi sekolah, semua akan pandang aku 4-5 kali. Serius weh, gelupas teruk gila. waktu kena air, sakit sangat. Pedih. Lama lama jadi macam, licin. Soft macam punggung bby rasanya kulit muka ni muahahahaha 
****
 Sebenarnya pada asalnya, kakak aku yang ajak pakai. Katanya, elok. kawan kawan dia semua pakai. Lepas aku tengok muka dia bapaklah flawless, putih kemerah-merahan macam blushing gitu..aku terus meleleh air liur dan terus ajak dia pergi beli cepat cepat sebelum habis. Bila dapat tahu haritu bising, produk ni macam ada bahan kimia. Semua macam terkejut. Aku sendiri terkejut. Apatah lagi member member kesayangan ku turut memakainya. Tapi memang terkejut ni boleh dikatakan, rasa nak terkeluar jantung. Mula mula pakai, aku macam ragu ragu sikit. Krim dia macam melekit lekit. Bau macam peliks yg amat. Aku jadi takut bila ramai kata, krim tu macam hakiskan kulit. Siap kata, kalau takda bahan kimia.. kenapa muka kami boleh menggelupas tetiba muncul kulit baru?  Wah. aku cepat cepat stop dan tak pakai dah. Sebab em, kawan aku dia pergi jumpa doktor yang arif soal muka sebab muka dia macam naik banyak jerawat. Doktor tu siap marah dia kenapa pakai produk tu. Bahayaaaa!! 

Menggigil  lutut aku sambil belek muka sendiri. Gila takut. Waktu tu macam, tak kira lah apa nak jadi pun kat muka ni aku rela terima risiko. Pastu muka jadi belang. Muka jadi kembali ke asal. Naik jerawat. Memang lah betul orang kata, kita dah selesa ngan satu produk tu.. muka dah okay, tetiba berhenti secara mengejut. Memang lah muka terkejut. 

'Macam kau gosok gigi la. Cuba kalau tetiba kau pergi melawat kampung orang asli yang sangatlah susah kehidupan dia. Dalam kampung tu boleh dikatakan, kau lah orang yang bergigi putih sebab kau ni orang kaya, datang dari bandar lepastu berhijrah pula ke kampung tu. Bila bangun pagi tu, kau dah resah gelisah. Picit ubat gigi kolget, tak keluar keluar. Pastu nak pergi kedai runcit, terpaksa redah sungai tapi takut pula sebab orang kampung tu kata sungai tu telan ramai mangsa. Ada desas-desus mengatakan sungai tu ada buaya tembaga. Tak apa, kau sabar lagi. Tak berani tanggung risiko nyawa semata mata nak beli ubat gigi kt pekan. Lepastu tanya jiran, diaorang gosok gigi pakai apa. Lepastu tetiba jiran jawab, dia cuma pakai sabut kelapa. Weh, kau orang bandar takkan nak tiru gaya diaorang sedang kan kau tahu sabut kelapa tu datangnya dari mana, pastu fikir juga kang aku pakai sabut kelapa, jijik pulak rasanya. Terlekat pula urat sabut tu kat celah gigi. Nak cabut tu bukan senang. Hilang keayuan nanti. Lepastu lama lama bila stop gosok gigi, gigi kau dah tak seputih dulu sebab kurang digosok.' 

Haaa macam tu juga macam kita pakai satu produk tu, tetiba berhenti mengejut :)

Dekat bawah nanti aku tunjuk gambar aku pakai VIT E. Tak silap aku, dah 3 bulan waktu tu. Lepas stop, memang naik macam biji biji kecil kat muka tu. Blachead yang asal tidak nampak, terus menimbulkan diri. Kulit belang sampai sekarang. Aku bukan apa, bukan nak takutkan orang tapi ni atas dasar pengalaman sendiri. Tapi betul kata abah. 

'Kita pakai produk tu, dah tahu bila stop mengejut muka terima risiko, takkan lah sampai bila bila nak pakai? Takkan nak bergantung hidup pada produk tu sedangkan manalah tahu kulit makin nipis. Kita tak tahu, kita pakai produk tu masa muda ni, elok je. Tapi kesan sampingan dikemudian hari kita tak tahu macam mana kan. Ingat cuci muka setiap hari kulit tak nipis ke?' 






(Semua gambar ni walaupun banyak buruk, tapi percayalah tak edit pun tu. Tu kamera depan iphone 5c)

Tiada ulasan: