Jumaat, 12 Februari 2016

Surprise untuk fara dan nini

1 DECEMBER 2015, kitaorang rancang nak celebrate birthday dua kak limah yang disayangi. Sebenarnya birthday fara 28 nov, nini 30 nov. Aku, odah, aisyah, ainnur, dah rancang nak 'tipu sunat'. Kononnya tarikh tu, kakak sepupu odah nak buat wedding of the year tema ala-ala beach wedding penuh dengan fairytales. Kelaass hengko. Pemikiran crew agak penuh dengan fantasi ye. Seumur hidup, kalini lah plan menjadi. Sebabnya aku ni kalau  'penipu tak jadi', semua orang boleh cam sebabnya sekali orang dah acah acah, aku dah ketawa guling guling. Attention seeker sangat. T__T Tapi haritu memang syok gila habis. Ni kalau David Teo tengok lakonan kitaorang, maunya dia nanges teresak-esak. Mula mula suruh fara dengan nini pakai baju warna sama, lepastu pergi lewat sikit memandangkan mereka berdua tu flower girl, wedding mula lambat sebab ada rehearsal. Aku dengan aisyah cuma jaga bahagian dapur. Betapa humble nya tipu sunat kitaorang. Yang peliknya, dorang tak tanya pulak.....

 'Kan dah pakai katering, kenapa korang nak jaga dapur pulak? 
Why korang why!?' 

Kuss semangat. Tapi agak separuh nyawa jugaklah aku bila Fara dengan nini tanya lagi dengan nada pelik....


'Kenapa ajak kita semua? Kan keluarga odah dah ramai.'

Aku, odah dengan aisyah nasib baik rileks, jawab dengan tenang. Tapi aku dah bersedia awal awal kemungkinan fara akan siasat aku. Kenapa? apa? dimana? Mengapa? Berapa? siapa? Jadi, sebelum dia soal aku.. aku dah sedia semua jawapan yang mungkin boleh dikatakan Aras Tinggi. Aku dah kenal sangat si faranabilla ni kalau boleh, nak tahu semua benda tu sampai lubang cacing. Sedalam dalam yang boleh sebagaimana dalamnya cinta Akim dan Stacy  =p

jawapan ringkas, 'Takdelah, kakak sepupu odah saja nak ajak  memandangkan hubungan
kita sebelum ni tak berapa baik. Jadinya, dia ajaklah kita untuk bantu apa yang patut.'

Bila dah semua okay, tetiba pulak Nini takde transport. Ayah dia busy nak hantar. Mak nini pulak cakap kereta rosak. Aku dengan penuh berani campur ketar lutut, mengagahkan diri telefon mak dia. Kecut perut jugaklah tapi apakan daya, aisyah letak tanggungjawab tu pada aku. Gagap jugak mula mula sampai terbelit lidah s tetiba jadi shh. 

'Mak cik boleh je hantar sebenarnya. Cuma mak cik malas nak hantar dia
 jadinya cakaplah kereta rosak.'

Fuh nasib baik mak nini okay. Kitaorang sempat jugak whatsapp sambil hantar emoji lovess. Tanpa pengetahuan nini, ye. Hebat betul mak dia. Aku sengih memanjang sebabnya bila dah sampai kat Taman Gelora, mak dia call. Bila nini tahu mak dia pun join drama kitaorang, apa lagi ketawa sampai tak cukup nafas lah masing masing. Sebelum nak pergi tu, dah list awal awal. Tema warna putih, hitam dan grey. Aisyah handle ballons, ainnur cek tempat campur bawa makanan. Odah pulak, kerja dia bawa fara dengan nini. Aku anggarkan dalam 20++ yang datang. Masing masing dah bayar untuk party terkujat ni. Tapi apakan daya, hanya tiga orang sahaja dapat hadir. Apa-apa pun tq kepada yang dah banyak support dan sumbangkan idea yang beribu-ribu bernas! Yang paling sedih, odah tak dapat join. Tapi apa apa pun, odah jangan sedih sedih. Walaupun dia takde, dia sentiasa berada disisi. Odah jugak dah banyak sumbangkan idea. 

Selama perancangan yang dibuat, ada pergaduhan kecil antara aku dan fara. Bukti? Fara siap beli sandal, baju dia dan nini dekat online. Bukannya murah sandal tu. Aku rasa dia belum beli. Tapi bagi aku, eklusif jugak. Bagi dia.. RM50 tu murah sgt dh. Kalau aku, nak pegang Rm50 pun payah weh. Kira kalau dapat, maunya bersorak, sujud syukur. Untung sungguh dia. Tapi bila aku fikir balik, silap kitaorang jugak sebab suruh dorang pakai baju sedondon. Sebelum nak pergi tu, dorang tanya nak pakai kasut apa. Aku dengan odah...

'Fara, pakai je jeans dan kasut converse. Okay je ha. Kan musim hujan sekarang ni. Kalau pakai sandal, kang tetiba banjir, habis sandal ditenggelami dek arus. Pakai biasa biasa je.'

Ye dorang risau sangat! Fara macam terkejut jugak. Dia cakap kitaorang mengarut sebabnya pergi wedding orang, jadi flower girl pulak tu.. tetiba pakai kasut, jeans.

Jam 2:00 petang, aku dengan Ainnur kelam kabut buat persiapan.. hias tempat. Aku agak selekeh ye masa tu dengan tudung macam mak kiah nak gi pasar, dengan bawa kotak kek lepastu pam basikal satu (untuk pam belon) Sampai je kat Taman Gelora, ayah aku berhenti jauh jugak la. Aku terpaksa joging kejap sambil pakai skirt. Bukan joging ya cuma aku berlari pun sebab takut monyet kejar. Aku siap pegang pam macam nak main besbol weiii. Ekeke. Nasib baik tak hujan. Alhamdulillah. Masa tu aisyah belum sampai sebabnya dia datang pukul 3 petang. Fara dan Nini pulak sampai tepat tepat pukul 3 lebih. Memandangkan aku berdandan terlampau over mengalahkan birthday girls, aisyah dengan ainnur minta aku pergi panggil Nini dengan Fara. Aku risau jugak, aih aku ni tak pandai menipu. Kang aku tergelak, kantoi. Fara bukannya baru sehari dua kenal aku. Dia arif sangat nak tahu yang aku ni tengah menipu. Doa jugak supaya semua berjalan lancar. Akhirnya aku mengalah. Aisyah dengan Ainnur dah bersedia kat belakang pokok sambil nyalakan lilin. Aku yang nak pergi panggil orang, aku yang berdebar. Bila mangsa pertama (nini) sampai, jantung aku ni dupdap dupdap. Masa tu topik borak makin hangat bila aku mula berlakon tanpa segaris senyuman. 

'Nini, awak dah bersedia ke nak jumpa pengantin?'

'Uish atasha, saya tengah berdebar ni. Entahlah.' 

'Awak ingat awak seorang je berdebar? Saya ni berdebar jugak tapi lama lama 
okay je sebabnya family dorang sporting gila.' 

Sambil borak borak kosong, Fara pulak sesat tak tahu jalan. Lama jugak tunggu dia. Makin lama tunggu, makin aku rasa tak tentu arah. Tapi muka nampak rileks. Dalam hati, resah gelisah. Bila mangsa kedua (fara) sampai, aku dah bagi signal kat aisyah dengan ainnur. Dorang dah bersedia. Aku, fara, nini, jalan beriringan. Laju jugak langkah aku sampaikan Kak timah dua orang kat belakang tu tak boleh nak kejar. Macam mana nak  kejar aku kalau mulut sibuk borak..

'Nini, okay ke baju aku ni?'

'Fara, baju aku okay tak?'

'Ish berdebar lah.' 

'Macam mana lah nanti.' 

'Eh atasha, jauh lagi ke kita?' 

'Weh, mana kanopi dorang? Tak nampak pun?'

'Eh atasha, seriuslah. Ada ke takde, kenduri ni sebenarnya?'

Aku jawab ringkas, 'Sikit lagi nak sampai'



Jeng jeng jeng, memandangkan masa tu ramai yang buat birthday party tepi pantai, fara dengan nini macam 'wah bestnya'. Dorang terpegun seketika. Aku sengih bila dah nak sampai tempat aisyah dengan ainnur menyorok. 

'Ha kita berhenti sini kejap. Aku tak larat lah nak jalan.' 

Fara dengan nini macam...

'Eh kenapa?! Kata dah lambat? Tak payah lah berhenti lagi.' 

Sambil tu aku kasi signal kat aisyah dan ainnur untuk ikut langkah aku. Aku tarik tangan fara dengan nini. Dorang macam..

'Eh nak buat apa kat sini sebenarnya?! Eh atashaaa!!!' 




















Tiada ulasan: