Jumaat, 11 September 2015

Masalah Beauty consultant zaman sekarang

Memang seriously aku tak puas hati. Bukan busuk hati dan tutup periuk nasi orang tapi tak senang dan tak selesa dengan setengah 'beauty consultant.' Cara mereka layan customer tu macam, pilih kasih tau. Kejadian ni betul betul terjadi pada aku siang tadi. Sebenarnya dari semalam aku duk google tentang kebaikan loose powder. Aku berkenan betul kat loose powder brand Avon. Mmg banyak review kasi 5stars. Kebaikannya, menutup pores. Jadi nak dijadikan cerita.. aku ada pergi kiosk dekat tempat sekian-sekian. Beauty consultant tu india. Jadinya, faham faham jelah penangan dia macam mana. Cakap, boleh dengar sebatu. Takyah susah susah nak bawa speaker. Mula mula tu aku pandang sekeliling kedai dan dia senyum lalu tanya aku..

 'Nak cari apa? Boleh saya bantu?'

'Haa kat sini ada loose powder tak?' 
(Memandangkan kiosk tu cuma ada barang-barang Avon.)

'Oh compact powder?' 

'Eh tak. Loose powder. Yang macam bedak serbuk.'

'Oh ada ada.'dia bangun. Dan tunjuk dekat aku dengan gaya bersungguh-sungguh.

Aku tersenyum lah. 

'Eh wahhh. Warna sand beige ada tak? Semalam saya google, berminat betul nak beli. Sebab tu harini ingatkan nak datang tanya dulu. Survey warna.' 

'Eh Sand beige takda. Tapi warna nak seakan-akan ada. Mari saya tunjuk. Memang elok ni. Ramai yang beli loose powder yang ni. Tinggal satu je. Saya pun pakai untuk menutup pores, meratakan bedak dan melicinkan kulit.' sambil dia telek muka aku, aku sengih dan angguk-angguk. Dalam hati cakap, bersungguh-sungguhnya dia yakinkan aku. Bagusnya orang macam nih. Mesra pelanggan. Tapinya... hati jahat aku cakap, mungkin ada udang disebalik mee. Siapa tahu ken. Wallahualam'

'Awak kulit putih, cantik pakai warna  Ivory pink dan Beige ochre. Cantik. Cuba warna ni pulak. Cantik juga.'Sambil dia dot-dot kat lengan aku. Bersungguh nauu.Seriauuu ceq. T____T

Aku tersenyum.

 'Cantik juga. Tapi kalau saya beli dekat Avon Kompleks Teruntum, dapat tak kalau saya nak try warna dia sebelum beli? Macam tester ke? Harga boleh ke dapat macam ni? RM35?' bertalu-talu aku peluru dia. Sebabnya niat aku memang nak survey betul. Kang beli beli, tak sesuai dengan warna kulit. Kelabu asaplah muka aku yang hitam setampuk manggis ni gais =p 

'Haa tak dapat. Tapi sini saya tunjuk warna dia. Harga pun lebih murah. 
Tak kesah ahli atau biasa. Semua saya kasi diskaun. RM35.' 

Aku angguk.

 'Maknanya warna tu lah yang sesuai dengan saya? Ok nanti inshaAllah saya beli ya. Saya banyak tanya sebabnya nak survey. Seriously saya minat lepas tengok banyak review kat google.'

Muka dia tak puas hati sambil jeling aku. Tersenyum-sinis juga tidak ketinggalan. Hamboi kau cik semah bunga kasturi si harum misteri.

'Saya fikir bila saya bukak bedak ni dan try kat lengan awak, awak nak beli. Awak tanya warna apa yang sesuai, tanya macam macam. Tapi taknak beli pulak. Baik tak payah tanya.'

Dalam hati aku, tertanya-tanya. Mak cik sekolah mana eh dulu? Ujian lisan, lulus tak? Sebabnya kenapa kita cepat melenting, kerana kita tak fokus dengan niat serta tujuan kita sebenar. Kita menjual kena adil dan ada bersikap tolak-ansur. Cuba belajar 'customer is always right.' Dalam subjek Kemahiran hidup dan Ekonomi asas pun aku belajar. Takkan benda remeh macam ni terus melenting dan perli pelanggan? Please gais. Betulkan niat kita dan biarlah semua layanan sama-rata. Kita sebagai pengedar atau pengeluar sesuatu product tu contohnya dan mereka yang membeli tu pengguna. So, pengguna tu peranan mereka berhak bersuara keatas barangan tersebut. Dia taknak beli, belakang kira lah. Yang penting, kita lakukan satu pekerjaan tu dengan ikhlas dan orang senang dengan layanan kita. 

Sambung semula**

'Eh yaallah. Kan saya dah cakap tadi, nak survey warna.'

Dia tersenyum sinis.'Survey tapi nanti lupa juga semua warna tu. 
Sebab taknak beli kan. So, tak payah tanya lah.' 

WTF. Aku dengan fara terus angkat kaki dan aku cuba bermanis wajah biarpun dia pandang aku kecik-besar kecik besar macam rupa harimau nak ngap mangsa. Ko ghaser?! 

'Takpalah ya. Terima kasih banyak.'

Tiada ulasan: