Jumaat, 3 Jun 2016

Review: Nanowhite Fresh elok ke?

Jangan pelikla tetiba mood nak menulis aku datang bertandang. Haritu saja singgah watsons nak beli barang sikit tetiba mata terpandang satu objek menarik. Nanowhite Fresh, uols! Aku memang tak sangka dari sanjung gila produk local tetiba turun pangkat. Duit pulak dah tak sabar nak melompat keluar sbb sesak sangat kat dlm. Space kecik. *acah duit banyak sgt*
First time aku tak survey sebelum beli. Memang cari nahas gakla. Duit terbang lagi RM28 posen posen. Tak sampai 30 ringgit pun. Lagipun dia 1set, ada moisturizer, mist (as a toner. sip sip spray fuh feeling fresh sgt!) lepastu face cleanser. Berbaloi wei! Tahan sebulan sebabnya aku ni kedekut jugak sbb guna duit sendiri kan. Jujur sangat pun tak boleh jugak ada yg kena lempang japgi sebab annoying sangat. Tehee. Sampai je rumah, termenung jap.

'Menyesal ke tak?'

Lepas dah beli baru rasa menyesal sebab banyak sangat produk jerawat yg aku beli sebelum ni. Bila fikir semula, ada baiknya aku pakai sebab dah beli. Lagipun feedback, ramai cakap okay sangat especially yg muka oily sebab contains TTO (Tea Tree Oil) Memang sesuai untuk yang ada acne. Macam aku sendiri pun sekarang ni seksa sangat jerawat kecil naik macam ruam. Legalah muka pun Alhamdulillah makin cerah lepas pakai Nano White Fresh. Lepas stop pakai Dnars, mmg muka burn teruk lepastu muka makin lama takde seri. Sebelum ni yakin je nak bergambar lepastu post dekat mana mana. Sekarang jarang sangat dah. i iz malu. T____T 




Face wash: (Nanowhite Fresh Foam Cleanser) 
Foam ni mmg okay untuk oily skin. (correct me if i'm wrong) satu lagi jenis 'mild' mmg sesuai! such as: cetaphil, simple. Not sure la simple tapi mmg brand tu ok jugak. Sebamed pun! Ok sambung. Kalau letak foam cleanser nanowhite ni separuh tiub kat muka, mmg muka kau beranginla jawabnya. Pakai dotdot je. Lepas cuci muka, rasa segar! Dah namanya pun fresh kan. Rasa berangin sbb tea tree oil! Yang penting, wangi sangat bau dia. Muka pun rasa licin!

Mist: (Nanowhite Fresh Miracle Mist)
Fav! Seriously, tak tipu. Lepas cuci muka, aku spray mist ni kat muka. Gila syok! Feeling spray ridset sgt. Dan sangat wangi! Cepat resap kat kulit. Muka pun rasa segar. Sejuk! 

Moisturiser: (Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser)
Ni paling de bomb! i jatuh cinta sangat! Muka tak berminyak langsung bila pakai. Lps dah dapdap kat muka, cepat je resap kat kulit. Lembut je rasa muka ni. Nak apply day cream pun macam best sangat! Aku kasi 5 bintang! Tapi setengah orang pakai macam minyak. Alhamdulillah, aku pakai okay.

Satu lagi aku tak pakai pun scub dengan pimple cream dia. Sebab dah pakai scrub yg St.ivest lepastu pimple cream pulak banyak dah kat rumah. Setakat ni aku pakai Nanowhite selama sebulan, Alhamdulillah okay sangat. Cuma jerawat still ada tapi kulit yang belang ni, makin pulih dan muka terasa licin.

Muka zaman dulu tak pakai bedak dengan sekarang. Jom gelak!
(Sekadar gambar hiasan eheh)

Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal

Tiada ulasan: