Ahad, 5 Februari 2017

Anak manja abah

Salam! Rata rata member selalu gakla tanya gambar makanan kat ig tu siapa yg layan. Sebenarnya abah. Dia sgt sgt suka aku makan dan gemuk. Sbbnya bila dekat rumah, mmg aku ni kurang makan. Bukan sbb takde makanan ke apa. Weh, mak aku suka masak. Cuma aku ni sejenis yg suka berkurung dlm bilik.  Almaklumlah, adik beradik duduk jauh. Mak ayah kerja jadinya aku mereput jela dalam bilik sorang-sorang. Badan dah lebih kurang mayat hidup. (yeke?)

Aku ni bukan food lover cuma aku suka mencuba padahal dah try sekali belum tentu habis. Jadinya, mmg kehendak banyak. Pantang tengok yg baru mesti nk cuba. Sebab tu bila duit tgh banyak, tak rugi habiskan dkt makanan sbbnya kenyang dan berbaloi. Kalau keluar pun bukan buat apa sgt. Pergi makan je sbnrnya niat dia. Best beb dpt pulak member tak kering gusi jenis otak masuk air. Apatah lagi dapat yg jenis kuat mkan jgk. Syurga oi. Kakak dgn abang aku selalu jgk cakap benda yg sama.


'Kau patut syukur abah layan apa yg kau nak. 
Dulu kitaorang minta apa apa, susah nk dapat.' 

Ya, anak kesayangan abah. Setakat ni Alhamdulillah sgt apa yg aku nak semua dipenuhi. Even dlm keluarga yg sederhana je, tapi abah selalu cuba untuk penuhi kemahuan anak anak. Kdg2 termenung gak, boleh ke aku jumpa lelaki sebaik abah nnti? Yg sabar dgn karenah aku, ragam aku. Abah orang yg pertama paling risau bila aku dah makin dewasa sbbnya dia tahu.. remaja ni bila dh tamat alam brzakh alam persekolahan, makin banyak kehendak dan langkah besar. Nak bergaya, nak keluar dengan kawan-kawan, kebebasan, bergaul dgn ramai orang dan paling utama sekali perasaan ingin mencuba tu semakin membuak-buak. Abah pernah tanya.. 

'Macam mana agaknya dah duduk kolej nnti? Boleh berdikari tak?' 

Sebak. Yelah, aku mmg depends on him. Everything. Dkt rumah ni boleh dikatakan, segalanya diatur oleh abah. Pakaian aku, kejut aku tidur, ajak aku makan, org kanan aku yg selalu bantu, tolong backup klau ma bebel, driver kesayangan, kawan baik, tempat luahan. Kalau dulu zmn sekolah bila org tanya siapa cuci kasut sekolah, baju sekolah, mmg aku jawab jujur. Abah. Dimata aku, abah segalanya. DialahPolis, Dialah abah, Dialah ibu, Dialah housewife. Mmg abah hero aku.
Selalu jgk org yg macam pelik..

'Habistu kat rumah, mak kau buat apa?' 

Mengurus rumah tangga lah. Macam mak kau jgk. Bukan goyang kaki je. Cuma yelah, ma tak berapa sihat jadinya abah selalu tolong apa semua. Tapi yg kelakarnya, mak aku macam ganas sikit dan sangat sangat garang. Bila aku tanya member aku, 'weh aah lah mak aku pun garang.' 

Tiada ulasan: