Isnin, 7 September 2015

Resepi Spaghetti Sardin Orang Bujang

Harini tiba-tiba je datang mood rajin menulis. Idea pun datang mecurah-curah.'Selamat datang ke rancangan Ketuk Ketuk Jemputlah.' Heks.Setakat resepi mudah tu inshaAllah, aku mampu lagi. Tapi idokler se-profesional Diva AA letopps. Bila aku dah mula ketung-ketang dalam dapur.. abah akan guide aku dan perhati dari jauh. Dalam hati aku...

'I dah besaqq. Rheti jagha diri. Pi lah tengok tivi. Satgi siap lah nie.' 

T_______________T 

Mak aku asyik Ooo mm gee Ooo mm gee (OMG) Takut sangat kita karate kid kan dapur kesayangan dia. Memandangkan aku ni jenis pelupa sebab kurang makan kismis Tok Guru. Nak dijadikan cerita, haritu aku pergi Nirwana. Tekak tetiba teringin spaghetti bolognese, carbonara pastu kek batik. Aku ni kan jenis berkira tahi hidung masin. Kalau boleh, nak benda yang paling murah tapi dapat beli banyak. Disebabkan perangai aku macam ni mak aku bebel. Memanglah murah dan dapat banyak tapi sapa nak perabiskan? Sobbss. Aku hanya mampu menunduk malu. Sebabnya, aku pergi beli spaghetti RM4.90 tapi dalam tu dua paket terus. So aku pikir, murah lah sebab banyak. Bila dah buat dua kali, esok tu ada banyak lagi lebih. Isi rumah ada 4 orang tapinya masak macam nak berjamu 50 orang. Ko ghaser?! 3 hari kemudian, aku rancang-rancang.. buat Spaghetti Sardin jelah. Nak perabis stock katakan. Dah kalau tak masak harini, esok lusa bukannya orang makan. Aku jelah haritu bertekak omputih walaupun berjiwa melayu. Dalam 3 hari jugak aku duk posted kat wechat gambar 3 jenis spaghetti yg aku buat. Mak ayah aku kurang sikit kalau ada cheese ke apa. Sampaikan mak aku cakap, nak masak.. masak je untuk seorang makan. Means, aku jelah yang makan. Kita beli banyak sebab nak makan sesama. Tapi macam tu pulak jadi. Macam haritu aku buat spaghetti bolognese. Setakat masam-manis, takda cheese. Aku ingat bila hari kedua buat tu, abah aku makan. Tapi tak makan sebab daging aku beli tu daging cincang. Sedih iols. Alhamdulillah malam tu perut rasa lapar gila. Gila betul malam malam buta perut minta diisi. Nasib baik abah makan sekali.


Bahan bahan:untuk tiga orang
Spaghetti (Direbus terlebih dahulu dengan sedikit minyak masak dan garam. 
Supaya tak melekat.)

 Satu tin kecil sardin. 

Serbuk lada hitam. (1/2 sudu besar)

 4 ulas bawang putih (cincang halus) 
Separuh 1 bawang besar (potong dadu) 

4 sudu besar sos cili,

Garam, gula secukup rasa. 

Satu biji tomato. (Potong dadu)

1 biji telur. 

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang sambil sambil tu tuang 1/2 sudu besar serbuk lada hitam sampai naik bau semerbak. 
2. Pecahkan sebiji telur dalam kuali. Gaul sampai hancur. 
3.Masukkan tomato yg dipotong dadu tadi dan 4 sudu besar sos cili,  kacau. 
4. Tuang sardin kedalam kuali sekali dengan 'sos' dia.Kacau rata pastu hancurkan isi sardin tu kecik-kecik. Kalau rasa pekat sangat, boleh tambah air suam sikit.
5. Dah boleh hidang, Cuah atas spaghetti. Siap. Mudah je kan sebabnya bahan macam simple dan senang cari. Alah resepi orang bujang asalkan mengenyangkan. =)

Tiada ulasan: