Sabtu, 12 September 2015

Kenapa NAR CREAM saya coklat? (Dnars skincare)

Sebelum ni muka aku teruk sangat. Rasa rendah diri weh. Siang malam belek muka depan cermin. Jerawat naik banyak kat dahi ni lepas berhenti pakai Collagen plus vit e tu. 


Astaghfirullahalazim. T_______T


Yes, aku pengguna setia Dnars skincare dan dah 6 bulan pakai, setakat ni Alhamdulillah. Nar cream, day cream, sabun beras. Kalau perasan dalam gambar, aku memang seriously tak pakai toner. Tapi apa apa pun overall tanpa toner pun muka lebih cerah, nampak berkilat bila pakai day cream. Ternyata berkesan lah. Tapi first time pakai, idok ler menjadi terus. Makin hari makin nampaklah perubahan. Jadi, entry aku kali ni aku tujukan kepada semua pengguna Dnars ya. Sebelum beli NAR CREAM, minta dorang check. Tak salah kalau kita take it serious benda macam ni biarlah orang kata kita ni pengguna/pembeli yang cerewet, banyak cekadak and so on. Biasanya kalau aku poket kosong sangat, aku hanya beli individual. Hanya night cream atau lebih tepat nama barunya NAR cream. Kalau duit aku tengah banyak masyuk, aku akan beli 1set. Which is only Rm47.00 INCL GST. Memang agak membazir lah kalau beli individual macam aku sebabnya satu NAR cream= RM20,  Sabun beras=Rm10. Tak masuk dengan DAY cream lagi. Dalam kemungkinan Rm20++ sebabnya setakat ni, aku selalu repeat beli NAR cream. (Cepat sangat habis) Kalau day cream, krim dia banyak sampaikan 3 bulan pun tak habis lagi uols. Haritu nak dijadikan cerita, tetiba Nar cream aku dah habis. Jadi, aku ajak ayah aku pergi beli. Nasib baik kedai tu dekat je dengan area rumah aku. Aku dapat 'Night cream.' Bukan 'Nar cream'. So, takpalah aku amek je. Sampai rumah, aku bukak 'night cream' tu. Betapa terkejutnya, warna tak macam sebelum ni aku pakai. Aku macam ragu ragu. Biar betul warna dia coklat?! Aku terus bukak google dan cari semua agent Dnars skincare. Lepastu tebalkan muka whatsapp dorang, tanya kenapa night cream aku warna coklat. Sebelum ni aku pakai, warna hijau lembut je. 





Nasib baik penjual tu dah kenal aku. Setiap kali pergi, muka ni jugaklah 'Dnars ada?' Nak satu.'
  Haa aku ajak ayah aku pergi tukar. Nasib baik dpat. Rupa-rupa nya, memang betul expired. Warna coklat.

'Habistu awak sempat pakai tak?'dia tanya aku.

'Tak lagi. Fuh alhamdulillah.'

'Nasib baiklah awak belum pakai. Rosaklah muka tu nanti.'sambil dia cari krim lain.

'Awak pakai krim ni jugak ke?'

'Eh taklah. adik saya pakai.'dia jawab. Aku angguk. Bila dah banyak kali dia bukak semua night cream, ternyata banyak yang dah expired dan dia cakap 'mungkin sbb kena panas.' lepastu akhirnya, dia kasi kat aku NAR CRAM. fuh lega warna hijau muda lembut.

Jadinya kepada sesiapa yang berminat nak pakai Dnars, please survery dulu. Memang kita sendiri kekadang tak ambik tahu sangat benda macam nih. Bila dah beli, terus pakai. Ayah aku cakap, susahlah kalau jenis orang yang pertama kali pakai. Kekadang  aku sendiri tanya orang, pakai pencuci muka apa? nampak licin sangat. Of course lah dorang jawab tapi adakah orang akan bagitahu..


'i pakai brand Makhijau, krim warna hijau. Yang expired warna hitam.'

Kita pun apa lagi, terus lah beli dan cari kat mana mana. Jarang orang bagitahu secara details melainkan kita yang betul betul nak pakai ni, akan tanya ni krim dari mana, lulus kkm tak dan lain lain. Saya nasihatkan,  NAR CREAM berubah warna coklat tu EXPIRED.

Jumaat, 11 September 2015

Petua kulit licin, putih berseri

Aku memang beauty-junkie, tapi idok ler cantik berseri macam Snow white. Aku ni kulit hitam setampuk manggis je sebenarnya. Putih sikit je dari Abang Awang hitam kat kawasan sekitar Jalan TAR.Cuma                                                      

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Aku suka belai muka sendiri. T_______T

Tolong jangan peehngsaan.

(Bila nak mula nih?)

Secara basic nya, aku tak pandai mekap. Tapi aku suka baca review orang sampaikan bila aku ingat semula.. boleh jadi satu kamus dewan. Tak naklah share seorang-seorang. Sebelum aku berbedak, aku memang tak pakai bb cream. Kang kelabu-asap pula muka ni. Harini aku nak cerita pasal 'petua'. Aku student lagi, bawah tanggungan makpak. Jadinya, lebih afdal kalau aku guna petua tradisional. Mmg orang kata kalau petua tradisional, hasilnya lambat. Tapi bagi aku, biar lambat asalkan selamat gaisss. Sebabnya produk skrg segilintir besar, ada kimia. Sobbss.Harini aku nak kongsi, petua sebelum mekap. Orang kata kalau nak mekap kekal lama dan nak nampak muka kita glowing je all the day, pakai ice cubes. Alah, mudah je kacang goreng. Message muka dlm 4-5 minit, lap lap muka sikit lepastu dah boleh mula berbedak. (Lebih elok pakai mist spray spray muka tu sebelum nak sapu bedak, gaiss. Bedak lebih tahan lama. Trust me. i pakai Aquara Essence Spray dari Giffarine. RM10++ rasanya. ) Dan kalau nak tahu, ices dapat bantu menghilangkan jerawat dengan cepat. Memang ramailah yang kata, ice ni elok. Negara omputih, selalu campur ais dengan green tea. Lepastu message an ice cube on your face every morning and night. Sebabnya, ice tu mampu juga kills bacteria serta serikan wajah. 

Kebaikan Green tea:
High levels of antioxidants
0 calories 
Calms you down 
Glowing skin
Helps you sleep at night 

Masa tengah goyang kaki tak buat apa apa masa weekend tu, bolehlah buat kerja berfaedah sikit. Aku kekadang kalau datang mood rajin, selalu ber-scrub. Kalau malas nak keluarkan bahan dari peti, aku akan guna product St.Ives yg apricot scrub. Memang ternyata berkesan. Haritu aku pakai yg jenis untuk hilangkan blackhead tu. (blemish control) Tapinya aku pergi watsons area rumah aku, takda yg aku nak tu. Sendu gakla memula tu. Bila aku tertengok yg 'Fresh skin', aku pun beli jelah tanpa ragu ragu. iols prefer yg jenis blackhead tu sebabnya rasa lebih selesa. Tapi memana product St.ives yg scrub, semua untuk hilangkan blackhead dan sel kulit mati la kot. Sebabnya scrub kan, kita message muka. Aku ada buat review pasal produk ni tapi tetiba hilang. Allah T________T



Keistimewaan scrub St.ives
Formulated without parabens
Hypoallergenic
Dermatologist Tested
Non-comedogenic 
Oil-free

Petua untuk buang blackhead: Selain dripd nose strips yg beli kat watsons tu, kita boleh juga guna TELUR 1 BIJI (Ambik putih telur), TISU. Lepas dah kacau putih telur dgn garfu sampai naik buih, ambik satu helai tisu. Lipat kasi tebal. Pastu celup tisu yg dilipat tadi, letak kat bahagian hidung. Langkah untuk 'letak dan 'cabut/tarik' tu sebijik macam yg nose strips. Dalam 35minit, barulah boleh tarik tisu kat hidung tu. Putih telur yang lebih lagi tu, boleh lah sapu dekat muka. Urut perlahan dalam 2 minit secara keatas, gaiss. Lepas siap urut muka, tinggal kejap dalam 40minit. Muka jadi tegang bila lama lama tu. Tapi takpa, nanti lepas dah cuci muka apa semua, muka kita jadi licin gais. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua kedua, licinkan kulit dan buang sel kulit mati.


Aku guna serbuk teh yang belum guna. Boleh je kalau taknak bazir, guna uncang teh yang lepas dah buat air tu. Yang penting, bila guna uncang teh tu.. kena rajinlah kerat dulu pastu genggam serbuk tu, titis air dalam 3 titis asalkan nampak berair dan lembap. Lepas dah siap step tu, boleh lah sapu kat muka macam gaya kita cuci muka. Urut urut perlahan, kat tulang pipi tu.. hidung tu kasi sental sepuas yg mungkin. Secara perlahan-lahan dalam 1 minit. Tinggal kejap, duduk bawah kipas sambil baca novel. Siap 25 minit, dah boleh cuci muka. Muka terasa lembut. Ramai yang mana buat, dapat feedback positif. Kaedah yang sama juga boleh guna untuk gula, ya. Sekurang-kurangnya, pakai 3 kali seminggu =)

Yang ketiga, pakai mask. Topeng muka.




Aku selalu beli dekat Sasa. Tak silap aku 4 RM10. Ke 3 RM10? Tak ingat. Nak lagi murah, pakai brand innisfree. Seriously, elok. Tapi aku ingatkan, sebelum pakai mask atau apa sahaja produk muka, pencuci muka ke apa.. tolong ambik tahu tentang masalah muka korang. Kalau muka jenis berminyak, pakailah mask macam Green tea (untuk tutupkan pori. Selalunya) Timun, pomegranate, tomato, soya. Tengok atas kesesuaian kulit kita. Jangan nanti kulit kita jenis sensitif dan oily.. tetiba sebab nak ikut orang atau kita rasa flavor tu macam wangi.. kita beli yang dry skin. Jangan, gaiss. Walaupun benda ni selalunya kita tak ambik tahu sangat, tapi sebenarnya penting.

Yang keempat, hilangkan jerawat.




Ni aku sendiri tak boleh elak. Kalau mood aku tak stabil ditengah bulan atau hujung bulan, memang banyak betul 'dia' menumpang. Tapi sebenarnya kalau kita rajin dan kena dengan cara dia, InshaAllah hilang. Tawakal. Aku biasa guna kulit kayu manis, hiris hiris kasi jadi serbuk pastu letak air sikit. Lepas dah letak air, kacau kacau sebati. Bolehlah sapu serbuk yg dah dibasahkan tu kat jerawat. Memang pergh, menjerit ko kak senah. Pedih gila gais. Tapi kalau buat berkali-kali, memang jerawat boleh kecut. InshaAllah. Kaedah kedua, aku guna Oxy (Acne pimple medication. Rujuk gambar atas) Tak silap aku, yang aku nampak sebelum ni.. ada 2 jenis oxy. Oxy5 dan Oxy10. Aku fikir logik, aku ni selalunya jerawat kecik. Idokler besar sangat. Alhamdulillah setakat ni pakai ubat jerawat Oxy5, jerawat makin kecut. Yang penting, tak tinggalkan parut. Arahan dah sedia ada. Mudah je pakai.

Kaedah kelima, Guna Minyak Zaitun brand Shurah. Brand lain pun ok. Tak kesah.


Rumah aku tak pakai virgin oil untuk masak. Weols pakai minyak kelapa sawit biasa je. Heheh. Better pakai minyak zaitun yang ori tu lepastu sapu muka. Ada member aku setiap malam sebelum tidur, dia minum minyak zaitun. Pergh. Tapi yang aku cakap, guna minyak zaitun brand Shurah pun ok gak. (Setakat ni ok bagi aku.) Sesuai dijadikan makeup remover sekaligus. Setakat ni aku pakai kat rambut, muka dan cuci daki daki. Seriously elok. Tak silap aku, aku beli dekat watsons. Harga dalam RM8++ rasanya. Alhamdulillah rezeki waktu tu tinggal 1 je. Cepat cepat aku amek dan terus bayar. Heks. Ok girls, setakat ni aku pakai minyak ni Alhamdulillah ok. Ok je haa kalau selain daripada Shurah. Asalkan 'Minyak zaitun plus vit or minyak zaitun' sahaja. Tak kesah.Muka rasa macam licin dan berseri-seri lepas cuci muka tapi a little bit berminyak tapi lepas cuci, lap lap muka. Lembut macam punggung baby uols. Haluihh je rasa.

Keenam, rajinkan diri dan mempunyai kerajinan tahap maksima. Bedak sejuk, weh. Jangan pakai bedak yang cair macam foundation tu. Takkkkk. Yang aku cakap ni bedak sejuk yang ketul ketul. Aku mula kenal 'dia nih' masa aku balik kampung haritu. Pastu gatal nak pakai yang sepupu punya. Eh sentuh muka, rasa licin dan sejuk. Best gila pakai! Lepastu bila balik kampung, selalu jugaklah beli borong buat stock balik kuantan. Sanggup redah hujan semata-mata kerana bedak sejuk. Allah. Tapinya baru aku tahu, kat Mydin pun ada jual. Murah je dalam RM3-RM4 macam tu lah. Kalau takda kat mydin, belilah dekat Kedai jamu. InshaAllah ada. Cara pakai? Mudah je pakai sebelum tidur ya. Ambik dalam 4-5 ketul, pastu letak atas piring kecik, air dalam 3-4 titis (Agak agaklah. yg penting bedak tu jadik hancur lebur), sapu kat muka. Ratakan. Duduk bawah kipas, set alarm selama 30minit. Tunggu kering dulu pastu cuci.

 KELEBIHAN BEDAK SEJUK (credit to: Ayuna Ayuni)


boleh menyejukkan kulit muka

boleh kurangkan minyak pada muka

boleh menyegarkan kulit

boleh mengecutkan jerawat

boleh menanggalkan sel kulit mati



(Kami pakai bedak sejuk brand Flower)

Ketujuh, minum air putih yang banyak. Ni rutin harian aku. Tapi kekadang malas gila rasa nak minum air. Kalau dahaga sangat, barulah minum. Tapinya motif sebenar, malas cuci gelas. Malaun >_< Aku kekadang tu minum air putih banyak sangat.... no wonder lah kerap pergi toilet. Heks. Tapi serius babe, muka terasa lembap. Mak aku selalu pesan, minum air putih banyak supaya kulit ni lembut dan lembap sentiasa. Jadinya korang kalau amalkan apa apa supplement, please minum air yang banyak.  Aku rasa kalau kurang minum air, susah juga nak 'proses penyahtinjaan.'

Apa apa nak tanya, boleh lah komen. InshaAllah kalau ada masa,
saya jawab semua soalan 'Pakai pencuci muka apa.'

Isnin, 7 September 2015

Resepi Spaghetti Sardin Orang Bujang

Harini tiba-tiba je datang mood rajin menulis. Idea pun datang mecurah-curah.'Selamat datang ke rancangan Ketuk Ketuk Jemputlah.' Heks.Setakat resepi mudah tu inshaAllah, aku mampu lagi. Tapi idokler se-profesional Diva AA letopps. Bila aku dah mula ketung-ketang dalam dapur.. abah akan guide aku dan perhati dari jauh. Dalam hati aku...

'I dah besaqq. Rheti jagha diri. Pi lah tengok tivi. Satgi siap lah nie.' 

T_______________T 

Mak aku asyik Ooo mm gee Ooo mm gee (OMG) Takut sangat kita karate kid kan dapur kesayangan dia. Memandangkan aku ni jenis pelupa sebab kurang makan kismis Tok Guru. Nak dijadikan cerita, haritu aku pergi Nirwana. Tekak tetiba teringin spaghetti bolognese, carbonara pastu kek batik. Aku ni kan jenis berkira tahi hidung masin. Kalau boleh, nak benda yang paling murah tapi dapat beli banyak. Disebabkan perangai aku macam ni mak aku bebel. Memanglah murah dan dapat banyak tapi sapa nak perabiskan? Sobbss. Aku hanya mampu menunduk malu. Sebabnya, aku pergi beli spaghetti RM4.90 tapi dalam tu dua paket terus. So aku pikir, murah lah sebab banyak. Bila dah buat dua kali, esok tu ada banyak lagi lebih. Isi rumah ada 4 orang tapinya masak macam nak berjamu 50 orang. Ko ghaser?! 3 hari kemudian, aku rancang-rancang.. buat Spaghetti Sardin jelah. Nak perabis stock katakan. Dah kalau tak masak harini, esok lusa bukannya orang makan. Aku jelah haritu bertekak omputih walaupun berjiwa melayu. Dalam 3 hari jugak aku duk posted kat wechat gambar 3 jenis spaghetti yg aku buat. Mak ayah aku kurang sikit kalau ada cheese ke apa. Sampaikan mak aku cakap, nak masak.. masak je untuk seorang makan. Means, aku jelah yang makan. Kita beli banyak sebab nak makan sesama. Tapi macam tu pulak jadi. Macam haritu aku buat spaghetti bolognese. Setakat masam-manis, takda cheese. Aku ingat bila hari kedua buat tu, abah aku makan. Tapi tak makan sebab daging aku beli tu daging cincang. Sedih iols. Alhamdulillah malam tu perut rasa lapar gila. Gila betul malam malam buta perut minta diisi. Nasib baik abah makan sekali.


Bahan bahan:untuk tiga orang
Spaghetti (Direbus terlebih dahulu dengan sedikit minyak masak dan garam. 
Supaya tak melekat.)

 Satu tin kecil sardin. 

Serbuk lada hitam. (1/2 sudu besar)

 4 ulas bawang putih (cincang halus) 
Separuh 1 bawang besar (potong dadu) 

4 sudu besar sos cili,

Garam, gula secukup rasa. 

Satu biji tomato. (Potong dadu)

1 biji telur. 

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang sambil sambil tu tuang 1/2 sudu besar serbuk lada hitam sampai naik bau semerbak. 
2. Pecahkan sebiji telur dalam kuali. Gaul sampai hancur. 
3.Masukkan tomato yg dipotong dadu tadi dan 4 sudu besar sos cili,  kacau. 
4. Tuang sardin kedalam kuali sekali dengan 'sos' dia.Kacau rata pastu hancurkan isi sardin tu kecik-kecik. Kalau rasa pekat sangat, boleh tambah air suam sikit.
5. Dah boleh hidang, Cuah atas spaghetti. Siap. Mudah je kan sebabnya bahan macam simple dan senang cari. Alah resepi orang bujang asalkan mengenyangkan. =)

Sabtu, 6 Jun 2015

Tips hilangkan bau ketiak

Amboi tajuk, ganas betul.Takpa, rahsia dalam rumah jangan bawa keluar,ye. Tapi untuk manfaat orang lain, apa salahnya berkongsi maklumat. Aku tetiba rasa macam nak share apa yang aku pakai. Akhirnya, dah takda dah masalah ketiak. Heks. Memang seriously, aku tergolong dalam golongan kuat berpeluh. jadi, bila berpeluh no wonder lah baju sekolah kat bahagian tiak tu warna putih sesuci lebaran bertukar kuning air teh tarik. Aku bukan apa. Kita ni perempuan. Malu juga kalau orang asyik pandang baju kita kat bahagian tu  Aih, aku paling tension kalau jenis kawan yang sukahati bangang abadi.. menegur dengan nada sinis.

"Weh.. ketiak ko banjir. 
Sikit lagi nak melimpah."

'Ketiak kau lecak. Geli lah. Tutup sikit wei.'

'Apesal tiak kau kuning tu? Semalaman ke ko berendam dalam kunyit?'

Kita ni manusia kekadang kena sedar diri jga. Dan berpijak dibumi yang nyata. Jenis dapat kawan yang macam tu, memang terabur gigi aku kerjakan. (Garang aih) Bukan apa. Bila kawan jenis macam straight-to-the-point, kita ni jenis yang mudah terasa hati akan terus rendah diri. Kita takda keyakinan dah lepas orang cakap macam tu T__T asyik paksa mak gi tenten, beli baju baru. Ko beli lah baju banyak mana sekalipun tapi kalau asyik kurung dalam bilik sambil menangis bucu katil, tanpa buat tindakan.. sorry lah. Berhentilah bermimpi disiang hari. Itu pesanan tegas dari aku. Nak seribu daya, kena lah usaha sikit kan. Dan yang penting, kena berkorban lah. Sebab apa kena berkorban? Haaa tadi baru pendahuluan. Ni dah masuk huraian1. 

Pernah sekali tu waktu aku darjah 6. Aku memang aktif sukan. aku tak pakai deodorant lagi waktu tu sebab belum tahu sangat isu semasa ni. Miahaha 
Yang aku tahu, aku panggil benda alah tu "Ubat ketiak." ye uols =p
Aku paling terasa hati "angat angat" part kakak aku, dia tetiba suruh aku mandi. Hati aku rasa lain macam. Kenapa pulak dia ni suruh aku mandi. Buang tabiat ke apa?! Masuk dalam bilik air, aku ternampak satu piring, ada kapur makan sireh tu dengan limau nipis. Aku tengok dekat sikit, ehhh apa tu?! 
Aku tanya dia, apa benda tu. Tetiba dia cakap..

"Weh, masa mandi nanti jangan lupa gosok ketiak
 kau dengan benda tu eh." 

Aku blur. Kening berkerut.
 "Hah untuk apaaaaaaa?! Tak nak lah. Buang masa" 

"Pakai je lahhh banyak bunyi pulak kau niii......" (Perangai mcm hitler sebijik) 

Bila seminggu berturut turut aku pakai tanpa tahu fungsi dia, baru dia bagitahu aku kenapa dia suruh aku pakai lepas aku tanya buat kali keeenam.

"bagi elak ketiak busuk" 

OK. BERAMBUS. Kekkeke

Nak dijadikan cerita, sekali tu tetiba aku rasa macam nak berhijrah. aku dah banyak kali tukar tukar deodorant. Sampai satu saat, aku rasa macam nak give up. Mula mula aku pakai rexona, aku rasa ia tak sesuai dengan tiak aku.Pelajar sekolah, kita bersukan lepastu berpeluh. Bila aku pakai rexona.. rasa macam bau dia tak berapa kuat tapinya yang kuat, peluh aku. (Terpaksa cakap) Jadinya bila aku fikir semula, ok tukar lain. Aku pakai jenis roll, brand em Avon. Pls aku nasihatkan, jangan pakai yang roll. Abah aku selalu tegur waktu nak iron baju. Sebabnya baju aku nampak kuning lepastu nak dijadikan cerita haritu tetiba rasa nak tilik badan sendiri. tiak jadi hitam wei T__T sob sob.

Lepastu aku tukar lagi. Aku pakai Nivea. Hmm boleh lah not bad. Tapi bila sebulan pakai, ketiak aku tak boleh terima. Bau tu mesti ada juga. Aku tukar lagi, aku pakai em yang Lady Speed Stick.. beli kat watsons. Aku pakai dalam 2-3 kali. Aku saja test. tak sesuai juga. Aku nangis. Tetiba aku tanya kawan aku, dia pakai deodorant apa. Dia cakap dia pakai Deodorant brand em Nike. Pergh, aku  "berlari" pergi watsons tapi naik kereta lah. Tetiba em outlet kat area rumah aku ni takda stock. Esokan hari tu aku pergi Mydin. tak silap aku, aku pakai yang wrna pink hijau. Ya tuhan, bau dia kuat gila. Tapi aku suka!! Aku dah pakai dalam 5 bulan deodorant tu. Baru aku perasan, ada lagi bau yang best. Aku siap tukar warna ungu putih. Wangi juga yang tu. Sampaikan kakak aku pun pakai. Lama lama sikit, aku rasa macam tiak aku wangi tapi berpeluh lain macam dan tiak jadi hitam. Risau lagi. Lepastu aku rileks jap, fikir dulu. Haritu aku pergi watsons. Hati aku rasa macam nak tengok deodorant tu. Aku pun macam , eh macam best je. Tak salah kalau kita usaha, ikhtiar. Aku pun beli yang Rexona jenis spray, dry powder. hidung aku rasa macam boleh terima bau tu. Dalam 4-5 bulan juga aku pakai. Best!!! Sangat best!! Tahan bau dia. Aku suka!!! Jatuh cinta pandang pertama betul. Kakak aku pun pakai. Sebenarnya aku yang pakai dulu. Bila dia tengok aku pakai, dia pun macam berkenan. Entah macam mana.. ia tak sesuai juga hmm. Tiak jadik hitam dan lama lama sikit, bila aku pakai tu tiak macam tak boleh nak terima. Aku nangis lagi.Lepastu aku try bukak google dan survey. Entah macam mana bila tengok ramai yang kata elok, aku macam dah tertarik sikit. aku macam tengok dompet em takda duit lagi. Aku rasa macam benda tu Rm9++ 

Lepas duit aku masuk banyak haritu, pergh aku apa lagi. Aku pergi watsons sambil nyanyi keriangan dan cari benda tu. Rezeki aku, ada 4 lagi. Tengok harga, tetiba nak pitam. Rm9 aku melayang entah kemana. Depan aku kini, yang kecik je pun dah Rm16.90. Aku senyum pahit. Dalam hati, menangis. Aku dah lah waktu tu nak save duit. Terpaksa juga beli sebab deodorant aku dah habis. Malas pulak nak pergi mydin semata mata nak beli tu je lagipun aku kena pakai urgent. Ok takpa, ambik dulu. Rezeki dimana-mana, duit boleh cari. *Fikir positif* Lepastu aku pergi kaunter.. bayar. Balik rumah tu, aku tak try lagi. Dlm hati rasa macam, 'Bodoh juga aku ni pergi beli benda salt mineral macam ni. Kristal, kang pecah.. buat rugi duit aku je.' Waktu tu, sinis gila aku pandang benda alah tu. Esok tu, aku memang aktif gila tak duduk diam. Kesana kesini bawah cahaya matahari. Aku jadi pelik, ehhh takda bau lah ketiak ni. Rasa macam tak senonoh gaklah cium ketiak depan public. Bukan 'Cium' tapi ambik bau. Alah, cium tiak sendiri takpa. Jangan kau pergi cium tiak Awang hitam. Tapi, ni luar topik sikit. Aku ada baca, bau ketiak lelaki mampu mengurangkan stres wanita. Eh?! Tlg kasi pencerahan. Miahahaha

Ok sambung semula. Bila lepas ambik bau tu, aku rasa benda tu betul betul magic wei. Betul ni, wa cakap sama lu. Takdalah, aku ckp kosong sgt mcm biasa. Ko percaya ke aku ckp kosong? Dah lah aku tulis panjang dah ni. Jgn lupa, beli produk tiak Smelly No more! Aku sengaja tak mandi dalm sehari tu. Sampai esok, tiak aku wangi. Alah, aku terpaksa jujur sebabnya aku nak bantu orang yg ada masalah yg sama macam aku ni. 



Cara-cara pemakaian
Mudah je nak pakai ni sebenarnya. Aku rekomen, pakai lepas mandi.  Tengah nak lap badan tu, basahkan ketulan SNM tu, gosokkan kat tiak dan tak kisah nak gosok kat mana. Contoh, leher. Benda kristal ni mmg semulajadi. Ikutlah nak gosok lama mana sekalipun. Benda tu dengar kata, tahan sampai sebulan lebih. Aku punya ni dah sebulan beli, tahan lagi. Tengok atas pemakaian seseorang individu lah nampaknya. 

Sifat Unik Deodorant Smelly No More
Semulajadi
Menghalang pembiakan bakteria punca utama bau badan
300% lebih efektif daripada deodorant komersial
Hypo-allergenic
Bebas alkohol dan wangian
Tidak melekit dan tidak berminyak
Tidak menggelapkan kulit
Tidak mengotorkan baju
Sesuai untuk golongan lelaki dan wanita


Pek 60gram RM16.90 
Pek 120gram RM24.90 

Selasa, 5 Ogos 2014

Kesan dari semua produk

Percaya tak kalau aku cakap, dari kecik hingga ke besar aku ni boleh dikatakan berani mencabar diri guna macam macam produk? Uish kekadang berdebar juga kang baru 20 tahun, muka kedut sana sini. Allah huakbar. Family belah mak aku sebenarnya ada keturunan 'jeragat' tahu tak jeragat? Pls jangan samakan jeragat family aku dengan jeragat comel mat salih luor negara tu ekekeke ;p
Rasanya dekat badan aku ada. Nenek aku, paling banyak jeragat. Ma pulak dekat muka, setakat ni serius banyak juga. Seram aku tengok. Masa kecik kecik, ingatkan ma ada banyak tahi lalat dekat muka.
Dulu, masa darjah 4.. tengok orang dewasa pakai pencuci muka, aku pun sibuk nak try. Curi curi pakai kakak aku punya. Patut lah muka nampak macam orang tua sekarang. realiti beb ko tua tua dari usia. Patutlah orang kata muka aku macam bini orang. Sebenarnya dalam usia aku sekarang, tak patut try macam macam produk. Dulu, terpengaruh dengan iklan. Tetiba tengok model FAIR AND LOVELY pakai tak sampai 7 hari.. kulit sekata, putih berseri. Weiii, hampeh.Aku tunggu berbulan bulan muka takda lah putih mana tapi macam pakai tepung ada juga sampaikan ada member aku tegur..

'Zaiyanna.. awak pakai krim apa? Tu macam bertompok tompok.'

Huwaaaaaa nangeh teresak esak beb. Pagi pagi, tu lah rutin aku picit krim.. pakai. Lepas pakai, belek muka kat cermin. Hari hari boleh dikatakan, macam macam aku zoom in zoom out. Itulah perempuan. Mudah terpengaruh. Semua benda kalau boleh nak cepat aje kesan positif dia. Lepastu guna jalan mudah pakai produk yang ada bahan kimia. Yelah, kimia. Tak sampai seminggu, kulit ko putih berseri. Blackhead segulung yang berkampung dipermukaan hidung tu.. lari berciciran sebab panaaaaaas. Kalau nak lagi cepat muka tu putih mulus macam Emma Maembong, cuba try rendam muka semalaman dalam air clorox. Pasti cantik! Meletops! 

Pernah sekali tu, aku ni biasalah hantu tepon. Semua benda aku nak belek, godek godek. Tengok orang lawa sikit, ada je nak tengok tips kecantikan yang dia kongsi. Nampak aje dia pakai satu set produk tu dengan toner, pelembab, pencuci muka, night cream.. apa laaaaaagi kita serang watsons uols. Habis semua benda berkaitan SAFI kaler hijau aku ambik. Balik rumah, aku sibuk hafal formula mana yang perlu dipakai dulu, mana yang harus diutamakan.. pastu lama lama tak jadi juga. Muka makin berminyak. Minyak tu kalau boleh, boleh masak ikan wei. Nazak dah. 

TETIBAAAAAAA... riuh sekampung pasal produk COSMODERM. Waah, aku sibuk duk hafal fungsi, kebaikan dia. Tangan dah usap perut supaya bersabar. Perut pulak bukan nak faham. Asyik menendang... 

'Beli lah maaaaaaa..... tak kira!!!'

Wah, apa lagiiiiiiii mama pun  survey harga, tengok testimoni nya. Memang waktu tu akan nampak mata aku bersinar sinar. Berangan lah kejap manalah tahu lepas pkai ni, muka jadik flawless macam Kristen Stewart. Muka aku pulak jenis berminyak nak mamp. Jadi, aku pakai yang TEA TREE OIL (TTO) aku beli satu set lengkap. Night cream/moisturizer, Toner, Pencuci muka, ubat jerawat. Sebenarnya cosmoderm ni ada jual dekat Guardian tapi em, setakat benda asas ada lah macam pencuci muka, toner, moisturizer. Jimat juga sebab em, kalau beli online.. kena ADD RM6 utuk postage. (Tolong jimat ya) Lepas dua minggu pakai, muka okay sikit. Tak berminyak sangat cuma, Fara kata muka aku nampak pelik. Kita baru nak bajet divaaaa kembar kristen stewart rupa rupa nya esokkan hari tu aku kena pergi kem uniform dekat pangkalan tldm. Naik bukit,  jungle trekking, berhenti dekat pantai. Aku kemain berlagak ejek budak tu sebab dia pakai sunblock awal awal pagi sedangkan matahari belum naik. Tengah hari, kulit akan mula burn kalau tak pakai sunblock. Ingatkan dapat turun awal rupa rupanya jam 12 tengah hari tu masih dekat pantai. Serius waktu tu aku susah hati. Tak pakai sunblock sedangkan aku bawa. Diri kat atas puncak, beg dekt bawah. Mak aih, balik rumah.. tengok tengok kulit aku terbakar. Terus naik jerawat dekat dahi ni. Aku tarik nafas, cuba tenangkan hati pastu pakai produk cosmoderm macam biasa. tak sampai 3 hari, muka aku naik jerawat banyak lah jugak. Pada asalnya, jerawat dekat dahi tu tak nampak rupa pun. Kecil je. Aku terus macam cadang nak stop pakai. 


Lepastu, aku pernah try produk NEUTROGENA DEEP CLEAN FACIAL CLEANSER. Botol dia macam transparent tapi warna gold gitu. Muka aku berminyak, jadi aku beli yang set tu. Pastu lupa pula, pencuci muka yang picit picit ni sebenarnya cepat abeh. Tahan 3 bulan kalau pandai jimat dan pakai sikit sikit. Yang ni orang kedekut macam aku, memang pakai sikit. Secotet kecil macam duit syiling 10 sen. (Tolong jangan tiru gaya student berkira macam aku) Weh, masa nak beli tu gua tengok harga dia, ya ampun Rm15 hengget ++  Bagi pelajar yang masih dibawah tanggungan mak ayah, memang mahal sangat lah wei. Tapi, kali ni serius muka macam soft gila. Dekat sekolah, biasanya muka jadik berminyak sebab cuaca panas, muka cepat berpeluh. Serius malu takda keyakinan. Berminyak di sekolah membuatkan muka kita macam berkilat. Pls, ramai tanya aku pakai apa kat muka ni sebab nampak berkilat. Haih, jangan gitu. Kau salah tanya orang ni. Lain kali tengok betul betul perbezaan muka berkilat dengan muka berminyak. Kan berbeza tu!
***
 Jadi waktu aku pakai neutrogena tu, muka jadi licin. Dan kurng minyak. Lepas cuci muka pun muka macam fresh. Rasa pipi ni macam pau. Lembut. Tetiba entah macam mana aku stop juga. Kononnya pakai produk ni, kulit tak putih. Berlagak tul. Tapi takkan lah aku nak sambung pakai lagi? Harga macam tu, dah boleh beli topup maxis pastu on internet. (kedekut kan T.T) 

Tak silap aku, aku pernah try produk COLLAGEN PLUS VIT E yang penutup kaler pink tu. Murah dia macam gilaaaa woi 15 hengget sekali dengan sabun kaler pink dia. iols beli dekat kedai sebelah tunas manja beserah. Aku, pelaggan tetap kat situ (tak nak tahu pun) Bekas dia ada 2 biji bercantum gitu. Dia ada tulis Night cream dan Day cream. Weh, tak sampai beberapa minggu.. kulit muka iols gebu gebas sampaikan nampak misai nipis bulu roma haluih atas bibir. (yang pasti aku pompuan) Lama lama, akan perasan yang kulit makin nipis/haluih, muka cepat belang, alah pada matahari, muka keluar urat hijau gitu. Waktu muka aku gila flawless tu, memang seronok sampai nak lompat bintang 68 kali tanpa henti. Tapi kesian, beberapa minggu masa aku mula pakai tu muka aku jadi gelupas dengan teruk. Serius menakutkan tengok muka sendiri waktu tu. Macam  kulit kering, tak minum air masak setahun pun ada sampaikan wajah aku nampak begitu tua. Terserlah faktor usia yang semakin meningkat disitu. Aku mula pakai masa cuti panjang nak masuk form 3 tu. Waktu pergi sekolah, semua akan pandang aku 4-5 kali. Serius weh, gelupas teruk gila. waktu kena air, sakit sangat. Pedih. Lama lama jadi macam, licin. Soft macam punggung bby rasanya kulit muka ni muahahahaha 
****
 Sebenarnya pada asalnya, kakak aku yang ajak pakai. Katanya, elok. kawan kawan dia semua pakai. Lepas aku tengok muka dia bapaklah flawless, putih kemerah-merahan macam blushing gitu..aku terus meleleh air liur dan terus ajak dia pergi beli cepat cepat sebelum habis. Bila dapat tahu haritu bising, produk ni macam ada bahan kimia. Semua macam terkejut. Aku sendiri terkejut. Apatah lagi member member kesayangan ku turut memakainya. Tapi memang terkejut ni boleh dikatakan, rasa nak terkeluar jantung. Mula mula pakai, aku macam ragu ragu sikit. Krim dia macam melekit lekit. Bau macam peliks yg amat. Aku jadi takut bila ramai kata, krim tu macam hakiskan kulit. Siap kata, kalau takda bahan kimia.. kenapa muka kami boleh menggelupas tetiba muncul kulit baru?  Wah. aku cepat cepat stop dan tak pakai dah. Sebab em, kawan aku dia pergi jumpa doktor yang arif soal muka sebab muka dia macam naik banyak jerawat. Doktor tu siap marah dia kenapa pakai produk tu. Bahayaaaa!! 

Menggigil  lutut aku sambil belek muka sendiri. Gila takut. Waktu tu macam, tak kira lah apa nak jadi pun kat muka ni aku rela terima risiko. Pastu muka jadi belang. Muka jadi kembali ke asal. Naik jerawat. Memang lah betul orang kata, kita dah selesa ngan satu produk tu.. muka dah okay, tetiba berhenti secara mengejut. Memang lah muka terkejut. 

'Macam kau gosok gigi la. Cuba kalau tetiba kau pergi melawat kampung orang asli yang sangatlah susah kehidupan dia. Dalam kampung tu boleh dikatakan, kau lah orang yang bergigi putih sebab kau ni orang kaya, datang dari bandar lepastu berhijrah pula ke kampung tu. Bila bangun pagi tu, kau dah resah gelisah. Picit ubat gigi kolget, tak keluar keluar. Pastu nak pergi kedai runcit, terpaksa redah sungai tapi takut pula sebab orang kampung tu kata sungai tu telan ramai mangsa. Ada desas-desus mengatakan sungai tu ada buaya tembaga. Tak apa, kau sabar lagi. Tak berani tanggung risiko nyawa semata mata nak beli ubat gigi kt pekan. Lepastu tanya jiran, diaorang gosok gigi pakai apa. Lepastu tetiba jiran jawab, dia cuma pakai sabut kelapa. Weh, kau orang bandar takkan nak tiru gaya diaorang sedang kan kau tahu sabut kelapa tu datangnya dari mana, pastu fikir juga kang aku pakai sabut kelapa, jijik pulak rasanya. Terlekat pula urat sabut tu kat celah gigi. Nak cabut tu bukan senang. Hilang keayuan nanti. Lepastu lama lama bila stop gosok gigi, gigi kau dah tak seputih dulu sebab kurang digosok.' 

Haaa macam tu juga macam kita pakai satu produk tu, tetiba berhenti mengejut :)

Dekat bawah nanti aku tunjuk gambar aku pakai VIT E. Tak silap aku, dah 3 bulan waktu tu. Lepas stop, memang naik macam biji biji kecil kat muka tu. Blachead yang asal tidak nampak, terus menimbulkan diri. Kulit belang sampai sekarang. Aku bukan apa, bukan nak takutkan orang tapi ni atas dasar pengalaman sendiri. Tapi betul kata abah. 

'Kita pakai produk tu, dah tahu bila stop mengejut muka terima risiko, takkan lah sampai bila bila nak pakai? Takkan nak bergantung hidup pada produk tu sedangkan manalah tahu kulit makin nipis. Kita tak tahu, kita pakai produk tu masa muda ni, elok je. Tapi kesan sampingan dikemudian hari kita tak tahu macam mana kan. Ingat cuci muka setiap hari kulit tak nipis ke?' 






(Semua gambar ni walaupun banyak buruk, tapi percayalah tak edit pun tu. Tu kamera depan iphone 5c)